13 Ogos, 2009

Penggunaan bahasa Kebangsaan oleh Dr Khairul Azman dipersoal Gobind Singh Deo

-
Penggunaan Bahasa Dalam Keterangan Saksi Dipersoal

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Peguam pemerhati bagi keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo pada Selasa mempersoal tindakan saksi pakar forensik yang memberi keterangan dalam bahasa Malaysia pada prosiding Inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di sini.

Gobind berkata saksi itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, yang merupakan pakar perunding kanan perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, sepatutnya memberi keterangan dalam bahasa Inggeris berikutan laporan bedah siasat yang beliau sediakan dibuat dalam bahasa itu (Inggeris).

Selain Gobind, perkara tersebut turut dibangkitkan oleh peguam pemerhati bagi pihak Badan Peguam Selangor Rajpal Singh dan peguam pemerhati bagi pihak kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar pada hari keenam prosiding inkues itu.

Gobind berkata terdapat juga beberapa maklumat penting dalam laporan bedah siasat itu yang tidak dinyatakan Dr Khairul Azman semasa memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia."

Seorang lagi pakar forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar akan memberi keterangan dalam Bahasa Inggeris, jadi kami meminta saksi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris atau kami minta mahkamah nasihatkan saksi (jika ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia) supaya memberi keterangan yang tepat berdasarkan laporan bedah siasat," katanya.

Peguam Tan Hock Chuan yang dilantik bagi mewakili kerajaan pula berkata tidak timbul isu sekiranya saksi ingin memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia kerana laporan bedah siasat itu telah ditandakan sebagai bahan bukti dan salinannya juga telah diserahkan kepada semua pihak."

Saya akui saksi ada tertinggal beberapa maklumat dalam laporan bedah siasat itu tetapi beliau tida ada apa-apa yang perlu disembunyikan. Terpulang kepada saksi sama ada ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia atau sebaliknya," katanya.

Rajpal kemudian bangun dan berkata Dr Khairul Azman telah menyediakan laporan bedah siasat itu dalam Bahasa Inggeris dan sekiranya beliau ingin memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia, ia akan membuang masa mahkamah kerana saksi perlu menterjemah laporan bedah siasat sebanyak tujuh muka surat.

Malik Imtiaz pula berkata mereka tidak memaksa saksi bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi jika perlu, saksi diminta untuk memberi keterangan dalam Bahasa Inggeris apabila membabitkan bahagian yang amat penting (dalam laporan bedah siasat).

Tan sekali lagi bangun dan berkata berdasarkan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan, saksi mempunyai hak untuk memutuskan bahasa yang beliau ingin tuturkan dan justeru itu, beliau meminta agar semua pihak tidak memaksa saksi bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Azmil Muntapha yang mendengar pertikaian tersebut kemudian meminta Dr Khairul Azman memutuskan bahasa yang beliau ingin gunakan semasa memberi keterangan dan mengingatkan sekiranya saksi itu ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia, beliau perlu memberi penjelasan terperinci berdasarkan laporan bedah siasat itu.

Dr Khairul Azman kemudian berkata," Saya juga ingin percepatkan prosiding dan tidak mahu lengah-lengahkan masa. Saya tiada niat untuk mengelirukan sesiapa dan saya hanya ingin membantu mahkamah. Jika diizinkan saya ingin menggunakan bahasa Inggeris dan Malaysia dalam keterangan saya."

Mendengar jawapan saksi ke-10 itu, Azmil Muntapha berkata: " Boleh, itu keputusan yang terbaik."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

(Sumber: BERNAMA, 11 Ogos 2009)
+

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Inilah manusia yang menyokong A Samad Said dan Hasan Ahmad untuk memansuhkan PPSMI........akhirnya bahasa sendiri diperhinakan oleh penyokong sendiri......

NJ berkata...

Tuan KP,

Kini Bahasa Kebangsaan pula dipersoalkan. Apa PM kita nak komen pula tentang ini?

Terang-terangan bahawa identiti Malaysia mengikut Perlembagaan ini mula dipersoalkan dengan begitu terbuka oleh kaum-kaum pendatang dewasa ini.

Agaknya, negara ini perlu bertanyakan kaum Melayu (yang sedang berpecah belah ini) - samada "identiti" Malaysia yang selama ini berteraskan/berasaskan kepada "Tanah Melayu" wajar disemak semula.

- Bahasa Kebangsaan? Apa-apa bahasa pun boleh, ikut sedap hati

- Agama? PAS boleh jawab dan ulas lebih lanjut kut.

- Adat & Budaya? ikut suka hatilah asalkan banyak duit, sedap makan dan tak ada batas nak enjoy sana sini

Kalau tidak, nanti Perlembagaan yang ada sekarang ni, tak ubah seperti tunggul kayu. Kaum pendatang sekian hari mencabar serta tidak mematuhinya. Orang Melayu tengok ajalah sampai ada yang ikut serta mengikut rentak dan tari si kaum pendatang ni.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Tanpa Nama berkata...

apalah nak dihairankan. LKS dan KS yang lahir dan tinggal di negara yang mereka cerca ini pun tak betul berbahasa malaysia. jadi gobind pun apa kurangnya... kalau dah par*** tu par*** la jugak.

Meluat

Kembara Politik berkata...

Tuan Yang Gambi,

Waalaikummussalam warahmatullah.
Betul bagai dikata Tuan. Agaknya bakal mengamukkah Hasan & Samad Said? Bakal berdemokah mereka mengutuk tindakan Gobind?

Tuan NJ,

Spesis macam Gobind ini pandai memperkudakan rakyat. Padahal spesis macam ni bukannya benar-benar berjuang memperkasakan bahasa Kebangsaan. Salah Melayu juga. Melayu yang mudah diperkuda sanggup berdemo demi menaikkan ahli politik spesis Gobind. Ada tak yang sanggup berdemo memaksa kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat siapa dalang di sebalik blog The Might of the Pen yang menghina Islam & Raja Melayu? Melayu diperkuda!

Meluat,

Itulah kualiti pemimpin DAP yang sudah 52 tahun merdeka tapi masih lagi pelat ala komunis sebelum merdeka. Macam ini punya pemimpin pun tetap diundi oleh rakyat. Bukan salah rakyat tetapi rakyat dahulunya (PRU12) tiada pilihan yang lebih baik.

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin