04 Februari, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh (Update: Secara Kasarnya Sultan Perkenan Penubuhan Kerajaan BN)

-
Penulis mendapat maklumat (khabar angin?) dari rakan rapat di Perak. Kedudukan kerusi di Perak sudah berubah.

Behrang dan Jelapang telah dikatakan telah keluar dari Pakatan Rakyat dan memilih untuk tidak menyertai mana-mana parti. Changkat Jering pun diura-urakan akan Bebas.

[Behrang & Changkat Jering dikatakan sudah pun menyertai BN.]

Dan 2 lagi ADUN DAP akan menuruti langkah yang sama. ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin pula kembali ke pangkuan UMNO, dan beliau kini berada di Kuala Lumpur bersama Dato’ Seri Najib.

Sidang Media MB Perak (dikatakan untuk tujuan pengumuman pembubaran DUN) pula ditunda berikutan tiada perkenan Sultan.

Jika perkembangan ini sahih, maka kedudukan kerusi sudah memihak kepada BN. BN 28 kerusi, PR 27 manakala Bebas 4.

Kerajaan Pakatan rakyat Perak bakal runtuh? Sama-sama nantikan perkembangan terbaru.

******************
UPDATE: 11:05 PM

Berikut kedudukan kerusi terkini:

BN = 28 (setelah Dato' Nasaruddin kembali kepada UMNO)
Bebas = 3
PR = 28

ADUN Bebas terdiri daripada:

Jamaludin Mohd Radzi (PKR - Behrang)
Osman Jailu (PKR - Changkat Jering)
Hee Yit Foong (DAP - Jelapang)

Nota:
Behrang & Changkat Jering TIDAK menyertai BN sebaliknya kekal sebagai ADUN Bebas.

***************

UPDATE:
5 Februari 2009; 8:40 AM

Dato' Seri Najib Razak akan menghadap Tuanku Sultan Perak di Istana Kinta untuk mohon perkenan Sultan bagi BN menubuhkan kerajaan.

Nama Menteri Besar akan diumumkan sejurus mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.

************

UPDATE:
5 Feb 09; 8:53 AM

Menurut maklumat (khabar angin @ cakap2 politik) dari dalam Kerajaan Negeri Perak ada 2 nama calon MB. Zaim (Blanja) dan Zamri Kadir (Pangkor).

Najib akan membawa 2 nama calon ini mengadap Tuanku Sultan untuk mohon perkenan.

*******************

UPDATE:
5 Feb 09; 10:40 AM

Najib tiba mengadap Sultan Perak

05/02/2009 10:12am

IPOH 5 Feb. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional Perak tiba di Istana Kinta di Ipoh pada pukul 9.49 pagi ini untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. — Bernama

Sumber:
Utusan Malaysia, 5 Februari 2009.

Nama 2 orang calon MB iaitu dari Blanja dan Pangkor semakin disebut-sebut antara calon MB Perak. Najib masih lagi berada dalam Istana Kinta dan para penyokong BN menunggu di luar istana dan pejabat UMNO, menurut sms yang dihantar oleh rakan penulis di Perak.

************************
UPDATE: 5 Feb 09; 11:06 AM

SMS:
TPM DS Najib selesai mengadap Sultan Perak. Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit. Najib kini berada di Ibu Pejabat UMNO Perak bagi mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri. Selepas itu Najib dijangka akan mengadakan sidang media.

(Terima kasih penulis ucapkan kepada rakan atas maklumat yang diberikan).

***********

UPDATE:
5 Feb 09 - 12:00 PM

SMS: Terkini
- Kesemua ADUN BN dan Bebas telah selesai mengadap Tuanku. Tuanku mahu mendengar sendiri pengakuan dari ADUN Bebas terbabit untuk menyokong BN. Tuanku akan akan buat panggil mengadap Nizar. Nizar akan mengadap Tuanku bersama Anwar. Anwar @ PKR diberitakan akan memohon injuksi mahkamah untuk membubarkan DUN Perak.

*************

UPDATE:
5 Feb 09 - 12:12 PM

SMS:
Secara kasarnya Tuanku Sultan Perak telah memberikan perkenan penubuhan kerajaan BN Perak.
+

2 komen:

mansaari berkata...

Saya menjadi majai menulis kerana suasana politik yang sering menojah jantung orang melayu. saya kecewa. Hidup berpaksi kepada kepimpinan boneka menjadikan melayu seperti diperbodohkan oleh kitol-kitol. Sekalipun BN boleh membentuk kerajaan di Perak namun di sebalik wayang politik kadangkala terselindung pula mainan dalang-dalang. Pokoknya apabila melayu lemah maka kita semakin koro di negara kita sendiri. Sekalipun begitu 'tahniah' untuk BN biarpun dengan harapan yang semakin mengecil tetapi jangan sampai layang-layang putus tali.

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum Tn Hj Othman (ManSaari),

Sebenarnya Nizar mungkin akan terus menerajui Perak sekiranya berupaya bersuara lantang dengan menidakkan beberapa isu yang menyebabkan Tuanku Sultan mungkin berkecil hati.

Apa pun dikatakan esok bakal diadakan majlis angkat sumpah MB yg baru. Calonnya mungkin Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz. Cuma spekulasi. Cakap2 politik. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Akta Hasutan 1948 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Singapura Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi