
Sekiranya penganjur ingin
menyatakan umat islam ini berlaku kejam terhadap anjing. Untuk pengetahuan
pembaca, Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap kejam terhadap mana-mana
binatang. Jika tujuan akhir kempen itu, untuk menggalakkan umat islam membela
anjing seperti membela kucing, itu sama seperti menggalakkan

Bagaimanapun umat islam dan para
ustaz, ulama diseluruh Malaysia menentang kempen ini. Umat islam nampaknya
bersatu menentangnya. Tetapi dengan tidak semena-mena Nurul Izzah (anak DS
Anwar Ibrahim), mengucapkan tahniah terhadap penganjuran kempen ini. Selepas
itu, para penyokong PKR yang beragama islam bermati-matian mempertahankan
pendapat pemimpin mereka itu. Dan akhirnya umat islam yang bersatu tadi
berpecah dua kerana politik. Apakah tujuan Nurul Izzah mengucapkan tahniah
kepada penganjur? Mahu memesongkan isu ini menjadi isu politik dimana umat
islam itu berpecah. Nanti pada akhirnya kempen meng-liberalkan islam mencapai
kemenangan. Sudah acap kali isu agama dipesongkan menjadi isu politik oleh
penyokong PKR. Sebelum ini isu video menghina Nabi Muhammad di luar Negara,
tetapi disini menjadi isu politik. Yang berpecah umat islam, yang rugi juga islam,
fikirkan…
Dalam bulan oktober dua
kemungkaran besar telah berlaku di One Utama, pesta Arak (octoberfest) dan
Kempen menyentuh anjing (I want to touch a dog) target audience nya adalah umat
islam. One utama sekali lagi menjadi tempat pengajuran aktiviti yang mencabar isla. Apa yang berlaku terhadap umat islam di Bandar Utama dan sekitarnya? Adakah
mereka telah diresapi oleh islam liberal? Adakah disana menjadi pusat
menjatuhkan umat islam. Umat islam di sekitar Bandar utama kebanyakannya
merupakan mereka yang telah Berjaya dan kaya raya. Samaada mereka diresapi oleh
islam liberal atau tidak “wallahualam”.
Tetapi kita sebagai umat islam harus bersatu dan
menentang kempen seperti ini. Boikot One Utama kerana penganjuran Octoberfest dan kempen "i want to touch a dog". Terus tingkatkan kecaman terhadap orang islam yang menganjurkan kempen yang
salah di sisi Islam. Berikut adalah fatwa kebangsaan tentang pegang anjing http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf
2 ulasan:
Mais ler bro.... bkn jais
sudah dibetulkan.. TQ
Catat Ulasan