Terlebih dahulu penulis pohon kemaafan daripada semua sahabat dan pembaca blog kerana sudah lama tidak aktif menulis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak.
Walau bagaimana pun, penulis sempat juga intai-intai perkembangan Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana usaha ini sangat dekat di hati penulis, dan mungkin juga sangat dekat di hati seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.
Setakat intai-intai sahajalah yang mampu dilakukan, tapi penulis tidak sempat hendak menulis panjang sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi penulis terhadap usaha murni ini.
Intai-intai di laman Kempen SSS, rupa-rupanya sudah ada sebanyak 219 blog yang menyokong Kempen SSS yang tersenarai dalam e-Patriots in Support!
Bagi blog-blog yang turut ingin bersama meyokong kempen ini bolehlah mempamerkan logo SSS (seperti di atas) di blog masing-masing secara kekal sebagai tanda sokongan anda dan memaklumkan kepada pengendali laman Kempen SSS untuk turut disenaraikan.
Bagi blog-blog yang turut ingin bersama meyokong kempen ini bolehlah mempamerkan logo SSS (seperti di atas) di blog masing-masing secara kekal sebagai tanda sokongan anda dan memaklumkan kepada pengendali laman Kempen SSS untuk turut disenaraikan.
Persoalan dan jawapan asas tentang Kempen SSS boleh diperoleh di laman Kempen SSS melalui FAQs yang disediakan. Turunkan tandatangan anda di petisyen yang disediakan sekiranya anda menyokong usaha murni ini.
Jangan segan-segan untuk turut sama berkempen kepada rakan-rakan anda kerana usaha murni ini tidak bersalahan (ada sesetengah pihak cuba memesongkan fakta sebenar) dan juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
Semoga usaha kita secara bersama yang tidak seberapa ini mampu memberikan kesan - tidak besar, kecil pun sudah memadai. Tidak kisahlah sama ada kesannya cepat mahu pun lambat. Apa yang penting, kita telah menyuarakan apa yang kita fikir terbaik demi perpaduan seluruh kaum di Malaysia, bumi bercinta!
Dan suara itu perlu diteruskan tanpa rasa jemu!
+
1 ulasan:
Salam,
Semoga Saudara berada dalam situasi yang sejahtera selalu walaupun kesempitan masa untuk 'berblog'.
Harapnya akan tiba jua peluang untuk kembali menukilkan tulisan-tulisan yang mempertahankan kedaulatan negara ini.
Catat Ulasan