Berkabung untuk UMNO |
UMNO sekarang sedang diuji dengan hebatnya. Ia di uji dengan diberikan seorang preseiden yang penuh dengan skandal. Ahli UMNO diuji untuk melihat dimanakah perjuangan ahli UMNO itu, adakah perjuangan ahli UMNO untuk agama, bangsa dan negara atau untuk mempertahankan presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang hanyalah liability kepada UMNO kerana skandal yang dibuatnya sendiri. Adakah wajar seorang Perdana Menteri menjadi penaung kepada sebuah syarikat (1MDB) yang membuat projek dengan kerajaan? tidak kah itu menimbulkan "confilct of interest".
skandal demi skandal Presiden UMNO yang telah menconteng arang yang amat hitam kepada UMNO. Paling menyedihkan ialah para menteri yang mempertahankan presiden UMNO secara membuta tuli. Tidakkah mereka sedar rakyat (tidak kira parti) sudah jelik dengan tindakan mempertahankan presiden UMNO sekarang?
UMNO sebenarnya adalah parti yang mempunyai sistem dimana presiden boleh
dicabar dalam pemilihan. jika presiden itu benar, bertandinglah...
tidak perlu takut. Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin UMNO yang
mempunyai jawatan takut untuk bersuara. Takut hilang jawatan, tidakkah
mereka terfikir kalau UMNO kalah mereka juga turut hilang jawatan.
Adakah presiden UMNO yng mempunyai kredibiliti yang amat buruk di mata
rakyat boleh membawa kemenangan kepada UMNO? UMNO menang kerana rakyat
yakin kepada UMNO bukan kepada presiden UMNO, ingatlah wahai pemimpin
UMNO.
Tindakan UMNO menurunkan timbalan Presiden UMNO adalah satu kesilapan, kerana jawatan dalam UMNO adalah melalui pemilihan bukan secara lantikan. Kalau mahu menjatuhkan timbalan presiden, harus ada pemilihan baru bukan dengan mensyuarat dan melantik sesiapa sahaja penyokong presiden untuk dijadikan timbalan.
Sekarang UMNO dilihat oleh rakyat sebagai parti yang mempertahankan presidennya sahaja. Jiwa UMNO yang mempertahan Agama, bangsa dan negara sudah mati dibawah DSN. Apabila pemimpin UMNO bercakap tentang agama, bangsa atau negara... kedengaran ianya hanyalah retorik, sama seperti PAS, PKR dan DAP. itulah tahap UMNO sekarang.
penulis berkabung untuk UMNO kerana sayangkan UMNO. tidak sangka sampai begini jadinya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan