KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin.
Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.
‘‘Mereka menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.
‘‘Bukan itu sahaja, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut, perbuatan ini sungguh biadap dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.
Sumber: Utusan Malaysia, 8 Januari 2009
+
1 ulasan:
mak oiiii malaysia kini nak kena ni? jng sampai rakyat pula boicort portal ini...ingat org melayu tak berani ke? atau malaysiakini ada agenda tersendiri juga? atau nak d dedahkan berapa mejoriti org melayu dlm malaysia kini sebagai penulis? so sebelum kami boicort hati2 skit....
Catat Ulasan