SEBAIK sahaja Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009, beliau terus memperkenalkan satu slogan iaitu ‘1Malaysia’ yang bertujuan menyatukan semua bangsa yang ada di tanah air ini.
1Malaysia tidak terhenti setakat laungan atau jeritan sahaja, malah ia dibawa kepada hati rakyat Malaysia menerusi lagu tema, iklan, logo, dan diwujudkan satu saham amanah yang diberi nama Amanah Saham 1Malaysia. Semua ini merupakan antara langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjayakan misi ini.
Namun saya merasakan bahawa semua itu tidak cukup untuk merealisasikan agenda ini. Memang benar, terdapat pelbagai cara untuk menjayakan 1Malaysia. Tetapi saya merasakan bahawa 1Malaysia akan lebih berjaya jika hanya diwujudkan sekolah satu aliran sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
Saya bukanlah yang pertama mencadangkan hal ini. Namun surat ini ditulis supaya mereka dapat mendengar suara pelajar itu sendiri memberikan pandangan terhadap isu ini kerana merekalah yang akan menerima kesannya.
Saya merupakan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah yang majoriti pelajarnya orang Melayu. Orang Cina tidak bersekolah di sini kerana terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) tidak jauh dari sekolah saya. Begitu juga dengan kaum India.
Saya tidak berpeluang mengenali kaum lain dengan lebih dekat, melainkan pada waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Belajar mengenai bangsa lain dalam masa 80 minit seminggu memang tidak mencukupi. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa sekolah satu aliran tidak mampu mewujudkan perpaduan.
Sekolah satu aliran pada saya tidak mendatangkan apa-apa keburukan. Mungkin saya tidak nampak apa masalah yang akan timbul kerana saya tidaklah sehebat mana berfikir. Namun, apa yang saya nampak ialah:
*Sekolah satu aliran mampu mewujudkan perasaan saling menghormati sesama bangsa.
*Sekolah satu aliran mampu menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati pelajar terhadap bangsa lain.
*Sekolah satu aliran membolehkan para pelajar untuk saling mengenali, mendalami, mengetahui dan bergaul dengan bangsa lain.
Berbeza dengan sistem sekolah yang ada pada masa kini, ia lebih bersikap mementingkan diri dan tidak menghiraukan kaum lain. Malah para pelajar tidak berpeluang untuk mengenali bangsa lain.
Saya sendiri tidak berpeluang untuk mendekati kaum lain kerana saya bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya orang Melayu, menetap di kawasan yang komunitinya kaum Melayu, menonton saluran televisyen yang banyak memaparkan orang Melayu, bermain bersama rakan dari kaum Melayu dan banyak aktiviti yang dilakukan bersama orang Melayu.
Saya percaya perkara ini juga berlaku kepada para pelajar kaum lain. Oleh itu, hanya di sekolah satu aliran sahaja saya boleh mengenali bangsa lain. Itu pun jika cadangan ini dilaksanakan. Pelaksanaan cadangan ini mungkin membolehkan para pelajar untuk mengenali kaum lain, sekali gus mewujudkan perpaduan di sekolah.
Perpaduan di sekolah merupakan asas kepada perpaduan negara. Mungkin apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan idea ini, saya sudah pun menamatkan persekolahan saya, namun keputusan itu penting untuk jutaan adik-adik saya yang masih bersekolah.
Saya berharap agar kerajaan memikirkan cadangan ini kerana ia mampu menjayakan apa yang diharap kerajaan. Saya hanyalah seorang pelajar yang inginkan perpaduan dalam negara ini.
(Sumber: Utusan Malaysia, 17 Ogos 2009).
+
3 ulasan:
Dalam soal satu sekolah ini, kerajaan UBN terlalu lembab (dan lembam) untuk faham bahawa SJK yang membibitkan unsur perkauman. Kenapalah nak layan sangat depa ni (terutama orang Cina) dengan kebanggaan budaya pembelajaran Cina yang lebih mementingkan diri sendiri, hipokrit, orang lain apa peduli janji aku dapat apa aku nak, dan banyak lagi budaya negatif. Banyak ahli DAP adalah dari golongan ini. Terlalu rasis pulak tu.
Teruskan kempen untuk kebaikan semua.
Tawaran baik dan relevan sepatutnya diterima. Tak perlu lagi diberi pelbagai alasan yang tak munasabah hanya kerana nak menegakkan benang basah.
SuperMind/MindaBistari cadangkan 2 Aliran iaitu Aliran Melayu dan Inggeris. rujuk http://mymind100.blogspot.com
Catat Ulasan