Penulis tertarik dengan sebuah artikel yang ditulis oleh Mesin Taip Buruk dalam mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA dan membidas pemikiran yang songsang dalam memperkatakan perihal keadilan dan kesamarataan.
Dalam erti kata lain, Mesin Taip Buruk membidas suara-suara sumbang yang mempersoal segala bentuk hak dan keistimewaan Melayu/Bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Penulis perturunkan sepenuhnya artikel menarik tersebut seperti di bawah untuk renungan semua rakyat Malaysia:
Obama menang kenapa MCA bersorak girang
Barack Obama telah dipilih sebagai Presiden AS yang baru dan sekaligus menjadi orang kulit hitam pertama menjadi presiden negara yang mengaku polis dunia itu. Yang menariknya, kemenangan Obama disambut dengan kegembiraan oleh sebahagian penduduk Indonesia sebabnya Obama pernah tinggal di negara jiran itu. Ibunya pernah berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia.
Tetapi yang aku hairan, puak-puak bukan Melayu di Malaysia juga menyambut kemenangan Obama dengan penuh kegirangan. Entah apa hubungan Obama dengan Malaysia aku sendiri tidak tahu. Antara yang bersorak girang ialah pemimpin baru MCA. Dia mengaitkan Obama dengan PKNS yang heboh ekoran keputusan kerajaan Selangor melantik bukan Melayu menerajui perbadanan itu.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Bernama, 6 Nov. 2008
Aku tidak pasti sama ada mahu tergelak, menangis atau menjerit dengan kenyataan pemimpin MCA dan lain-lain pemimpin bukan Melayu (juga puak Melayu yang lupa diri) tentang keinginan mereka melihat bukan Melayu menerajui Malaysia. Sungguh cetek pemikiran mereka kerana hendak membandingkan AS dengan Malaysia umpama membandingkan antara langit dan bumi.
AS sudah merdeka selama lebih 200 tahun sedangkan Malaysia baru 51 tahun dan pemikiran rakyat mereka sangat jauh dibanding dengan rakyat kita. Pemikiran mereka sangat terbuka. Sebab itu kalau kita lihat banyak syarikat2 milik AS di Malaysia boleh diterajui oleh sesiapa sahaja Melayu, Cina atau India. Microsoft sebuah syarikat IT gergasi dunia milik Bill Gates misalnya, mempercayai kepimpinan seorang wanita Melayu untuk mengetuai syarikatnya di Malaysia.
Tetapi lihat sahaja syarikat2 milik bukan Melayu tempatan, tiada seorangpun orang Melayu yang diberi kepercayaan menerajui syarikat milik kaum bukan Melayu (kalau ada sila berikan senarainya). Kalau adapun hanya sebagai "boneka" dengan meletakkan mereka sebagai pengerusi syarikat. Itupun kerana adanya kuota pemilikan 30% bumiputera dalam syarikat senaraian awam. Bayangkan kalau kuota ini dihapuskan (sepertimana yang dituntut oleh mereka sebelum ini)?
Malah ada syarikat mereka meletakkan syarat hanya kaum mereka sahaja boleh memohon jawatan kosong di syarikat mereka, walaupun jawatan bukan pegawai. Ada pula syarikat bukan Melayu yang menggajikan pekerja kaum mereka lebih tinggi daripada pekerja Melayu walaupun jawatan sama dan malah kadang kala kelulusan pekerja Melayu lebih baik. Sebab apa? Mereka masih lagi tebal dengan sentimen perkauman. Bukankah begitu wahai saudara Ong?
Lihatlah di sekeliling anda. Jika bosnya seorang bukan Melayu maka kalangan bawahannya kebanyakannya adalah terdiri daripada kaumnya sendiri. Ini kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk membantu kaum mereka sendiri. Melayu? Masih ramai majikan Melayu yang tidak percaya bangsanya sendiri. Mereka anggap pekerja Melayu malas. Akhirnya mereka memilih untuk menggajikan bukan Melayu atau kalau perlu ambil sahaja pekerja asing.
Kalaulah sentimen perkauman seperti ini masih menebal di kalangan masyarakat kita, bagaimana kita boleh menjadi sebuah negara seperti AS. Ketahuilah negara itu juga masih tebal dengan sentimen warna kulit dan kejayaan Obama menjadi Presiden mereka bukan bererti mereka sudah terbuka untuk menerima orang kulit hitam. Obama masih diterima kerana ibunya seorang kulit putih.
Kebimbangan Melayu tentang pelantikan bukan Melayu menerajui PKNS kerana percaya (dan amat yakin) ramai kalangan kontraktor Melayu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapat kontrak2 dari PKNS. Sebahagian besarnya akan diserahkan kepada kontraktor kaum lain. Kebimbangan ini berasas sepertimana contoh yang aku berikan di atas.
Jadi aku harap MCA dan para pemimpin lain yang bercita2 untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara sepertimana AS dalam masa terdekat faham situasi ini. Malaysia bukan AS dan pemikiran kalangan masyarakat kita masih lagi cetek dan tebal dengan sentimen perkauman kerana kita baru merdeka 51 tahun. Tunggulah 150 tahun lagi...
(Sumber: Mesin Taip Buruk)
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan