-
Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.
“Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita.
“Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan.
“Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Najib diminta mengulas kenyataan menghina agama Islam oleh pihak tertentu sebagai reaksi terhadap pandangan penceramah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu anak luar nikah.
Selain kritikan balas oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang lebih menjurus kepada serangan peribadi, isu tersebut menjadi semakin hangat apabila wujudnya reaksi melampau dalam laman blog sehingga ke tahap menghina agama Islam.
Berikutan itu pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO dan pembangkang Islam mendesak supaya pihak berkenaan dikenakan tindakan segera kerana ia boleh menimbulkan situasi tegang di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.
Malah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin turut mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga pemimpin Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan umat Islam secara umum ekoran isu tersebut.
Mengulas perkara yang sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan tegas perlu kerana perbuatan seumpama itu sudah mencapai tahap yang melampau.
“Ini bukan lagi amaran. Ia jelas salah, cuma kita perlu pastikan siasatan terperinci sebelum tindakan diambil.
“Kita ada cara untuk memastikan tindakan kepada pihak yang melakukannya. Apabila dapat bukti kita akan bertindak,” tegasnya yang ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
(Sumber: Utusan Malaysia, 11 Ogos 2009).
+
4 ulasan:
Kelancangan yang terlalu perlu dihukum.
Tuan KP,
Agaknya, hanya dewasa ini sahaja mereka-mereka, terutama sekali dari DAP berani berlaku kurang ajar, bersuara sundal yang lantang dan langsung membelakangi prinsip-prinsip Rukun Negara & Perlembagaan.
Apakah mereka fikir negara ini tiada Tuannya? Apakah negara ini tiada undang-undangnya?
Paling menyerlah, mereka-mereka itu mempamirkan ciri-ciri "Pendatang Haram" yang sepatutnya dihalau dari bumi ini.
Kita berharap, agar penduduk-pendudk asal, yakni kaum Melayu dan Bumiputera, agar "celik" dan kembali bersatu. Saudara-saudara kita yang lain pun sepatutnya tidak membiarkan "pendatang haram" sebegini merosakkan lagi nama baik kaum masing-masing, dengan perangai biadap sebegitu.
"Negara ini Negara Berdaulat"
Semerah Padi
Hishamudin ni tak tau nak bertindak tanpa didesak ker??? banyak perkara berlaku terlepas begitu saja. Lembik sangat ker dia ni. Mcm x layak jer dia dok diposisi tu. Tegas la sikit pakmenteri oiii... smapi tahap ni islam dihina, melayu dicerca ko boleh diam ker . kalau Najib tak desak ko boleh buat kerja tak????
Tuan kayumanis, Tuan Semerah Padi & Tanpa Nama,
Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera. Pihak polis dilaporkan sudah pun membuka kertas siasatan dan apa yang penting bagi saya ialah membawa pemilik blog (dan pemberi komen biadap) tersebut ke muka pengadilan. Kita tengok setakat mana tekad kerajaan dalam hal ini...
Catat Ulasan