Sampai bila hendak berperangai sebegini wahai pemimpin Pakatan Rakyat? Kepada Nizar, sampai bila lagi anda mahu diperkuda DAP? Sampai mati? Sudah-sudahlah diperguna oleh DAP. Sedarlah wahai insan yang bernama Nizar.
Perkembangan terkini, Nizar dan barisan ‘EXCO’nya bersidang di bawah sebatang pokok dengan niat sengaja mahu memalukan negara. Persidangan tergempar yang mendapat perkenan Tungku Karpal Singh tersebut telah membentang dan meluluskan 3 usul. Tiga usul yang dibentang dan diluluskan itu ialah:
2. Mencadangkan supaya Sultan Perak memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
3. Pengesahan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Rentetan itu, Nizar telah memohon menghadap Sultan Perak untuk mempersembahkan 3 usul tersebut. Tindakan Nizar ini membuatkan kita berfikir apakah motif sebenar di sebalik perkembangan ini. Persoalan yang timbul ialah:
1. Adakah Nizar dan pemimpin PR masih lagi enggan menerima hakikat (tidak reti bahasa) bahawa Sultan telah menggunakan kuasa budi bicaranya dan menitahkan Nizar dan barisan EXCOnya meletakkan jawatan? Atau…
2. Sengaja mahu mengheret Sultan ke dalam permainan politik mereka agar penyokong mereka membenci Sultan kerana ada kemungkinan Sultan tidak akan melayan permohonan ini? Mungkinkah Karpal Singh sekali lagi mahu menyaman Sultan jika tidak dilayan? Atau…
3. Jika katakanlah, Nizar diterima menghadap Sultan, tetapi Sultan menolak ketiga-tiga usul tersebut. Apa pula reaksi Nizar seterusnya? Adakah beliau akan terima keputusan Sultan sepertimana beliau berjanji akan menerima keputusan Sultan suatu ketika dulu tetapi akhirnya beliau memilih jalan DERHAKA? Atau…
4. Sengaja mahu mengheret isu politik Perak ini ke suatu tempoh masa yang semakin lama dengan pelbagai intrepretasi undang-undang?
Disebalik semua kekalutan politik ini, Dr Zambry berjaya memikul tanggungjawab sebagai MB dengan penuh cemerlang. Semenjak memegang teraju MB Perak suasana dan mood rakyat Perak semakin baik.
Terkini, Zambry telah mengumumkan beberapa langkah yang amat dialu-alukan oleh penulis dan penulis percaya rakyat Perak turut berkongsi sentiment yang sama. MB telah berjaya meletakkan keadilan di tempat yang sepatutnya.
Langkah kerajaan negeri yang akan mewujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran di setiap daerah di Perak amat dialu-alukan. Turut tidak ketinggalan Dr Zambry telah komited untuk memberi peruntukan bagi membaik pulih masjid dan surau di negeri Perak.
Sehingga kini, terdapat beberapa masjid telah menerima peruntukan pembangunan kerajaan negeri iaitu Masjid Trong sebanyak RM50,000, Masjid Sultan Yusuf di Rapat Setia (RM200,000) dan Masjid Parit Buntar (RM100,000).
Segala pembangunan yang diambil dan dirancang juga tidak langsung mengabaikan kaum Cina, India dan lain-lain. Syabas penulis ucapkan kepada Dr Zambry dan barisan EXCOnya! Teruskan meneraju Perak dengan penuh komited dan memberikan fokus kepada masalah ekonomi yang nampaknya semakin mencabar.
Akhirnya penulis menemui jawapan kepada segala kekalutan politik di Perak yang sengaja dipanjangkan. DAP sejak awal lagi sudah sedar bahawa rakyat akan mulai melihat rekod cemerlang kerajaan BN sejurus mengambil alih pentadbiran kerajaan Nizar si boneka DAP yang caca marba sepanjang tempoh singkat berkuasa.
7 ulasan:
La benak sungguh la hang ni. Yang tu ja yang hang nampak. Nizar sokong DAP lah. Masaalahnya, Umeno tu keparat sangat, rasuah sana rasuah sini, rasuah anak bini. Yang hang marah sangat kat MB Nizar ni watpa? Hang miss soru ka depa telus didalam memberi tender. Tu la Umeno bila tak dapat projek melalui rasuah, mulalah nak bangkit pembelaan Melayu lah , pembelaan Raja lah, Cuba perbetoi diri sikit. Kurangkan amlan makan dan memberi rasuah dalam budaya Umeno barulah rakyat hormat.Ni tengok didunia lagi orang dah membenci, diakhirat esok tak tau lah. Nak muntah baca pembelaan Melayu ni. pembelaan rasuah lagi tepat kot.
Tanpa Nama Selasa, Mac 10, 2009 4:25:00 AM
Saya terbitkan juga ulasan anda untuk menunjukkan mentaliti pendokong PR.
Saya tidak mempunyai masalah jika Nizar menyokong DAP. Tapi segala tindak tanduk beliau sepanjang memegang kuasa terlalu berat sebelah ke arah kepentingan DAP. Yang itu yang ditentang. Kerajaan PAS Kelantan sedikit pun saya tak sentuh.
Persepsi bahawa kerajaan PR telus pun adalah sesuatu yang tak betul. Saudara tahu ke siapa yang dapat tender? Di Selangor, PR menyaring semua ahli UMNO agar tidak diberikan tender. Adakah politik jenis dendam ini dinamakan telus? Sedangkan di peringkat Persekutuan, kerajaan Pusat tidak pula tolak permohonan tender jika kontraktor yang terlibat adalah jelas penyokong PR. Jika dibuat siasatan ringkas didapati terdapat juga kontraktor yang merupakan penyokong PAS dan sbgnya, dan mereka masih lagi dapat tender.
Dan melabel UMNO rasuah secara keseluruhan pun sesuatu yang hanya terbentuk dari persepsi saudara. Mungkin terdapat segelintir yang mengamalkan rasuah dan pemimpin sebegini dalam UMNO akan ditolak ahlinya. InsyaAllah usaha ke arah itu sedang dan akan berlaku. Segelintir tidak mencerminkan kesemua. InsyaAllah UMNO akan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik selepas peralihan kuasa MAC ini.
Dan apa salahnya, jika PR pun memuhasabah diri agar meletakkan keadilan di tempat yang sepatutnya. Bukannya membuat keputusan dan terus-terusan menderhaka kpd Sultan.
InsyaAllah rakyat akan mulai sedar akan keazaman UMNO untuk berubah dikala PR terus lena dengan kuasa yang baru diperoleh. Baru setahun jagung berkuasa sudah pelbagai masalah yang timbul. Rakyat pun dah mulai sedar akan hakikat itu.
Salam Tuan Kembara Politik;
"tungku karpal singh" hehe
Kalau berkelah, saya masak pakai tungku batu aja.
Orang kampong kenduri kawin, masak nasi minyak pakau tungku besi berkaki tiga.
Kita pakai tungku karpal singh ni nak masak apa yee? Tahan panaskah dia?
Saya ingin saudara blogger komen 2 perkara :
1. Nizar kata dia tidak menderhaka pada DYMM Sultan Perak cuma ingin menentang perancangan konspirasi BN/Umno/Najib yang tidak beretika dan membelakangkan undang-undang di dalam me4ngambil-alih kerajaan Negeri Perak?
2. Maaf saya tidak membac arkib blog saudara, tetapi bolehkah saudara senarai dan perincikan tindak-tanduk YB Nizar di dalam pemerintahannya yang saudara anggap telah menyebabkan beliau dilihat sebagai boneka DAP (tidak termasuk kes derhaka pada DYMM Sultan seperti yang telah saudara tuliskan)
Terima kasih.
Salam Tuan Dal,
hehehe Itu Tungku Karpal Singh haram tak guna. Kalau tungku kaki tiga ada gak gunanya masa kenduri kendara. Yang tungku celaka satu ni berfungsi memanaskan sikap celakanya saja. Bila ada ruang melaga-lagakan Melayu dia akan panas secara automatik. Bila nampak Nizar tak puas hati dgn Sultan, Tungku Karpal Singh bijak cucuk jarum. Kononnya nak menyaman Sultan. Dan paling nak muntah cakap dia King. Singh is King. Pooodahhh! Dia banyak berselindung di sebalik imuniti sbg MP di Dewan. Cakap luar Dewan tak berani samalah spesiesnya dia dgn P Ramasamy.
nazre,
Terima kasih.
Nizar kata mcm tu ke? hehe. Saudara cakap BN/UMNO/Najib tidak beretika dan membelakangkan undang2 dalam mengambil alih kerajaan Perak.
Sepatutnya kita tanya dia kenapa dia dgn penuh yakin menjawab tidak ada masalah bila ADUN UMNO melompat ke PR? Dia guna tafsir undang2 yg mana masa UMNO lompat ke PR beretika? Nak juga saya tahu. hehe. Dan kini bila PR lompat ke BN, tak beretika lebih parah dikatakan tak follow undang2? Dan bila PR pakat kejar MP BN ke Taiwan dikira 'halal' utk tubuh kerajaan PR dgn berPMkan Brader Anwar Bin Ibrahim. :)Itu hipokrit namanya. Secara peribadi saya menyatakan lompat parti mmg tak beretika tetapi secara undang2 tidak pula salah, dan baca perbincangan di sini. Kerana tiada pun peruntukan undang2 utk menghalang lompat parti itu digubal. Dan perbincangan/perdebatan sama ada wajar atau tidak digubal masih lagi diperkatakan. Dan ada logiknya juga bila saudara baca perbincangan di blog sahabat saya -Malaysian News Blog tersebut.
Soalan Bonus: Adakah jika kerajaan 16 September 2008 berlaku dianggap beretika dan mengikut undang2?
Untuk soalan 2, rujuk artikel Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan artikel2 lain di Arkib.
Apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
sy sokong artikel ni..geng2 PR ni tidak berpijak di atas bumi yg nyata.kalau perkara tu berpihak kepada depa, depa kata benda ni adil,bagus,beretika.tp kalau tidak berpihak kpd depa,depa kata kejam,konspirasi la,tidak beretika la.sbnrnya anwar tu dah belajar dari pengalaman lps.masa tahun 99, depa menang besar.buat Barisan Alternatif.lps tu xde isu2 panas,xde so-called conspiracy,tup2 2004 kalah teruk.then 2008 menang lg sbb rakyat protes ngan BN.so,strategi nak menang lg PRU13,create la isu2 hangat yg kononnya kerajaan ni kejam la,gila kuasa la.sapa yg gila kuasa sbnrnya?sapa raja conspiracy sbnrnya?cuba tuan2 pikirkan....hehe
Catat Ulasan