Pertamanya penulis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas pengumuman pelaksanaan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib bermula seawal bangku sekolah rendah yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2014. Tahniah dan terima kasih buat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan Kerajaan itu sebenarnya sangat dialu-alukan oleh rakyat kerana kita semua sudah melihat bagaimana rakyat mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat akibat buta sejarah. Dek kerana tidak memahami sejarahlah kita saksikan bagaimana terlalu mudahnya anak muda kita dihasut dakyah jahat yang disebar secara halus oleh pihak-pihak tertentu.
Kepentingan mempelajari dan memahami sejarah ini turut disuarakan oleh Komuniti Demi Negara dalam laman Kempen SSS yang dilancar pada 31 Ogos 2009. Berikut penulis petik antara cadangan yang dimasukkan dalam Memo kepada KPM yang diperoleh dari laman Kempen SSS:
" Mata Pelajaran Sejarah Dimestikan
Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, cara dan konteks pembentukan negara Malaysia.
Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.
Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara. "
Walau bagaimanapun, sudah ada pihak-pihak yang cuba mempergunakan keputusan Kerajaan ini untuk memenuhi agenda jahat mereka. Sudah ada cakap-cakap dan suara sumbang yang mahukan Sejarah itu ditulis semula mengikut selera mereka.
Dr Mohd Ridhuan Tee menyentuh perkara ini dengan cukup baik melalui artikel beliau yang bertajuk " Sejarah bagaimana yang kita mahu? " yang ditulis pada 26 Oktober 2010. Berikut penulis petik beberapa perenggan artikel beliau:
" Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti-parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan yang amat menghiris, mahukan kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.
Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah yang sebenar. Sejarah yang sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elakkan menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.
Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek yang lebih besar lagi yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.
Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ianya mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada Penubuhan Malaysia. Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah ke hari ini.
Kumpulan-kumpulan ekstrim ini asyik-asyik hanya bercakap soal sumbangan bukan Melayu, soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-45. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun juga penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?Berkali-kali telah saya nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan oleh dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah perang China-Jepun 1894-95 dan 1937.
Jangan terlalu obses dengan sumbangan Bintang Tiga atau MPAJA dan Parti Komunis Malaya (PKM), sehingga kita sengaja lupakan sejarah yang sebenar? Maka tidak hairan hari ini tugu MPAJA dibina sebesar-besarnya di Taman Peringatan Nilai. Yang amat pelik, Majlis Perbandaran dan Arkib Negara kurang serius dalam memantau pembinaan tugu dan memorial seperti ini "
Nampaknya usaha untuk pinda sejarah negara mengikut selera pelahap Komunis tidak akan pernah padam. Penulis ada menyentuh perihal selera pelahap Komunis ini melalui penulisan artikel lepas bertajuk " Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan " yang ditulis oleh blog ini pada 22 Disember 2008.
Pengkhianat! Itulah perkataan yang sangat sesuai buat pihak yang giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan.
Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh pihak tertentu dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Ingatan kepada pihak ini: Usah bermain api!
+
6 ulasan:
Sejarah juga akan mencatatkan betapa Satu Sekolah Untuk Semua akan melahirkan warga yang bersatu erat, satu bangsa, walaupun pelbagai keturunannya. Tetapi tidak! Mereka tetap mahukan sekolah vernakular mereka.
Sebahagian drp mereka irihati terhadap keistimewaan yang dikecapi melalui Sosial Kontrak yang sememangnya suatu keistimewaan yang diberikan kepada nenek moyang mereka sehingga mereka lahir disini, suatu keistimewaan YANG MEREKA TELAH KECAPI yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Tetapi kini, mereka mahu menghakis sejarah itu kerana sifat tamak mereka yang tidak berkesudahan. Baru sekarang mahu dilaungkan "samarata" tanpa mahu mengingati sejarah di mana mereka terlebih dahulu mendapat keistimewaan ini.
Mereka mahukan identiti mereka yang asing ditegakkan di bumi ini. Mana mungkin? Sekiranya mereka tidak suka kepada identiti negara ini, mereka DIPERSILAKAN balik ke negara asal mereka di mana identiti itu seccocok dgn apa yang mereka mahukan.
Kenapa Sebahagian Drp Mereka Melenting Terhadap Sejarah
Saya mencadangkan pihak kerajaan mengubah kementerian pendidikan menjadi suruhanjaya pendidikan agar ianya bebas membuat keputusan tanpa tekanan politik. insyaallah, pendidikan Malaysia akan lebih berkualiti.
peace support 1 malaysia
Yang jelas DAP berjaya menikam melayu melalui sentimen Islam dan Kesamarataannya..kita sedari atau tidak persoalannya mengapa LKY tidak melawat negeri pantai timur..?dan jejak akhirnya adalah Kelantan DN dan disambut dengan meriahnya oleh Tok Guru Nik Abd Aziz...LKY telah menjejakkan kakinya di Johor, Melaka, NS,Selangor, Perak dan PP..adalah langkah pertamanya bg meyakinkan semua Ketua2 Kaum Cina bahawa perubahan kuasa akan berlaku...LKY dan perancang2 Yahudi telah merangka Plan Pembahagian Zon secara terancang yang mana kemenangan BA akan membawa satu pakatan baru memudahkan pembahagian Zon...Zon Negara2 Selat yg terdiri dr Johor, Selangor, NS, Melaka, Perak dan PP..sementara Zon Negeri2 Islam yg ketuai oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz mengusai Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu..impian LKY adalah menjadikan DSAI sebagai Presiden sementara LKS adalah Perdana Menteri,HJ.Hadi selaku Timb.Perdana Menteri..LKY mahukan meguasai Selat Melaka sementara hasil minyak diberi kpd kerajaan Islam dibawah pentadbiran PAS..Undang2 Islam hanya diperuntukan di Zon Islam sahaja dan Zon Negeri Selat dibawah kuasa Ketua Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam...org melayu yg tidak puas hati akan berpindah ke Zon Islam yg diketahui memiliki ratusan ekar tanah kelapa sawit sebagai penempatan baru..inilah cita2 serakah DSAI dan Tok Guru dr Kelantan..yg dikatakan Perjanjian Syaitan...janji LKY kpd Tok Guru iaitu menyerahkan Hasil Minyak Mentah kpd kuasa Islam PAS...Org Kelantan hanya mahukan hasil kekayaan minyak sahaja..Presiden hanya sebagai simbol kuasa negara Republik menggantikan Sistem Raja2 Melayu..oleh itu bg merelisasikan cita2 LKY dan Yahudi ini PRU 13 adalah jawapan dan serangan terakhirnya...bersediakah wahai org melayu Islam..samaada PAS atau UMNO menghadapi tsunami ini...lihatlah anak2 dan cucu2 kita akan datang..
Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.
http://tenangprk.blogspot.com/
Terima kasih.
Sejarah is important but it must be assessed well especially in the education system.
Catat Ulasan