-
Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu pada Januari 2008, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sudah pun ‘menjual’ kalimah ALLAH untuk ditukar dengan undi-undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR). DUPP telah mengeluarkan “fatwa politik” 3 Januari 2008 seperti berikut:
Surat-surat sokongan politik oleh pihak gereja Kristian dikeluarkan dan boleh didapati secara meluas menjelang dan selepas hari pengundian PRU-12 menyeru diberikan sokongan kepada PR. Dan kita semua tahu hasilnya — PR berjaya menafikan penguasaan 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen dan berjaya menguasai 5 buah negeri +1 — Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan. Blog Andak memberikan kronologi yang cukup baik melalui artikel bertajuk "Pakatan Rakyat: Jual Kalimah 'Allah' Untuk Beli Undi Kristian?"
Pengundi sebenarnya tidak sedar bahawa undi dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak gereja Kristian bukanlah secara percuma. Sokongan pihak gereja Kristian demi memastikan kemenangan PR sebenarnya melibatkan kos yang sangat tinggi. “Lampu hijau” penggunaan perkataan “ALLAH” oleh Pas dijadikan hujah oleh pihak Gereja Kristian dengan memetik bahawa perjuangan Gereja Kristian turut disokong kuat oleh PAS.
Sokongan Pas itu dicanang oleh pihak Geraja Kristian dalam laman sesawang Herald Malaysia Online (30 Disember 2009). Berikut sedikit sedutan petikan (rujuk ayat digaris merah):
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar (2 Januari 2010) menekankan bahawa:
Keputusan hakim yang menentang perintah KDN yang mana yakin bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian akan menyebabkan ketidak tenteraman awam ditolak kerana ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Pas dan segelintir umat Islam ini. Sokongan umat Islam di dalam Pas akhirnya dijadikan hujah menentang KDN. Sokongan Pas terhadap pihak gereja Kristian berkenaan penggunaan kalimah Allah ini menidakkan hujah 'mewujudkan keadaan tidak tenteram' oleh KDN. Dan semua umat Islam di Malaysia (mahupun di seluruh dunia) tahu kesudahannya.
Hakim nampaknya melihat 'sokongan' yang diberikan PAS dan PR sebagai bukti bahawa pihak gereja Kristian tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan syarat diamalkan secara aman di Malaysia. Hakim mungkin melihat bahawa orang Islam dilihat tidak mempunyai masalah dengan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam semata-mata adanya sokongan berdasarkan ‘fatwa politik’ pancing undi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat ini.
Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh untuk melihat agenda tersembunyi apabila sudah dikuasai nafsu terlalu obses ingin berkuasa. PAS gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap terlalu bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.
Implikasi kes ini sangat besar terhadap umat Islam. Kalimah 'Allah' tidak lagi ekslusif buat umat Islam. Apakah maksudnya? Apa akan jadi di masa hadapan? Besarkah implikasinya? Besar! Sangat besar. Salah satunya ialah kalimah Allah mungkin akan dipersendakan dengan pelbagai cara. Contohnya, mencacah tattoo kalimah Allah dalam tulisan Arab di badan seseorang yang bukan Islam dengan mengambil alasan 'Allah' adalah hak semua. Apakah perkara ini akan berlaku di bumi Malaysia ini? Minta dijauhkan. Nauzubillah! Jangan sudah terlambat baharu kita mahu menyesal.
Penghakiman dibuat juga adalah berlandaskan hujah hak semua individu untuk menggunakan sebarang perkataan termasuk kalimah Allah. Kita tidak salahkan hakim yang sememangnya bukan beragama Islam dan membuat keputusan berdasarkan reaksi umat Islam sendiri. Bukan salah hakim kerana terdapatnya umat Islam sendiri yang menunjukkan sikap 'tidak mengapa' dan sanggup menggadai kalimah Allah semata-mata kerana undi. Tetapi adakah di masa akan datang kita boleh menahan orang bukan Islam menyalahgunakan kalimah Allah disebabkan sikap umat Islam kita sendiri pada hari ini?
Apakah orang Islam dalam PAS dan PKR masih lagi dibutakan setelah umat Islam seluruh negara mula bersuara menzahirkan rasa kurang senang dan membongkar motif tersembunyi? Wahai semua umat Islam! Bangkitlah kembali bersatu dalam hal ini. Biarlah perbezaan politik ditolak ke tepi buat seketika. Berfikirlah dengan rasional demi kesucian Islam di bumi Malaysia. Sama-sama kita nyatakan pendirian secara tegas.
Sama-sama kita berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin mengikut lunas undang-undang yang ada. Masih ada lagi ruang rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Bukti baharu seperti "bantahan dan suasana mengancam keselamatan negara" masih boleh dikemukakan walaupun di peringkat Rayuan. Penulis percaya bahawa sistem perundangan di Malaysia berjalan dengan baik.
+

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah – Dewan Ulamak Pas Pusat
Ditulis oleh Harakah, Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
“Fatwa politik” untuk raih undi PRU-12 pada Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam, secara spesifiknya dari pihak gereja Kristian. Malah, pihak gereja Kristian secara terang-terangan telah menyatakan sokongan politiknya kepada PR dalam PRU-12 yang lalu. Sokongan beberapa pemimpin Pas seperti YB Khalid Samad terhadap usaha pihak gereja Kristian amat dialu-alukan oleh pihak gereja Kristian. Apa pun, terima kasih dan syabas buat YB Zulkifli Noordin kerana tegas dalam hal ini walaupun terpaksa menentang arus sokongan yang diberikan oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat terhadap gereja Kristian.
Surat-surat sokongan politik oleh pihak gereja Kristian dikeluarkan dan boleh didapati secara meluas menjelang dan selepas hari pengundian PRU-12 menyeru diberikan sokongan kepada PR. Dan kita semua tahu hasilnya — PR berjaya menafikan penguasaan 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen dan berjaya menguasai 5 buah negeri +1 — Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan. Blog Andak memberikan kronologi yang cukup baik melalui artikel bertajuk "Pakatan Rakyat: Jual Kalimah 'Allah' Untuk Beli Undi Kristian?"
Pengundi sebenarnya tidak sedar bahawa undi dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak gereja Kristian bukanlah secara percuma. Sokongan pihak gereja Kristian demi memastikan kemenangan PR sebenarnya melibatkan kos yang sangat tinggi. “Lampu hijau” penggunaan perkataan “ALLAH” oleh Pas dijadikan hujah oleh pihak Gereja Kristian dengan memetik bahawa perjuangan Gereja Kristian turut disokong kuat oleh PAS.
Sokongan Pas itu dicanang oleh pihak Geraja Kristian dalam laman sesawang Herald Malaysia Online (30 Disember 2009). Berikut sedikit sedutan petikan (rujuk ayat digaris merah):
The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church’s fight to overturn a government ban on the use of the term ‘Allah’ to describe God in Christian texts. “I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi-racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah,” Zulfikar Ahmad, a PAS official said.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar (2 Januari 2010) menekankan bahawa:
Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiada agama lain disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara sahaja. Ini adalah jaminan Perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.
Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Makna ‘boleh diamalkan dengan aman dan damai’ ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.
Keputusan hakim yang menentang perintah KDN yang mana yakin bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian akan menyebabkan ketidak tenteraman awam ditolak kerana ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Pas dan segelintir umat Islam ini. Sokongan umat Islam di dalam Pas akhirnya dijadikan hujah menentang KDN. Sokongan Pas terhadap pihak gereja Kristian berkenaan penggunaan kalimah Allah ini menidakkan hujah 'mewujudkan keadaan tidak tenteram' oleh KDN. Dan semua umat Islam di Malaysia (mahupun di seluruh dunia) tahu kesudahannya.
Hakim nampaknya melihat 'sokongan' yang diberikan PAS dan PR sebagai bukti bahawa pihak gereja Kristian tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan syarat diamalkan secara aman di Malaysia. Hakim mungkin melihat bahawa orang Islam dilihat tidak mempunyai masalah dengan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam semata-mata adanya sokongan berdasarkan ‘fatwa politik’ pancing undi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat ini.
Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh untuk melihat agenda tersembunyi apabila sudah dikuasai nafsu terlalu obses ingin berkuasa. PAS gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap terlalu bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.
Implikasi kes ini sangat besar terhadap umat Islam. Kalimah 'Allah' tidak lagi ekslusif buat umat Islam. Apakah maksudnya? Apa akan jadi di masa hadapan? Besarkah implikasinya? Besar! Sangat besar. Salah satunya ialah kalimah Allah mungkin akan dipersendakan dengan pelbagai cara. Contohnya, mencacah tattoo kalimah Allah dalam tulisan Arab di badan seseorang yang bukan Islam dengan mengambil alasan 'Allah' adalah hak semua. Apakah perkara ini akan berlaku di bumi Malaysia ini? Minta dijauhkan. Nauzubillah! Jangan sudah terlambat baharu kita mahu menyesal.
Penghakiman dibuat juga adalah berlandaskan hujah hak semua individu untuk menggunakan sebarang perkataan termasuk kalimah Allah. Kita tidak salahkan hakim yang sememangnya bukan beragama Islam dan membuat keputusan berdasarkan reaksi umat Islam sendiri. Bukan salah hakim kerana terdapatnya umat Islam sendiri yang menunjukkan sikap 'tidak mengapa' dan sanggup menggadai kalimah Allah semata-mata kerana undi. Tetapi adakah di masa akan datang kita boleh menahan orang bukan Islam menyalahgunakan kalimah Allah disebabkan sikap umat Islam kita sendiri pada hari ini?
Apakah orang Islam dalam PAS dan PKR masih lagi dibutakan setelah umat Islam seluruh negara mula bersuara menzahirkan rasa kurang senang dan membongkar motif tersembunyi? Wahai semua umat Islam! Bangkitlah kembali bersatu dalam hal ini. Biarlah perbezaan politik ditolak ke tepi buat seketika. Berfikirlah dengan rasional demi kesucian Islam di bumi Malaysia. Sama-sama kita nyatakan pendirian secara tegas.
Sama-sama kita berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin mengikut lunas undang-undang yang ada. Masih ada lagi ruang rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Bukti baharu seperti "bantahan dan suasana mengancam keselamatan negara" masih boleh dikemukakan walaupun di peringkat Rayuan. Penulis percaya bahawa sistem perundangan di Malaysia berjalan dengan baik.
+
5 ulasan:
Salam Sdr Kembara
Sekiranya "bukti" yg mereka perlukan...maka "bukti" akan di berikan.......dalam bentuk apa?..wallahwualam...
Tahniah. Satu paparan yang jelas dan menarik. Sudah hamba pautkan dilaman hamba.
Dalam tiada kemahiran membuat pautan malam ini berjaya hamba buat dengan jayanya. Hidayah Allah Barangkali.
Assbiskop pakiam patut disiasat kerana tindakannya menggugat ketenteraman awam.
Org kristian dapat apa dari isu ini? Semakin tidak dipercayai? dibenci? Pope terlibat sama ke dlm hal ini, atau assbiskop pakiam dan geng saja?
salam....
Hasil dari luar negarapun sudah didapati
di dalam negara seperti kalimah ALLAH
pada kasut!
Sekarang timbul Eryka Badu dengan tatoo kalimah Allah. Inilah hasil perjuangan Pas yang benarkan kalimah Allah didagang dengan undi.
Catat Ulasan