(pemerhatian dari kaca mata masyarakat marhain)
Tanggal 31 ogos 1957 adalah
merupakan tarikh keramat tanah melayu yang berjaya membebaskan diri dari
penjajahan. Pada hari ini pihak PR masih lagi dibelenggu janji-janji yang
tidak terlaksana, mahu membuat perhinpunan janji “bersih”. Masih lagi mahu
berjanji, agak pelik juga melihat perlakuan PR ini seperti tidak tahu malu itu.
Pengikutnya seolah-olah sudah hilang kewarasannya dan masih menuruti apa saja
yg dikehendaki oleh PR (paling sedih adalah pengikut PAS kerana mereka yang
selalu ke jalan raya tetapi yang mendapat nama DAP dan PKR.. kesian).
Pada pagi ini, seperti biasa saya
akan membeli surat khabar Utusan Malaysia. Di kedai saya dapati pelbagai
berita muka hadapan dari surat khabar pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Seperti
biasa berita muka surat hadapan surat khabar kerajaan akan menyiarkan sesuatu
yang positif tentang kemerdekaan, surat khabar pro-pembangkang akan menyiarkan
sesuatu yang negative sebagai menanam benih kebencian. Bagaimanapun yang
menariknya surat khabar pro-kerajaan lebih
laris dari surat khabar pro-pembangkang. Pada ketika saya mahu membeli
surat khabar Utusan Malaysia pada pukul 9.00am hanya tinggal 3 naskah sahaja
lagi, begitu juga surat khabar pro-kerajaan yg lain. Yang banyak belum terjual
adalah surat khabar pro-pembangkang. Ini bukan kali pertama, pada hari biasa
juga sama seperti itu. Ini adalah petunjuk bahawa majority masyarakat melayu (pembaca
surat khabar melayu) menyokong aspirasi kerajaan.
Berdasarkan permerhatian diatas,
saya tertanya-tanya dalam hati bagaimana PR boleh memberitahu majority masyarakat
melayu menyokong mereka. Saya menetap di Selangor dikawasan DUN dan Parlimennya
di menangi oleh PR. Dikawasan ini pun penduduknya tidak menunjukkan
sokongan kepada PR dari segi pembacaan hariannya. Saya teringat kawan saya dari
Kedah yang menelefon saya selepas ”himpunan Hijau Putrajaya” anjuran PAS,
dengan lantang memberitahu majority melayu sokong PR dan pasti mereka akan
menawan Putrajaya. Adakah mereka sekadar mahu menerapkan perasaan yang kuat
dalam penyokong mereka bahawasanya mereka adalah majority, tetapi bila kalah
dalam PRU13 mereka akan menuduh BN menipu seperti sebelum ini?? Wallahualam..
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 55
ini, saya berdoa supaya Malaysia dan rakyatnya dipelihara dari menuju kearah kehancuran.
Saya berdoa juga supaya seluruh rakyat Malaysia dibukakan pintu hatinya untuk
melihat kebenaran. Sesungguhnya kebenaran akan mengatasi kebatilan. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan