Sdr Editor!
Jika mahu dibuat perbandingan, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya cukup licik memperlihatkan gaya pemerintahan yang semacam telus, adil dan membela rakyat terutama terhadap orang Melayu.
Lihat sahaja tindakannya yang menyertai perarakan Maulidur Rasul sehingga ada yang menyamakannya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.
Beliau sendiri turut mengumumkan kenaikan elaun guru-guru KAFA sebanyak RM50.00 yang memperlihatkan betapa dia begitu prihatin kepada rakyat kaum Melayu.
Malah beliau juga tidak terikut-ikut dengan nada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang terang-terang cuba menidakkan hak-hak orang Melayu.
Mungkin bagi Guan Eng kata-kata tidak penting tetapi tindakan secara halus perlu digunakan bagi mempertahankan satu-satunya kuasa pemerintahan negeri yang diperolehi DAP secara langsung.
Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang dikuasai dan dipimpin secara terus oleh DAP berbanding Perak dan Selangor di mana DAP hanya menguasai secara di belakang tabir.
Guan setakat ini terus memperagakan dirinya sebagai pemimpin yang telus dan amanah lebih-lebih lagi menerusi tindakan populisnya seperti memotong bajet untuk pemimpin dan pegawai kerajaan negeri seperti menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan tidak menginap di hotel mewah.
Namun apakah benar-benar Guan Eng ikhlas atau sekadar satu tindakan licik sebagai pemain permainan dam haji handalan…..umpan lawan makan satu tapi dia makan empat.
Terbaru Guan Eng mengumumkan operasi lapan ladang ternakan babi di kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Maung akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini.
Penutupan itu melibatkan lapan ladang yang mana operasinya dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini. Untuk itu semua penternak akan diberi pampasan.
Ini berbeza dengan pemerintahan di Selangor yang diketuai pemimpin Melayu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim yang mana sebaik sahaja memerintah mengumumkan ladang babi mega di negeri itu.
Lihat betapa bijaknya Guan Eng. Dengan penutupan ladang babi di Pulau Pinang, Guan Eng bukan sahaja dilihat prihatin dengan orang Melayu tetapi pada masa yang sama telah menyelamatkan negeri yang majoriti kaum Cina itu terhindar dari pencemaran babi.
Inilah yang dikatakan umpan satu makan empat dalam permainan dam haji.
Yang kurang diberi perhatian oleh orang Melayu ialah kenapa Guan Eng enggan menyatakan jumlah pampasan yang akan diterima setiap penternak yang mana ladang babinya ditutup di Batu Maung.
Kalau Guan Eng mengatakan pemerintahannya telus kenapa beliau harus sembunyikan nilai pampasan tersebut.
Di sinilah bijaknya Guan Eng yang ramai rakyat khususnya orang Melayu terlepas pandang.
Asraf Bukit Gelugor
Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+
12 ulasan:
umat kita ni, dpt sekampit beras dah kata org tu sungguh berbudi, prihatin bagai.. tapi lupa, dia dpt sekampit beras, org lain dpt sebidang tanah....
Itulah sifat tamak yang kita pangkah pada PRU 12 lalu. apa langkah seterusnya supaya kita tidak selalu "dimakan"?
apa kata saudara sertai Blogger Pembela negara ?
boleh kita kuatkan SUARA BLOGGERS ke seantero dunia..
tq
http://penembak-tepat.blogspot.com
Akhirnya selepas 5 tahun nanti rakyat akan menilai setiap pemimpin itu. Itulah demokrasi, kita boleh tukar pemimpin tanpa perlu menumpahkan darah dan pemberontakan.
Yang penting pilihanraya hendaklah dibuat cara adil, bebas dan telus.
Kita akan terima sapa saja pemimpin yang berlawan cara anak jantan, bukan cara kotor.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sebenarnya itulah 'KECERDIKKAN' DAP yang UMNO patut berwaspada.. Sekiranya taktik sebegini berterusan dimainkan, tak mustahil undi Melayu khususnya di Pulau Pinang akan jadi milik mereka..
Wallahualam..
Ezad:
Umat kita mudah di'gula-gula'. Semoga mentaliti umat kita berubah dengan cara berpolitik yang menguntungkan agama dan bangsa.
Rahisam Ramli:
Pada pendapat saya, langkah seterusnya ialah pendidikan dan kesedaran untuk mengekalkan hak di tangan kita. Pemimpin2 yg tidak tegas melindungi dan memperjuangkan hak Melayu wajib ditolak.
Panglima Perang Cyber:
Terima kasih atas pelawaan. InsyaAllah jika ada peluang dan kesempatan saya akan bersama-sama. Apa pun, tahniah atas usaha tuan dalam meyelaras bloggers pembela negara.
Alias Mohd Yusof:
Saya bersetuju dengan pandangan Tuan. Rakyat mempunyai hak untuk menaikkan dan menjatuhkan pemimpin yang tidak menjalankan tugas sewajarnya.
Tukang Dok Peghati:
Waalaikummussalam. Memang tidak mustahil. Dan saya jangka (hanya pendapat), Pulau Pinang bakal dikuasai oleh DAP dlm satu jangka masa yg lama. Selangor & Perak akan jatuh kembali ke tangan BN. Kelantan kekal di tangan PAS. Dan Kedah 50 50 bergantung setakat mana prestasi kerajaan PAS.
Saya selamanya tidak percaya bahawa pengundi cina di kawasan mojoriti cina akan mengundi calon melayu tetapi pengundi melayu rela cina jadi 'Pakaji" untuk kelak menyapu bersih pitak-petak kepunyaan melayu.
kita marahkan nyamuk
kita bakar kelambu
kita palit arang ke muka melayu
kita ketawa dalam sebu dan sedu.
Tuan ManSari:
Assalamualaikum buat Tuan ManSari.
Apa yang Tuan katakan itu sangat benar. Jika dilihat daripada analisis pecahan kaum bagi setiap Parlimen dan DUN PRU12 memang begitulah. Tiada seorang pun calon Melayu diletakkan di Parlimen atau DUN yang majoritinya Cina.
OTAI:
Waalaikummussalam.
Pada saya kalau BN naik kan harga minyak lagi lepas ni tak kirala harga dunia naik ke turun ke,konform BN akan kalah teruk dalam PRU13. orang melayu sahaja pangkah calon cina dalam pru 12 lalu kerana tak suka pada pemimpin melayu. inilah bahana pak lah yang telah membuka ruang politik kaum (nak kebebasan konon).Pas kalau masih dikelantan saya tak tak kisah kerana masih Islam dan melayu. Yang Pas kedah bodoh, PKR selangor bahlol,Melaka ali rustam tak guna ni yang dok nak sangat bela babi ni kenapa?? memanglah orang cina kata sedap daging babi ni kalau dimasukan dalam setiap masakan. kalau nak buat juga buat la ladang babi ni dikawasan kampung baru orang cina tu...
Guan eng memang la komunis zaman sekarang, tetapi melayu haprak je yang suka pada guan eng ni. Rasuah rm50.00 pun kata "babi eng" ni baik.
memang betul la dam haji babi eng ni guna strategi bagi chewing gum perisa babi pada orang melayu
Terima kasih atas pandangan saudara Add.
Tidak dinafikan harga petrol mmg ada kesan. Cuma kenaikan itu perlulah munasabah. Jika naik secara mendadak 78 sen memang semua org menyumpah (termasuk saya).
Sebenarnya saya pun tidak kisah PAS di Kelantan dan di Kedah sekali pun. Namun apakah polisi yang diambil mereka ini menguntungkan Melayu? Contohnya Kedah: Kenapa setelah diisytiharkan nak naik 50 % kemudian bila Lim Kit Siang pergi pujuk terus turun balik 30 %? Mana perginya dominan PAS dalam PR? Tambah terul Projek Barbie yang Kedah dapat?! Itu persoalan yang harus kita semua fikir dan jawab dlm PRU13 nanti.
P/S: Saya letakkan blog saudara dalam blog list saya. Mohon halal.
Salam,
kadang-kadang ada juga benda atau perkara yang kita tak tahu tapi kadang-kadang penting macam isu koata pemberian lebih kepada melayu tetapi dipertikaikan oleh DAP sedangkan penempatan itu dibuat diatas tanah rezab melayu dan sepatutnya lebih diberikan koata lebih kepada melayu atas kerana projek perumahan itu dibuat atas tanah rizab melayu yang telah ditukarkan status tanah dari rizab melayu kepada tanah bebas. kalau DAP tak bersetuju janganlah ditukarkan tanah rizab melayu tu kepada status tanah bebas. isu babi pun susah nak di hapuskan kerana melibatkan pihak yang dibelakang. ada orang besar dlm kerajaan ada yg pakai genster dan bila libatkan genster siapa yang tak takut kalau berhenti dekat trafik light kene sedas dua tembakan. kumpulan genster macam Ang bin hoey , wah koe , thug geng dah berbelas ribu diorang nak guna cuma contac salah sorang jew..genster ni bukan kira kita siapa berani mati punya orang.
Tuan Cerpana:
Strategi politik DAP sungguh berkesan. Melayu saja yang buat-buat buta. Tapi salah UMNO juga, bila terlalu dominan lupa perjuangan hakiki. Inilah yang perlu diperbetulkan oleh para pemimpin UMNO itu sendiri. Wallahualam.
Catat Ulasan