Assalamualaikum..
tulisan ini hanyalah pendapat
dari pemerhatian saya terhadap keadaan politik Malaysia.
- Kajian dari CENSE telah menunjukkan peningkatan peratusan sokongan melayu terhadap UMNO (Alan Ting,Bernama, 19 jun 2012, BN mungkin kekalkan kerusi parlimen yang dikuasainya)
- Kajian oxford dan havard, menunjukkan peratusan undi cina akan mencapai 80% menyokong DAP (Roketkini,15 june 2012, tsunami politik bakal melanda johor). Melihat dari hasil kajian ini, semua kawasan majoriti cina dan yang mempunyai komposisi kaum yang hampir sama rata antara kaum akan dimenangi oleh DAP berikutan undi melayu telah berpecah (DAP juga telah melaungkan akan bertanding 90 kerusi).
- Melihat dari keadaan peratusan sokongan, penulis melihat ketidak seimbangan dalam kuasa politik dimalaysia.
- Jika mengikut kajian CENSE, UMNO akan Berjaya mempertahankan jumlah kerusi yg ada sekarang iaitu 79 kerusi (kawasan melayu), dan DAP akan mendapat 90 kerusi (kawasan cina + kawasan campuran). Sekiranya BN kalah ia akan memperlihatkan Parlimen akan dikuasai oleh orang cina (DAP) dan pembangkang melayu (UMNO).. PKR dan PAS akan kalah teruk.
- Ini akan membayangkan dua kaum yang dominan berada di pihak pembangkang dan kerajaan. Keadaan ini akan mewujudkan ketegangan kaum dan ketidakstabilan politik sepanjang penggal pemerintahan. Situasi ini juga akan memberi impak negative kepada keadaan ekonomi Malaysia, antara sebab pelabur datang ke Malaysia adalah disebabkan kestabilan politiknya. Sekiranya keadaan politik kucar-kacir, pelabur tidak akan datang kesini tambahan pula suasana ekonomi global yang suram yang menjadikan pelabur lebih berhati-hati.
- Sekiranya hasil kajian diatas diambil kira, didalam PR sendiri majority Ahli Parlimennya adalah dikalangan orang cina (DAP). Keadaan kacau bilau akan berlaku dengan perebutan jawatan dalam kerajaan. DAP akan cuba meletakkan Ahlinya yang menang sebanyak mungkin didalam kerajaan kerana majority di tangan mereka tambahan pula DAP berpegang kepada prinsip meritokrasi. Ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati dikalangan parti komponen lain, selain itu ia akan meningkatkan suhu ketegangan kaum kerana parti politik di Malaysia adalah berasaskan kaum. PAS dan PKR adalah berasaskan kaum melayu, sekiranya parti ini tidak mendapat jawatan yang banyak seperti sekarang melayu akan rasa tertekan dan merasakan seperti melayu dijajah semula. PR tidak mempunyai pembahagian jawatan dalam kerajaan yang baik seperti BN.
- Sebaliknya sekiranya BN menang dengan majority MP adalah melayu, parti komponennya tidak akan kacau bilau kerana pembahagian jawatan telah dipersetujui oleh semua komponen. Kaum lain juga tidak akan rasa tertekan kerana yakin dengan pembahagian jawatan dalam kerajaan bagi setiap komponen, selain mereka telah banyak kali melalui keadaan ini.
- Kekuatan BN terletak pada pembahagian kuasa yang baik dan dapat diterima semua. Walaupun semua parti komponennya berasaskan perkauman tetapi dengan pembahagian kuasa yang bijak dapat memberi kestabilan politik dan keharmonian antara kaum.
- Kesimpulannya kemenangan PR dalam PRU13 tidak akan memberi kesan positif tetapi lebih kepada kesan negative kepada keseluruhan rakyat Malaysia tidak kira kaum. Kesuraman ekonomi dan ketegangan antara kaum sudah cukup menyusahkan kita semua. Mengapa perlu undi PR hanya dengan retorik sahaja??... Undilah BN (ia bukan parti yang sempurna tetapi yang terbaik di Malaysia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan