12 Mac, 2009

Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB): Ingatan Buat Para Pemimpin & Pelaksana Dasar

-
“Rancangan pembukaan tanah melalui FELDA adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut berjaya membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar. Kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan. Tabung Haji dan FELDA bermula dari satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu, ditubuhkan institusi untuk memberi kerangka lalu diterjemahkan kepada projek, diuji di peringkat pelaksanaan. Sepanjang melalui liku perjalanan, tidak dinafikan berlaku ketempangan dalam organisasi tersebut; kerana kehidupan yang bernama duniawi ini tidak bebas dari kesilapan dan kealpaan, tidak terlepas dari godaan syaitan dan bisikan iblis; namun oleh sebab air bersih terus mengalir, maka nila yang sekali sekala menitik warna, akhirnya dapat dijernihkan semula.

Dasar yang dirangka dengan teliti, digubal dengan baik, bertujuan murni dan dilaksanakan secara adil akan terus mendapat sokongan untuk dikekalkan. Dasar Ekonomi Baru dicetuskan dengan niat ikhlas - dengan matlamat murni untuk menyusun semula masyarakat supaya berlaku perimbangan ekonomi antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia adalah formula perancangan pembangunan ekonomi yang dilahirkan secara kolektif oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kata-kata yang diucapkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, dua arkitek utama melakarkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyebut bahawa dasar tersebut digubal dengan tujuan mahu memperkayakan kumpulan tertentu, tidak juga bertujuan mahu menindas kumpulan tertentu. Jika semangat DEB itu diamalkan sebagaimana yang disebut di dalam rancangan tersebut – tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Hari ini DEB dipertikaikan, dasar yang pada asasnya baik dan murni ini telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat pelaksanaan.

Perkara ini disentuh sebagai peringatan kepada apa juga tindakan yang akan disusul dari resolusi yang dihasilkan pada hari ini. Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan”.

Sedutan Titah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah, 15 Januari 2009.
+

10 ulasan:

Tam Dalyell berkata...

Salam Tuan Kembara Politik;

Orang kerdil seperti saya, memandang betapa MENGECILNYA dunia Melayu akibat diserpih-serpih oleh penjajah.

Yang tinggal hanya Melayu PAS dan Melayu UMNO ... yang dahulunya seluas seluruh nusantara Asia Tenggara.

Bolehlah dikatakan bahawa Melayu ini menghadapi kepupusan ... an endangered species ... kata Omputih.

Oleh itu selayaknya Melayu mesti dilindungi. Setakat DEB, FELDA, MARA ... dll belum cukup.

Undang-undang mengenainya patut disemak semula oleh keturunan Allahyarham Tun Razak sebagai penyambut legasi ayahnya.

Kembara Politik berkata...

Salam Tuan Dal,

Harapan besar diletakkan di bahu Najib Tun Razak. InsyaAllah bakal dilaksanakan oleh Najib sebaik mungkin sebaik menerajui negara. Sama-sama kita mohon kepada Allah agar ingatan Raja Dr Nazrin, "Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan" ini dilaksanakan oleh pemimpin kita. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Hi, Kembara Politik.

Just drop by to say Hello ....I told you that I would come to your blog...see, I'm here ....

I sincerely hope that the DEB will not be discontinued....not right now....maybe later, perhaps...

Sumo Piar berkata...

Assalaamualaikum uncle Kembara Politik.

Long dapat tau uncle tanya untie Zaza tentang Long. Wah rasa macam selebriti plak.

Wah ... auntie Zaza pun ada. Hai auntie. Sronoknya.

Kembara Politik berkata...

zazaland,

Hello there. Thanks for dropping by.

Yeah, achieve the 30 % first then it's up to the Govt to decide.

Kembara Politik berkata...

Long,

Waalaikummussalam warah matullah Long.

Gembira betul bila ada Tok Ki Long datang menjengah blog ni.

Long dah memang macam selebriti. Hehe. Long, Untie Zaza kadang2 je melawat saya kat sini. Tapi takpe nanti kita pakat ramai2 serbu KijangMas di Demi Negara. Jumpa di sanaaaa...

P/S: Tok Ki Long & Tuan Dal adik-beradik ye? Hehe. Kirim salam pada Tuan Dal.

Tanpa Nama berkata...

Helloooo KP,

Apa khabar? Harap harap Malaysia akan menjadi lebih aman dengan pertukaran pucuk pimpinan Pak Lah kepada Najib. Sekarang ini Melayu hampir hampir 'hilang' di Malaysia. Di harap dengan pimpinan Najib, Melayu tidak akan 'hilang' terus di Malaysia. Melayu akan kembali bernafas sedikit setelah teruk dibantai kiri kanan oleh anasir anasir sabversif di Malaysia semasa era Pak Lah. Terus terang saya katakan Pak Lah tidak tahu makna 'keterbukaan'...Freedom has its limits......Freedom with too much freedom is a recipe for disaster .....Eh, sorry lah KP ter-keluar topik pulak, orang cakap pasal DEB, kita cakap pasal freedom pulak, jangan marah ye KP ........

Eh, Long pun ada ....apa khabar Long? Dah habis cuti belum? Long datang sama Tok Ki ye? Tok ki mana? kat belakang, eh kenapa Long tinggalkan dia kat belakang? kesian Tok ki, dah tua, jadi jalan slow aje lah .....

Jom, mari kita pergi ka DN....kita jumpa Uncle KijangMas .....sama Tok ki dan Uncle KP ....eh, bukan Uncle KayPoh, Long, Uncle Kembara Politik lah......

(ps ....KP, I'll come visit you as often as I can ok ...)

Kembara Politik berkata...

Zazaland,

Agreed! Too much freedom is a recipe for disaster.

Jangan terkejut kalau kerajaan akan umumkan liberalisasi ekonomi dgn menolak kuota DEB 30 % tersebut. Sebab apa? Sebab bangsa kita tidak mahu bersatu untuk capai 30 % tersebut. Dan Melayu di pihak pembangkang pun tidak kisah pun dengan perjuangan mempertahankan semangat DEB ini. Jika dasar yang baik ini tidak dipertahankan, maka jelaslah kebodohan ahli politik kita dalam melihat kepentingan negara secara keseluruhannya.

Jika semangat DEB ini tidak dipertahankan saya bimbang jurang penguasaan kek ekonomi antara kaum semakin ketara. Untuk bercerita tentang DEB ni memang panjang ceritanya, saya boleh berceloteh non stop...kembali kepada sejarah negara lagi, kembali kepada konsep zakat, kembali kepada konsep samarata yang kononnya diperjuangkan oleh pihak pembangkang.

Jangan sampai Bumiputera rasa "Bumi dipijak milik orang". Sepatutnya kek ekonomi dikongsi 30% Bumiputera, 30% Bukan Bumiputera & 40 % Asing. Kan agihan kek ekonomi tersebut nampak adil dan samarata? Kenapa semua ahli politik tidak sepakat berusaha mengangkat bumiputera kepada 30%? Sudah selesakah dgn penguasaan kek ekonomi 19%? Nak besarkan kek ekonomi?

Betullah kata KijangMas dari Demi Negara...

To hell with politics...

(cuma dalam konteks semangat DEB ini, nampak jelas ahli politik akan bertolak ansur disebabkan kita tidak pernah bersatu untuk pertahankan apa yang baik seperti Titah DYTM Raja Dr Nazrin seperti di atas).

Sorry Auntie Zaza, Uncle KP dah jadi Uncle KayPoh. Tapi nak release apa yang terpendam. Auntie jgn marah ye dengar celoteh Uncle.

Tanpa Nama berkata...

Salam KP,

Tak kisah lah asal KP bahagia...
Apa yang terpendam harus di luahkan, itu lebih "healthy", kalau tidak nanti boleh bawa penyakit.

I agree with KM too, to hell with politics!

Eh, KP tak pergi ka DN? Kenapa tidak ada komen KP kat sana? Komen sikit ler ....

Ok, KP have to go ....busy lah..see you around, at Pakcik Dal's place or DN ok....Tata..

Kembara Politik berkata...

Zazaland,

Waalaikummussalam.

Baru je bagi komen (baru publish).

Samalah, busy lately.

Ok cya.

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin