Dato' Shamsuddin Nawawi (SetPol MB Pahang) dari Blog Small Talk menyeru agar semua kempen BN/UMNO dihentikan pada 9 Januari 2009 (Jumaat) dan diisi dengan solat hajat (selepas solat Jumaat), perhimpunan dan kempen kutipan derma buat saudara kita di Gaza yang dibunuh oleh Rejim Zionis Laknatullah!
Berikut teks asal seruan yang dibuat:
BN/UMNO MESTI Berhenti Kempen PRK Kuala Terengganu esok Jumaat 9 Jan. 2009!
Saya ingin menyeru supaya semua kempen BN/UMNO di PRK Kuala Terengganu di hentikan esok Jumaat 9hb Januari 2009. Berhenti untuk satu hari!
Sebaliknya semua jentera serta keseluruhan ahli BN/UMNO dan umat Islam yang sekarang ini berada di Terengganu mengadakan perhimpunan besar-besaran serta solat hajat selepas sembahyang Jumaat esok. Solat hajat untuk mendapat rahmat Allah dan berdoa supaya serangan tidak berperikemanusaian Isreal terhadap Gaza dihentikan segera!
Selepas solat hajat dan solat Jumaat, ahli UMNO serta semua umat Islam yang berada di Kuala Terengganu mengadakan perhimpunan raksaksa untuk melahirkan bantahan kita terhadap serangan yang sungguh zalim Israel terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa.
Kepada semua ahli UMNO serta orang Melayu yang mendapat nikmat kekayaan serta kemewahan melalui kemajuan ekonomi yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini, MESTI menghulurkan bantuan kewangan untuk membekalkan cetakan surah Yassin yang boleh dijual untuk dijadikan kutipan derma Tabung bantuan Gaza. Malahan mereka yang kaya raya atas nikmat melalui UMNO MESTI menderma secara besar-besaran kepada Tabung Gaza itu!
Tunjukkanlah sikap bersyukur ANDA! dan bantulah saudara Islam kita di Gaza!
Ya Allah Ya Tuhan ku.....Selamatkan Gaza.
Sumber: Blog Small Talk, 8 Januari 2009
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan