12 Jun, 2009

Perkukuh prinsip kesopanan, kesusilaan

-
TEKS titah Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh, semalam.

BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya juga, Beta dapat berangkat ke Majlis Wacana Ilmu yang dianjurkan sempena ulang tahun hari keputeraan Beta ke-81.

Ilmu amat penting dalam kehidupan insan. Ilmu itu terus bercambah dan berkembang, terus diterokai dan dirintis, terus dipelajari dan dikuasai sepanjang hidup. Kaedah penyampaian dan kaedah penyebaran ilmu terus berubah selaras dengan dinamik berkomunikasi, bermula secara lisan beralih melalui perantaraan tulisan dan kini mengoptimumkan sepenuhnya saluran teknologi moden komunikasi elektronik. Perkembangan teknologi komunikasi itu juga adalah hasil daripada kejayaan penyelidikan yang hari ini memberi manfaat memenuhi peranan penyebaran dan penyampaian ilmu secara lebih berkesan.

Hari ini dunia kaya dengan sumber ilmu dan mendapat manfaat daripada saluran komunikasi yang semakin pantas, mudah dan canggih. Hari ini keupayaan menguasai teknologi komunikasi menjadi satu keperluan wajib dalam proses menimba ilmu.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, insan yang gagal dan tertinggal daripada keupayaan menguasai teknologi komunikasi boleh dianggap tidak literate atau buta huruf.

Teknologi komunikasi dan teknologi penyelidikan telah memesatkan proses penemuan dan proses penyebaran ilmu.

Pelbagai disiplin baru dan pelbagai cabang ilmu kini ditemui. Kini ilmu juga turut memiliki nilai komersial lalu mendorong kepada kelahiran industri pendidikan yang memiliki kapasiti dan potensi mencetuskan sumber kekayaan baru.

Susulan daripada itu, institusi ilmu kini memiliki sifat baru, beralih daripada peranan asal bertujuan semata-mata untuk mengembangkan ilmu, kepada tujuan komersial kerana turut dipengaruhi oleh elemen-elemen keuntungan dan pemasaran.

Dalam sistem ekonomi bebas atau laissez-faire, apabila urusan diserahkan sepenuhnya kepada kelok permintaan dan bekalan, akan tercetuslah keadaan tidak saksama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, dasar yang dapat mengimbangkan berlakunya kesaksamaan perlu dilaksanakan secara berkesan supaya rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah tidak akan tertinggal dan tersisih malah turut berpeluang mendapat ilmu dan mendapat tempat dalam pusat-pusat pengajian tinggi.

Berlandaskan semangat tersebut, atas kesedaran bahawa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak masih jauh tertinggal secara perbandingan dengan kaum-kaum lain di negara ini, Fasal 153-(2), Perlembagaan Negara memperuntukkan kuasa tertentu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak daripada segi biasiswa dan tempat pengajian.

Perkara 27B-(2) Perlembagaan Negeri Perak, memperuntukkan tanggungjawab yang sama kepada Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang telah dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, dan dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-Raja Melayu. Oleh itu apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja telah melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah turut mempertikaikan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Para pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan tanggungjawab kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis; iaitu asas-asas yang telah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka.

Penyimpangan daripada semangat asal yang telah dicapai, tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalah gunakan di peringkat pelaksanaan hingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri, memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum-kaum lain yang sah dari segi undang-undang (legitimate interests) turut dilindungi.

Amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku. Setiap warga negara yang sah adalah rakyat Baginda yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Manusia biasanya dapat berfikiran rasional jika asas pertimbangan senantiasa didasarkan kepada ilmu lalu sesuatu peristiwa ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.

Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan pengaruh emosi lalu dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku.

Ilmu menjadi bernilai jika ilmu yang telah dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi. Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi.

Insan berilmu akan memperlihatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan. Kesopanan dan Kesusilaan adalah prinsip kelima dalam Rukun Negara.

Lima puluh tahun yang lalu, ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan kurang bilangan profesional, kesopanan dan kesusilaan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, merupakan komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, merupakan elemen penting untuk mewujudkan kestabilan.

Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara senantiasa dihormati. Hari ini negara telah memiliki bilangan cerdik pandai dan bilangan profesional yang jauh lebih ramai. Namun telah mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan.

Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah, tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersendakan dan dicabar secara terbuka.

Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian; atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang, di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan.

Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah seseorang insan. Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk mencapai status negara maju.

Tamadun dan budaya agung sesuatu bangsa dibangunkan atas prinsip kesopanan dan kesusilaan. Nilai-nilai tersebut jangan sama sekali disisihkan. Nilai-nilai tersebut penting dalam membina jati diri dan daya tahan warga terutama ketika warga menghadapi pengaruh dari budaya asing dalam era globalisasi ini.

Ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat. Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

(Sumber: Utusan Malaysia, 12 Jun 2009).
+

2 komen:

future phenomenon berkata...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

PKMPL berkata...

daulat tuanku!

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Akta Hasutan 1948 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Singapura Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi