Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dilihat semakin terdesak untuk menutup segala kepincangan kerajaan negeri khususnya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang dianggap boneka DAP.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Perak, Hang Tuah Din berkata usaha mereka menyebarkan VCD penerangan kepada penduduk di negeri itu kononnya bagi menyalurkan maklumat yang sebenar umpama menutup bangkai gajah.
Menurut beliau pendedahan pelbagai kepincangan yang berlaku di negeri ini oleh UMNO dan BN serta gabungan NGO lain sebelum ini bertujuan untuk menegur kepimpnan negeri yang dilhat tidak bersikap adil dan telus dalam pentadbiran mereka.
"Banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
"Kita lihat kerajaan negeri khususnya Menteri Besar cukup terdesak untuk meyakinan semula rakyat. Ramai yang menimbulkan persoalan apa peranan MB sekarang yang dilihat seperti dicucuk hidung oleh pihak yang berada di belakang tabir.
"Kita percaya tindakan kerajaan negeri mengedar VCD yang kononnya untuk menangkis fitnah tidak lebih sekadar usaha untuk menutup bangkai gajah", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas langkah Pas Perak yang menerbitkan VCD penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin UMNO yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Tegas Hang Tuah lagi, pimpinan Pas usah berselindung di sebalik tipu muslihat dan sebagainya kerana penduduk di akar umbi telah tahu senario yang berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
"Soal MB sekarang sebagai boneka DAP sudah banyak diperkatakan. Mereka sesungguhnya kesal dan marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pas yang seolah-olah tidak mempunyai kuasa sungguhpun kerusi MB dipegang oleh parti berkenaan.
"Rakyat termasuk di kalangan ahli Pas sendiri sedar bahawa parti itu telah banyak lari dari perjuangan sebenar hanya kerana mabuk kuasa", ujarnya.
Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
Artikel berkaitan:
2. Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?
+
4 ulasan:
kembara... dedah juga perjanjian pangkor 2 sebab ramai yang tak tahu.nizar dpt projek bn berjuta2 pun tak ada dalam youtube...
umno kena kerja kuat la... jangan kemaruk projek saja macam kelantan tu
OTAI,
Tuan OTAI, terima kasih atas cadangan Tuan. Saya sangat bersetuju dgn apa yang Tuan cakap. UMNO perlu bekerja keras dan kita memerlukan pemimpin yg ikhlas, bukan krn projek. Tolak pemimpin yang tidak ikhlas.
tuan blogger,
Satu kemusykilan.
Dari mana datang wang untuk mencetak vcd tersebut?
Duit Nizar atau duit rakyat? mari kita siasat
TAIPINGMALI:
Sila..sila...saya dengar ura-ura duit itu datangnya dari duit kerajaan negeri..tapi tak confirm lagi...kalau confirm saya akan tulis dalam blog.
Catat Ulasan