02 Januari, 2009

Mengimbau Penulisan Blog Kembara Politik 2008: Bahagian 1

-
Blog Kembara Politik bermula pada 16 September 2008. Tarikh ini memang bersejarah. Tarikh 16 September itu merupakan tarikh pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963.

Artikel pertama yang diterbitkan blog Kembara Politik ialah bertajuk “Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam”. Artikel tersebut diterbitkan pada 16 September 2008.

Artikel tersebut ditulis setelah penulis terbaca sebuah karikatur yang diterbitkan oleh Harakah (penulis lupa tarikh karikatur tersebut diterbitkan). Jika tidak silap penulis, karikatur tersebut dihasilkan oleh kartunis Rossem. Kartunis tersebut telah melukis gambar kartun individu yang sedang memegang sebuah kanta dan sedang meneliti dan menjejaki tapak-tapak kaki yang bertulis “Dalang Forum Peluk Islam”.

Bertitik-tolak daripada itulah, penulis mencari beberapa fakta dan penulisan yang berkait rapat dengan mengapa forum itu dianjurkan dan siapa yang terlalu lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah berhubung beberapa pertikaian kes sehinggakan Majlis Peguam kononnya merasakan perlu dianjurkan forum sedemikian.

Umat Islam rata-ratanya membantah. Apakah nilai kuasa mahkamah Syariah di mata para aktivis tersebut? Apakah mereka tidak menghormati peruntukan bidang kuasa mahkamah Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan?

Hasil carian fakta dan maklumat yang diperolehi ialah beberapa aktivis yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi ini memang sebenarnya adalah beberapa orang kuat dalam PKR dan DAP. Dan yang peliknya, PAS masih boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP walau pun ada pemimpin PAS dan PKR yang membantah forum tersebut.

Mereka semacam cuba menyembunyikan bahawa aktivis yang lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah tersebut adalah terdiri dari pemimpin dan orang kuat PKR dan DAP juga. Namun PAS cuma memejamkan sebelah mata disebabkan terlalu sayangkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk. PAS sudah tidak kisah untuk berkerjasama dengan aktivis dan para pemimpin DAP dan PKR yang mempertikai bidang kuasa mahkamah Syariah ini.

Artikel ini kemudiannya diolah dengan lebih lanjut oleh blog AnwarDotCom dan diterbitkan dengan tajuk “Dalang Sebenar Forum Peluk Islam” pada 11 Oktober 2008. Olahan dan perkaitan yang dibuat oleh blog AnwarDorCom menunjukkan perkaitan dengan lebih jelas penglibatan parti PKR , DAP dan restu Anwar Ibrahim dalam “Forum Peluk Islam “ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam walau pun ditentang oleh majoriti umat Islam.

Dan PAS hanya memejamkan mata. Walau pun terdapat sedikit bantahan yang dibuat, bantahan tersebut semacam hendak melepaskan syarat sahaja. PAS seakan lupa bahawa rakan sekutu Pakatan Rakyatnya iatu parti PKR dan DAP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran “Forum Peluk Islam” tersebut. Umpama marah-marah sayang!

Oleh yang demikian, penulis menyeru pada semua agar menolak Pakatan Rakyat ini di setiap pilihanraya. Rakyat yang bijak dalam sebuah negara demokrasi akan menggunakan kuasa undi untuk mencorak hala tuju perjuangan para pemimpinnya. Sudah tiba masanya orang Melayu menggunakan pendekatan yang sama untuk menghukum PAS yang sudah terpesong jauh dari matlamat perjuangannya.

Rakyat sudah menghukum UMNO yang alpa dengan perjuangan dalam PRU12 yang lalu. Dan hasilnya Insya-Allah UMNO akan berubah menjadi lebih baik dalam memperjuangkan agama dan bangsa di masa akan datang.

Hayati kembali ucapan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga pada tahun 1960 dan bandingkan dengan senario kini.

"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Jadi apakah PAS masih berada di landasan perjuangan yang dirangka oleh pemimpin ulung terdahulu PAS yang benar-benar berjuang demi Melayu dan Islam? Realitinya senario PAS kini hanya berfungsi sebagai boneka DAP dan PKR semata-mata sayangkan undi minoriti. Tetapi dalam masa yang sama PAS lupa perjuangan bagi yang majoriti.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, suka penulis mengingatkan agar mengggunakan kuasa undi secara bijaksana untuk menunjukkan bahawa kita semua prihatin!
Diedit pertama kali pada 3 Januari 2009
+

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
teruskan usaha demi martabat bangsa melayu di tanahair kita. Semoga ada yang akan tersedar dari lena yang panjang dan bersama berjuang untuk agama bangsa dan negara. JANGAN TERHINA JIKA DIKATA RACIST
KERANA SEBENARNYA KITA ADALAH NASIONALIS
JANGAN TAKUT MENJADI NASIONALIS
KERANA PERJUANGANMU ADALAH
MASA DEPAN ANAK BANGSA
SAYANGI BANGSAMU
DAN
BUMIYANG
TERCINTA INI
- blog: http://bumiyang.blogspot.com

Kembara Politik berkata...

Bila mereka bersuara, mereka dakwa mereka pejuang hak asasi kemanusiaan. Bila mereka pertikai Fatwa pertikai bidang kuasa mahkamah Syariah yang diperuntukan oleh Parlimen, mereka kata itu hak mereka. Tak terfikir pula mereka yang orang Melayu terguris. Mereka kata rakyat dah pandai berfikir dan tak melatah bila depa pertikai. Tak terfikir pula mereka bahawa Melayu marah. Mereka seakan dihalalkan berbicara tentang DEB etc etc yang bersangkut paut dgn Melayu. Hehehe...tapi lain pula reaksi mereka bila kita pula bersuara. Bila kita bersuara mereka label kita rasist. Mereka cakap kita api-apikan perkauman, kalau mereka cakap takde plak mereka cakap mereka mengapi-apikan perkauman...dia cakap kita hasut orang supaya mengamuk. Pandai pula mereka melatah...cakap rakyat dah pandai fikir...dan matang...Pandai betul depa ni twist...(apa pun kita gunakan kuasa undi kita dengan bijak pada masa PRU akan datang, jangan bagi muka lagi...(Nak kempen sikit ni...katakan tidak pada Pakatan Rakyat! Jangan bagi undi 1 pun pada Pakatan Rakyat!)

che long berkata...

utk bRAVEhEART..
mmg benar kita perlukan semangat nasionalis utk terus memajukan bangsa kita ke hadapan, namun jangan lupa, semangat cintakan Islam merupakan semangat yang paling agung dan murni dalam menyatu-padu seluruh kaum tanpa mengira bangsa..
TAK PERCAYA? cubalah selami semangat cintakan Islam, anda pasti dapat merasakan sebenarnya nasionalisme tidak mampu memperjuangkan sesuatu yang agung, bahkan tidak akan ke mana tanpa akar tunjangnga dibenamkan di bumi Islam...
oleh itu, marilah kita kembali berpegang pada Aqidah Islam, bukannya ideologi-ideologi ciptaan Barat semata-mata..

buat Kembara Politik..
sebagaimana yg kita tahu, tiada manusia yg sempurna. tak kira lah dia adalah seorang imam ke, ulamak ke, Perdana Menteri ke..masing2 ada lemahnya.. walaupun saya seorang penyokong PAS, sy pasti kadang2 kita tetap akan melakukan kesilapan..inilah yg kdg2 penyokong PAS yg terlalu taksub selalu lupa. inilah juga puncanya keretakan berlaku antara umat Islam di negara ini tak kira PAS, PKR ataupun UMNO..
namun begitu, dalam kes ini, bagi saya selaku suara rakyat, tidak nampak sangat kesalahan yg mereka buat kerana mereka berda di atas stand pembangkang(fokus orang pd pmbgkang tenulah kecil sahaja berbanding kerajaan pemerintah)..

kalau nak dibandingkan kesalahan yang telah kerajaan pemerintah lakukan terhadap agama Islam yang tlh bertapak di negara ini sejak sekian lama, perbuatan pembangkang itu tidaklah sebesar mana, pada hemat saya..
buktinya, kita lihat, setelah berzaman lamanya kerajaan pemerintah memerintah negara ini, berapa banyakkah pembangunan roh Islam yang wujud di negara ini (bukan setakat pembangunan yg bersifat duniawi semata2 yg rakyat inginkan)? bahkan, menteri-menteri yang memerintah negara ini sendiri pun tidak punya asas Islam yang kukuh dlm diri masing-masing( tidak menjadikan Islam as the way of life). jd, bagaimanakah agknya pandangan Kembara Politik tentang hal ini jika, rakyat memilih untuk tidak memberi tampuk pemerintahan kpd UMNO/BN lagi? sudah tentulah kerana rakyat inginkan perubahan kepimpinan yg mampu membawa mereka ke jalan yg diredhai Allah, kan?
Oleh kerana rakyat melihat UMNO/BN tidak lagi mampu mencapai visi ini, maka mereka lebih suka memilih PR walaupun pakatan itu masih terdapat cacat-celanya di situ dan sini..
sekurang-kurangnya, mereka menjanjikan utk membawa nafas baru buat rakyat Malaysia. benar atau tidak kata2 mereka, hanya Allah yg lebih tahu.

dan, yg paling jelas kenapa sy menyokong PAS walaupun parti ini masih terdapat kurangnya, tetapi dasar mereka yg memperjuangkan roh Islam itulah yg membuatkan sy memilih parti itu. sebaliknya UMNO ini, sejak sy dilahirkan pd 1988 lagi, sy hanya mendengar titik perjuangan mereka hanyalah pembangunan duniawi semata2.. bukanlah pembangunan ini tidak penting, tapi apa yg sy selalu ingat bila hari kiamat menjelang kelak, semua pembangunan yg kita duk asyik agung2kan nih, akan menjadi debu yg tiada guna lagi. jd, apa salahnya sy menyokong PAS jika mereka berusaha ingin membawa roh Islam di bumi Malaysia ini di samping kebajikan insan tetap tidak dilupakan.. jika niat mereka adalah sebaliknya, itu bukan urusan kita, itu urusan Allah. Allah pasti tidak akan membiarkan agamanya dipermainkan tidak kira oleh siapa pun..

kan, Kembara Politik? apa pendapat anda ttg pandangan sy?

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin