Pas terus-terusan menipu pengikutnya dan orang ramai. Di peringkat akar umbi dan penyokong atas pagar masih lagi melaungkan perjuangan mereka sebelum PRU-12 iaitu Hukum Hudud dan Negara Islam.
Tapi di peringkat kepimpinan atasan bertindak sebaliknya. Pemimpin di peringkat atasan sudah pun membakul sampahkan perjuangan itu.
"PKR dan PAS akhirnya bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud, setelah mengambil kira bantahan keras daripada satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP", menurut satu artikel laman Merdeka Review - sebuah think tank milik DAP. [KLIK SINI untuk rujuk artikel penuh].
Apa yang boleh penulis coretkan di sini ialah PAS pasca PRU-12 sangat kotor dan hina. PAS ganti UMNO? Lebih sesuai, DAP ganti PAS!
Klip video YouTube di bawah dapat menerangkan hakikat sebenar perjuangan PAS. PAS sungguh pandai menipu dan sesuka hati mempergunakan agama Islam demi survival politiknya. Tonton dan buat penilaian berdasarkan mata hati. Wallahualam.
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan