-
PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.
''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.
''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.
Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.
Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.
Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.
Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.
''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.
''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.
''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.
Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.
''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.
(Sumber: Utusan Malaysia, 9 Julai 2009).
+
5 ulasan:
Education for our young in Malaysia has once again been sacrificed on the altars of political expediency.I do not believe for one minute that the cancellation of the PPSMI has got nothing to do with politics. It is inconceivable that just a little over 6 years a study could be made to show that it is a failure. I agree that the PPMSI has weaknesses in its implementation especially the teachers needs further training to speak english fluently, so, the teachers needs to be trained but no need to take the extreme step of cancelling the PPMSI altogether, we are actually moving steps back and ultimately handicapping ourselves when competing for FDIs against our neighbors in the not so distant future.
I GOOGLED the following words:
sains, science, matematik bahasa melayu, mathematics and the results are as follows:
sains 14.1 million results;
science 1 Billion results;
matematik bahasa melayu 192,000 results;
mathematics 134 Million results.
Just simple GOOGLE will show that it would be more useful and beneficial and VERY important for our children to learn Mathematics and Science in the English Language.
Even though Muhyiddin say there should not be any appeal, I hope that the Ministry of Education would consider reinstating PPMSI as additional to the now agreed teaching of Science and Mathematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil.
Give Malaysian Parents the choice of what language they want their children to study Mathematics and Science. This country should not be held to ransom by the language extremists whether they are Malay Sasterawans,Gapena or the Chinese and Tamil educationist movement who threathens BN with deprivation of political votes if their demands are not met. Our children cannot earn good living or contribute to the future of this country just by reciting the sastera melayu or mandarin and tamil poems only, we need technorats, professionals versed in English and their mother tongue also to compete in this increasing globalised world.
When it is about the best education that our children should have for their secured and independent future, I say politics be damned.
So I hope that the decision to cancel the PPSMI be revisited and the views of the PARENTS who wants PPMSI for their children, and they are also a huge voters bank in the coming GE, are thoroughly considered as the consequence would be bad on the BN as I know that Pakatan will promise to introduce PPMSI as additional to the teaching of science and matematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil. Don't believe? watch and see and cry BN leaders.
Assalam wbt.
Walaupun saya sayangkan bahasa ibunda saya iaitu bahasa Malaysia/Melayu tetapi saya merasakan kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris amat dituntut kini.
Ramai yang diluar sana yang membantah PPSMI tetapi mereka jugalah yg ramai mewajibkan anak-anak mereka mengambil 'tuition' bahasa Inggeris di pusat-pusat tuition. Mengapa jadi macam ini.....di mulut kata lain tetapi di hati kata lain? Wallahu'alam.
Saya amat setuju dengan Tun Mahathir.
Tidak ada masalah nak memperkasakan BM (bahasa) tetapi yang lebih penting ialah memperkasakan BANGSA Melayu, iaitu suatu bangsa yang mampu menguasai berbagai bahasa dan berbagai bidang ilmu. Inilah kunci kejayaan sesuatu bangsa. Jika BI adalah jauh lebih baik dan berkesan untuk mempelajari sesuatu ilmu dan untuk meluaskan pemikiran atau pandangan kita, apa salahnya kita gunakan bahasa itu? Bangsa seseorang itu tidak akan tergugat atau hilang semata-mata dengan hanya mempelajari dan menguasai bahasa asing. Sampai bila kita nak terus "duduk di bawah tempurung"???
Yang menjadi masalah, bukanlah bahasa apa yang digunakan tetapi sikap dan tahap motivasi pelajar-pelajar Melayu terhadap pembelajaran. Bak kata pepatah Melayu, "di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan." Kemahuan untuk belajar inilah yang patut diberi tumpuan. Jika kemahuan ini dapat ditanam, segala halangan bahasa dan ilmu boleh diatasi. Jika guru-guru tiada kefasihan atau kebolehan untuk mengajar dalam BI, jangan bergantung kepada mereka semata-mata, sebaliknya berusahalah mencari ilmu sendiri dengan banyak membaca, mengguna dan memanfaatkan kemudahan komputer/internet, dll. Allah menganugerahkan komputer/internet kepada kita untuk mencari dan mendalami ILMU (bukan perkara-perkara yang tidak sihat). Internet itu sendiri merupakan gedung ilmu, satu perpustakaan raksaksa (mammoth library), dari mana kita boleh menimba ilmu dalam apa juga subjek? Guna saja Google untuk mencari topik yang ingin kita cari, pasti kita akan dapat jawapannya atau sebahagian besar jawapannya. Berapa banyakkah anak-anak Melayu kita menggunakan internet untuk mencari ilmu?
Memang benar kerajaan tidak boleh memuaskan semua pihak, tetapi dalam memansuhkan PPMSI, pihak mana yang lebih untung - Melayu, Cina atau India? Mana yang lebih penting - politik atau masa depan anak cucu kita? Bukankah 1Malaysia = Rakyat Diutamakan? Adakah dengan sentiasa mengubah dasar pendidikan dan membenarkan diri dipengaruhi oleh unsur-unsur politik, rakyat diutamakan?
Sudah banyak pihak bertepuk tangan dan gembira dengan pemansuhan PPMSI, tetapi adakah ia akan memberi jaminan bahawa dasar pendidikan negara tidak akan berubah lagi? Bukankah dasar tersebut telah diubah beberapa kali, kebanyakannya oleh sebab tekanan/pengaruh politik? Jika pun politik dipentingkan, adakah pemansuhan PPMSI akan memberi jaminan 100% bahawa pengundi-pengundi anti-kerajaan dan atas pagar akan kembali mengundi BN? Bagaimana jika pengundi-pengundi pro-PPMSI pula mengalih undi kepada pembangkang atau tidak mengundi langsung? Akhirnya, di mana letaknya rakyat - kita dan anak cucu kita? Apa maknanya "Rakyat Diutamakan" jika ia sekadar cogan kata?
Perkasakanlah BANGSA Melayu - BANGSA yang boleh menguasai pelbagai bahasa dan ilmu!
PPSMI does not fail!!! The use of English will enhance the knowledge of our students better due to vast resources of reference available in English. The Pejuang Bangsa tried to campare Malaysia with Japan, Germany, and many other countries which do not use English as their main language and still they become developed country, as their point to show the unimportance of English. In my humble opinion, it is not a good point at all! why? because those countries are the creator of technology whereas, we Malaysian are the user of technology. Japanese for example, create their own technology which free themselves from depending on the technology from the west. The westerners nowadays, have to learn japanese to steal their technology.
To pejuang Bahasa also, go to school, do research, find out which subjects in dire need for help. In school without pure science: Pendidikan Islam, Sejarah, Geography, BM. The subjects are taught in BM ...not BI. Still want to blame PPSMI? In school the problems mainly not due to language but due to the new generation students. They don't like to read, the don't like homework, they don't give attention and so on. What is their hobby which consumed most of their time? entertainment! and playing with their all sophisticated handphone!
in ordinary school without pure science stream the students take:
IN BM
Bahasa Melayu
Pendidikan Islam/pendidkan moral
Geography
KHB
Sejarah
Pendidikan Jasmani
Sivik
IN English
Science
Math
English
Do the math, more subjects are taught in BM than English. why don't strengthen BM using these subjects and leave alone PPSMI for science and Math. Live PPSMI
Sdr KP,
"Sedangkan, katanya (Tun Dr Mahathir), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua ubjek tersebut."
Saya sokong pendapat TDM itu. Perkara sekolah vernakular ini sudah lama berlaku. TDM juga berkata tidak ada mana-mana negara di dunia yang membenarkan keadaan begini. BM sudah nyata di sebut di Perlembagaan sebagai Bahasa Resmi. Memang sudah masa nya SSS di laksanakan. Cadangan Kumpulan Blog Demi Negara itu harus di terima.
Kalau ia pun, kajian yang mendalam akan makan masa 1-2 tahun. Dari kajian itu boleh di ketahui jika hujah hujah penganjur SSS itu benar atau tidak, sejauh mana benar nya, dan sebagai nya. Kerajaan masih boleh mengambil sesuatu pendirian yang sesuai dengan agenda mereka pada masa itu. Kerajaan masih boleh memilih sama ada mahu menerima dan/ atau melaksanakan syor syor Pasukan Pengkaji yang di lantik dengan sapenuh nya atau sabahagian dari nya.
Tidak ada sebab Kerajaan tidak mahu terima dan lakukan kajian ke atas sistem pelajaran yang ada sekarang ini. Kalau syor membuat kajian pun tak mahu terima, di mana kah haluan 1Malaysia?
Dot.
Catat Ulasan