
-
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.
Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.
Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.
‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.
‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO.
Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei tahun lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.
‘‘Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya.
‘‘Mengenai jawatan (dalam UMNO atau kerajaan), tak payahlah tetapi kalau nak kerjasama, saya bila-bila masa bersedia untuk memulihkan semula parti kerana saya dipercayai oleh rakyat,” katanya.
Serentak itu, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air.
Ini kerana, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO untuk terus membantu parti dan BN termasuk berkempen pada pilihan raya walaupun telah bersara.
‘‘Saya tidak suka kalau dah bersara ini, kita pisah diri sama sekali dengan UMNO kerana saya naik pun kerana UMNO.
‘‘Dari dulu pun, saya menawarkan diri untuk berkempen jika diperlukan dan hari ini nampaknya saya diminta untuk berkempen. Saya sudah bersedia kerana ia adalah parti saya,” katanya.
Ditanya adakah beliau akan meneruskan sikap kritikalnya terhadap UMNO sebagaimana sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, sikap demikian berlaku apabila ‘kesilapan dilakukan’.
‘‘Jika tidak, saya rasa tidak perlu jadi kritikal dan saya rasa Datuk Seri Najib tidak akan terkeluar dari landasan (corak kepimpinan) yang telah ditetapkan oleh bapanya dan bukan oleh saya,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 5 April 2009.
7 ulasan:
Saya terbaca, entah di mana, lupa .. ketika Mokhzani menyerahkan boring, Najib dapati tidak disertakan dengan RM2 untuk pendaftaran.
Mokhzani cepat-cepat kata tiada duit kecil.
Mukhriz hendak tolong bayarkan.
Ayah mereka menegur ... itu sudah wang politik.
-------------
Kalau saya di sana, sudah pasti saya ketawa sama.
biasa la tu. keli akan pulang ke lubuk. bukankah lubuk menyediakan makanan yang banyak dan lebih selamat?
UMNO lepas ni menang jadi R&R terbaik untuk pengguna lebuhraya PLUS.
Hi Notti Boy,
I'm here.
Hopefully M'sia will be better with Dr. M in Umno and Najib as PM. But, if everything is ok, then we don't have anybody to 'hentam' in blogsphere, then it is boring also, yes or not?
ps ......which part of Pahang are you from?
Salam.
Dan belut macam tanpa nama Ahad, April 05, 2009 4:10:00 PM ni akan tiada tempat selamat untuk dia bersembunyi melainkan akan dikejar dan diragut ekornya oleh keli itu.
Dan saya ikan toman akan sambar belut tanpa nama ini bila dia lari keluar dari selut lumpur akibat dihambat oleh keli itu.
Tiada R&R untuk mu Tanpa Nama. Tiada PLUS untuk mu Tanpa Nama untuk melaruikan diri pula.
Uncle Dal,
Saya pun ada terbaca perkara tersebut. Saya tergelak baca apa yang diseloroh oleh Tun.
-----
Auntie Zazaland,
No more notti boy la. I've repented! :)
Commercial Break: "Anwar Ibrahim perlu bertobat" - Karpal 'CELAKA' Singh.
Hehe.
Auntie zaza wrote:
"Hopefully M'sia will be better with Dr. M in Umno and Najib as PM. But, if everything is ok, then we don't have anybody to 'hentam' in blogsphere, then it is boring also, yes or not?"
InsyaAllah, Malaysia will be much better with the assistance/guidance of Tun Dr Mahathir. And I do believe that Malaysia will be placed on the right track once again.
Yeah, noone to hentam. Boring! But I prefer my normal life just before September 16.
No more blogging I guess (Phewww it's hard to decide).
Auntie zaza tinggal di France ye?
P/S: Which part of Pahang? Duh, next question pls :P
Uncle Dal,
Tah payah keli kejar dan ragut ekor belut. Disergah sikit sudah tercabut ekor. Tak pun dia yang cabut ekornya sendiri.
Nah, dah disambar toman. Putus ekor dia kot. Kesian si tanpa nama Ahad, April 05, 2009 4:10:00.
Uncle Dal, belut dikatakan banyak khasiat tapi entah kenapa saya tak berminat makan belut. Mungkin juga sebab belut tiada sengat kot.
Heh heh
Belut oh belut
Kenapa engkau kontot
Macammana aku tak kontot
Keli sambar aku punya bontot
Eh? Ini lagu bangau oh bangau ker?
Catat Ulasan