16 Julai, 2009

Kuasa Melayu Islam terletak pada perpaduan

-
Oleh ROHAMI SHAFIE

SERUAN demi seruan dilaungkan agar orang Melayu Islam memperkukuhkan penyatuan. Ia dibuat dari peringkat bawah sehinggalah ke pemimpin atasan. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah turut memperkatakan isu yang sama sewaktu Muzakarah Cendekiawan Islam 2009.

Baginda meminta orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu bagi membina modal pengupayaan Islam dan Melayu. Titah baginda mencakupi sejarah seperti Peristiwa Natrah pada Disember 1950 dan Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Kedua-duanya menunjukkan kebangkitan orang Melayu Islam dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan.

Titah baginda itu amat bertepatan dalam suasana orang Melayu Islam masih tercari-cari formula untuk kembali bersatu padu terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Dalam keadaan yang dilihat semakin meruncing ini, orang Melayu Islam tidak seharusnya hanya sekadar berpeluk tubuh.

Tanpa perpaduan, orang Melayu Islam mudah diperkotak-katikkan dan tidak mampu membina keupayaan sendiri.

Keupayaan ini amatlah penting dalam menghadapi cabarancabaran yang lebih besar dan sukar dijangka. Cabaran ekonomi umpamanya menuntut agar umat Melayu Islam bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi.

Globalisasi dan liberalisasi merupakan cabaran besar yang perlu diamati dan difahami oleh setiap individu Melayu Islam.

Namun kini, orang Melayu Islam tidak dapat menumpukan kekuatan untuk menghadapi perkara ini kerana banyak perkara yang kini dipersoalkan oleh pihak ketiga akibat daripada kekuatan perpaduan orang Melayu Islam yang semakin longgar dan berpecah belah.

Sehinggakan hak-hak keistimewaan Melayu Islam dipertikaikan dengan pelbagai analogi dan cemuhan seolah-olah Melayu Islam selama ini amat kejam kepada bangsa lain.

Sedangkan orang Melayu Islam merupakan bangsa dan mempunyai agama paling suci di dunia yang sentiasa memberi peluang kepada bangsa lain menikmati dan berkongsi kekayaan di tanah airnya sendiri.

Carilah bangsa lain di dunia, tiada yang sebegitu pemurah seperti orang Melayu Islam di Malaysia. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya agar memberi keadilan untuk semua pihak.

Namun, jika tidak bersatu padu, orang Melayu Islam akan sentiasa ditekan. Tiada bangsa di dunia ini akan mengecapi kejayaan tanpa bersatu padu.

Tiada satu pun perkara boleh dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada penyatuan. Ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja. Ajaran Islam sendiri mengajar umatnya bersatu padu mengikut kiblat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu - Allah SWT

Asasnya orang Melayu yang berbeza pendapat dan fahaman politik harus berpegang pada kiblat yang satu ini kerana mempunyai senjata yang amat ampuh iaitu memiliki agama yang terunggul di dunia iaitu Islam. Maka, Raja Nazrin bertitah mengenai betapa roh Islam yang amat mementingkan penyatuan dan menerima orang Islam sebagai saudara.

Perkara ini wajib dilakukan bagi mengekalkan kuasa Melayu Islam bukan sahaja setakat kuasa politik tetapi juga untuk membina keupayaan ekonomi dan pendidikan.

Bila kedua-dua ini dapat dibina, maka sudah pasti agenda-agenda Islam yang lain dapat diteruskan dengan lebih mudah lagi.

Orang Melayu Islam perlu mengambil iktibar daripada rusuhan kaum antara etnik Uighur dan Han di Xinjiang, China yang menampakkan betapa umat Islam di seluruh dunia sering menjadi mangsa kekejaman bangsa dan agama lain.

Etnik Uighur yang beragama Islam serta penduduk asal Xinjiang diperkotak-katikkan dengan mudah dan disisihkan terutamanya daripada sudut ekonomi.

Inilah pengajaran di depan mata yang perlu diambil oleh orang Melayu Islam. Kini kita masih ada kuasa politik, namun tidak mustahil kuasa politik ini tinggal sejarah jika orang Melayu Islam tidak bersatu padu. Inilah satu-satunya kuasa yang masih ada pada orang Melayu.

Orang Melayu Islam masih ketinggalan dalam serba-serbi. Jika perpaduan yang merupakan tunjang kuasa orang Melayu Islam tidak dapat diperkukuhkan, tidak mustahil banyak lagi tekanan akan dikenakan oleh pihak-pihak yang sentiasa mengintai ruang untuk mengambil kesempatan.

Maka orang Melayu Islam mesti mengetahui siapakah kawan dan siapakah lawan agar tidak mudah diperolok-olokkan.

Usaha memperkukuhkan perpaduan dan penyatuan perlu diteruskan tanpa adanya perkataan "putus asa".

Kita boleh berselisih pendapat, namun berselisih pendapat ini hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keputusan terbaik dan tidak sesekali meminggirkan agenda Melayu Islam.

Banyak lagi usaha perlu dilakukan agar orang Melayu Islam bukan sahaja bersatu padu dalam erti kata kuasa politik tetapi juga bersatu padu untuk menjadikan agama Islam sentiasa disegani dan dihormati di Malaysia.

Inilah pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh setiap individu Melayu Islam tidak kira orang bawahan atau pemimpin atasan.

Lupakan segala sengketa dan dendam kerana ia bukan sahaja menjadikan orang Melayu berpecah belah tetapi juga mampu membinasakan ummah.

Titah Raja Nazrin agar orang Melayu Islam wajar membuat pembetulan dan kembali ke pangkal jalan seharusnya dirintis sepenuhnya sebelum nasi menjadi bubur.

PENULIS ialah Pensyarah di Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

(Sumber: Utusan Malaysia, 16 Julai 2009).
+

3 komen:

Semerah Padi berkata...

Salam Sejahtera Sdr KP,

Saya ingin memetik persoalan yang ditonjolkan oleh "Kuda Kepang" untuk renungan bersama.

"Berasaskan huraian di atas, salahkah bagi orang Melayu dan bumiputera mempertahankan identiti mereka yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Wajarkah tindakan sesetengah bukan Melayu dan bukan bumiputera untuk meminta identiti mereka yang berasaskan kaum pendatang disamaratakan dengan identiti orang Melayu dan bumiputera? Tidakkah usaha seperti ini merupakan usaha mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan?"

Baca pula komen yang dimuatkan oleh seorang pengunjung di laman citra ini, yang berbunyi:-

On July 16, 2009 at 1:55 pm konek Said:

Our current malay generation is racist now because they desperately want to hang on to privileges which I frankly believe it slowly causing the malay race to rot away and become a pathetic race on crutches dependent.

I think that malays are the most stupid idiots on earth – they might have big sized bodies bud in their heads, but they have puny brains.

Thus coming to the conclusion that they are the most stupid black blocks on earth – they are coloured black and stink like a garbage dump.

Does malays ever think twice about their religious? What if yours believe is not what you think!

You malays will rape anybody just for sexual pleasure. You didn’t read about the malay who raped his own sister?

Not only that! They yell 5 times per day and expect to go to heaven! After committing so many sins like steal, rape, killing!

Malays are so stupid that deserve to be robbed by their own government. They in fact deserve to be raped as well. Maybe we were better off as British rule Malaysia after all.

Malays are jealous of Chinese, that is why they hate them. Americans are not jealous of Chinese, because they don’t need tongkat. They buy a lot of Chinese goods. If they hate, they would have boycott the products. Bodoh!

Oh! Bodoh! Only blind man needs tongkat.

If Americans don’t hate the malays, why is there so much bad press against Mahathir when he scolded the Americans? You malays are brainless and never read the newspaper. Everyday special rights here and there……….still like your tongkat so much!

You go to American embassy and see which country now is blacklisted? Did they blacklist Taiwan, Singapore, Hong Kong?

Even the Japanese look down upon the malays because they are just a bunch of fool, corrupt, lazy person who feed on the Chinese income tax for their existence.

The malays want to produce as many pig babies as they want, but doesn’t teach them what is honesty, hardworking, civilisation!


Si Biadap ini patut dijejaki dan di "urus"kan mengikut lunas undang-undang yang sedia ada di negara ini.

"BUMI INI ADA TUANNYA SEMASA KAMU SAMPAI DAHULU"

Semerah Padi

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Betul tu......jika kaum Melayu Islam ni bersatu/bergabung/berpadu maka kita akan dapat 100% sokongan.....tetapi kini kita ada 3 kelompok besar kumpulan Melayu - UMNO,PAS dan PKR dalam nisbahnya mungkin 45:35:20 ( perlu kajian yg lebih kukuh,telus dan saintifik untuk mendapat nisbah yang sebenar ).....kita tiada kekuatan...kita mudah ditewaskan pada bila-bila masa.......Tapi dalam soal politik dan perjuangan parti agak sukar untuk melihat sekurang-kurangnya nisbah 65 :35 seperti dahulu atau 80:20 yg diimpikan sekarang......Masing-masing ada hujah tersendiri,masing-masing mengaku terbaik untuk agama,bangsa dan negara dan masing-masing mmepersoalkan keupayaan dan ke'islam'am pihak lain......Wallahu'alam....Masih adakah Sinar Harapan untuk mencapai 100% solid perpaduan ini?

dinturtle berkata...

Salam Tuan KP,

Perpaduan Melayu... terlalu sering di perkatakan semua pemimpin Melayu yang ada. Tapi sayang tidak kemana. Kenapa? Kerana tidak ada keikhlasan dihati mereka . Apa yang diucap hanyalah cakap berdasarkan politik semata, seperti ingin menonjolkan diri mereka lebih Melayu dari Melayu yang lain.

Kita perlukan satu pertemuan antara para pemimpin Melayu tanpa mengira fahaman politik. Dan paling penting, pertemuan itu tanpa sebarang publisiti, yakni tiada seorang pun bakal mendapat sebarang political mileage darinya. Apa yang perlu adalah kesedaran dan keinsafan akan betapa pentingnya perpaduan Melayu dipertahankan walau apapun fahaman politik masing2.

Mereka boleh melalak apasaja dipentas politik, mengecam sesama Melayu, mengutuk, apa saja.... tapi bilasaja hak2 dan ketuanan Melayu di pertikaikan oleh mana2 pihak, saf perpaduan dirapatkan.

yeah..just a wishful thinking

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Akta Hasutan 1948 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Singapura Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi