24 Jun, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua: Pungutan Suara

-
Blog Demi Negara telah melancarkan kempen menggesa pihak kerajaan agar melaksanakan satu pungutan suara berhubung pelaksanaan sekolah satu sistem di negara ini. Sebagai Anak Bangsa Malaysia yang cintakan perpaduan, penulis menyokong penuh gesaan pungutan suara yang dibuat oleh blog Demi Negara tersebut.

Secara sinisnya, agak aneh apabila terdapat individu yang masih mempertahankan segregasi setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suka penulis memetik kata-kata negarawan kita iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dalam Penyata Razak 1956 sebagai pembakar semangat meneruskan perjuangan sebenar menyatukan anak bangsa Malaysia.

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. - Penyata Razak, Perenggan 12, 1956.


Kata-kata tersebut menunjukkan betapa perlunya sekolah satu sistem diguna pakai dalam sistem pendidikan negara. Kempen Satu Sekolah Untuk Semua sangat bertepatan dengan hasrat yang tercetus dari jiwa negarawan Tun Abdul Razak sejak sekian lama lagi. Dan hasrat ini sebenarnya sentiasa dekat di hati pemimpin yang berjiwa negarawan.

Sudah tiba masanya anak-anak Malaysia bersekolah di sekolah satu sistem yang mengguna pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di dalam Perlembagaan negara kita.

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua turut memberi penekanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah satu sistem. Berikut diperturunkan Perkara 152 seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia:

Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Jika diteliti klausa dalam setiap Fasal dalam Perkara 152 tersebut kita akan dapati bahawa Kempen Satu Sekolah Untuk Semua memang selari dengan kehendak Perlembagaan. Mari kita kaji dan bandingkan Perkara 152 dengan apa yang sebenarnya ditekankan oleh Kempen Satu Sekolah Untuk Semua.

Di dalam Fasal (1) ada ternukil bahawa:


(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:


Ya, melalui Satu Sekolah Untuk Semua, semua sekolah perlu mengguna pakai satu sistem dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan ianya sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan negara ini.

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan


Kempen Satu Sekolah Untuk Semua tidak pun menyentuh untuk dirobohkan mana-mana sekolah-sekolah yang ada, cuma menyarankan satu sistem diguna pakai, dan yang pentingnya tidak pun melarang pengajaran, pembelajaran dan penggunaan bahasa selain Bahasa Kebangsaan atas maksud tidak rasmi.


Pendidikan terletak atas urusan rasmi. Dan urusan rasmi tersebut dikuatkan dengan wujudnya Akta Pendidikan. Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 29A, menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah tergolong di bawah maksud rasmi.

Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.


(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.


Kempen ini tetap menekankan pemeliharaan dalam pengajian bahasa selain bahasa Melayu dengan mencadangkan penawaran pengajian bahasa selain bahasa Melayu di sekolah satu sistem.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Sekolah Kebangsaan (SK) telah pun mula menawarkan mata pelajaran bahasa Arab, Mandarin dan Tamil. Dan sebagai tambahan fakta, sebenarnya Bahasa Arab, Mandarin dan Tamil turut dipelajari oleh semua kaum di SK. Penulis difahamkan juga bahawa di Sabah, bahasa Kadazandusun turut diajar di SK.

Dalam peruntukan Fasal (2) dan seterusnya pula, terdapatnya unsur tolak ansur yang diberikan dengan mengambil kira masa untuk penyesuaian terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan memandangkan adalah tidak munasabah untuk mewajibkan pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan secara drastik (mengejut). Dan masa yang ditolak ansur tersebut ialah selama 10 tahun selepas kemerdekaan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menimbulkan kesedaran rakyat akan peri pentingnya mewujudkan sekolah satu sistem di negara yang pelbagai kaum ini. Dan penulis percaya rakyat yang cintakan perpaduan menyokong pelbagai usaha ke arah penyatuan bangsa Malaysia.

Namun, kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan telah dipolitikkan dan dilengahkan oleh segelintir yang mendakwa berjuang demi rakyat dan negara tetapi tingkah laku mempertahan segregasi menzahirkan wajah sebenar mereka.

Khairul Anwar Shazali, Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memetik pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan sekolah satu sistem yang mana para pemimpin perlu telus dan tulus untuk mencapai hasrat murni ini.

Apa pun, selagi para penggubal undang-undang (ahli politik) masih berjiwa lemah dan tidak mempunyai keazaman politik yang tinggi, selagi itulah segregasi terus akan wujud. Dan selama itu jugalah hasrat dan suara hati rakyat terbanyak dipinggir.

Dan elok kiranya kerajaan memulangkan hak menentukan penyatuan bangsa Malaysia di tangan semua rakyat dengan mengadakan pungutan suara berhubung sekolah satu sistem. Dengan ini, blog Kembara Politik berpendirian turut sama menyokong blog Demi Negara dalam menggesa pihak kerajaan mengadakan pungutan suara.
+

5 komen:

The Hobbit Frodo berkata...

Setuju diadakan pungutan suara ~ sesuai dgn konsep satu Malaysia.

Semerah berkata...

Salam Saudara Kembara Politik,

Saya menyokong kempen Satu Sekolah Untuk Semua ini yang dibuat oleh pihak-pihak yang prihatin terhadap keutuhan bangsa yang kian longgar. Bahasa yang seragam adalah asas kepada sesuatu perpaduan itu.

Pak Menteri kata, toleransi saja tidak cukup. Penerimaan adalah lebih wajar dari toleransi. Sebelum ada "Penerimaan", perlu lah ada "Kefahaman" dulu.

Macam mana nak "faham" kalau tidak dapat berkomunikasi dengan baik dek bahasa yang berbagai-bagai?

Satu lagi, saya dengar terlalu banyak suara sumbang menyindir kaum pribumi dengan "Tongkat" NEP.

Bagi saya, "Bahasa" adalah merupakan perkara yang lebih ASAS dalam pembentukan sesebuah negara yang utuh jika dibandingkan dengan taraf "Ekonomi" rakyatnya.

Persoalan saya, sampai bila pula Perlembagaan perlu menyediakan "TONGKAT BAHASA" ini kepada mereka-mereka yang sehingga hari ini masih belum menguasai Bahasa Kebangsaan? Ramai juga mereka-mereka yang mendabik diri sebagai "warga negara" tapi tidak tahu langsung bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Warga apakah mereka ini sehingga sekian lama di sini tapi masih belum dapat bertutur? Warga yang menyusup sempadan tanpa sah ke?

"Negara ini ada Budi & Bahasanya"

Semerah Padi

semutar berkata...

Bangsa luar tentunya tidak akan hormat bahasa kebangsaan negara andai bangsa kita sendiri tidak tahu memartabatkannya.

Contohi negara Perancis, di mana rakyatnya cukup mengagumi bahasanya sendiri, dan membudayakannya dalam segala ranah hidup. Sebab mereka faham akan makna bahasa dalam bernegara.

Orang kita cukup memalukan apabila lebih berbangga berbahasa asing berbanding bahasa sendiri. Merdeka lebih 50 tahun bernegara pun masih tak reti bahasa...

Dal berkata...

Tuan KP;

Bangsa Melayu tidak mempunyai badan pendesak yang berbisa.

Umpamanya Yahudi Amerika mempunyai AIPAC dll. Cina Malaysia mempunyai badan pendesak mereka dari semua lapisan masyarakat dan profession mereka seperti Dong Zhong, persatuan-persatuan perniagaan mereka dll.

Melayu kalau ada pun hanya seperti PERKASA yang dikepalai oleh orang politik. Nampaknya tak dipeduli oleh kerajaan juga.

Yang lainnya seperti dewan-dewan perniagaan Melayu, professional dan civil hanya mempunyai suara yang tidak berbisa langsong untuk mengemukan desakan-desakan kepentingan Melayu, atau pun mereka tidak motivated sangat terhadap perjuangan Bangsa.

Di satu ketika dahulu Pemuda Umno mempunyai ngauman yang mengerikan. Sekarang suaranya seperti anak kucing tenggelam timbul dalam longkang.

Individu-individu Melayu yang menjadi kaya dan perkasa melalui perjuangan asal UMNO umpamanya takut bersuara untuk Melayu;
takut periuk nasinya tercemar dan lain-lain.

Yang tinggal untuk Melayu hanyalah UMNO agaknya ... munkin ... Ini pun diragui kerana jiran Cina selatan tambak sudah berani masuk ka dapor UMNO mencampuri kerja tukang masak Melayu di beberapa tempat. Yang tidak setuju dan lantang bersuara sinis akan hal ini hanya Tun M. Yang lain keluar menyambut lagi.

Pergh.

Kembara Politik berkata...

The Hobbit Frodo,
Terima kasih.

Semerah,
Ya. Bahasa Melayu yang dimaktub sebagai bahasa Kebangsaan tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya oleh mereka yang mengaku rakyat Malaysia.

semutar,
Tak kisah jika mahu belajar bahasa apa sekali pun. Tetapi mestilah meletakkan bahasa Melayu sebagai keutamaan pertama. Jadi dalam urusan pendidikan, wajib meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Tuan Dal,
Lama tidak berbicara. Apa yang Tuan katakan adalah benar. Mungkin kerajaan terlalu fokuskan kepada undi bukan Bumiputra sehingga Bumiputra merasakan seperti dipinggir. Zakhir @ BigDog ada menyentuh akan hal ini dalam artikel beliau yang terbaru.

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Akta Hasutan 1948 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Singapura Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi