16 April, 2009

Penggantungan MB Perak & 6 Exco: V. Sivakumar guna kuasa yang salah atau salah guna kuasa?

-
Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah
16/04/2009 12:17 pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 April 2009.

+++++++++++++++

Blog Kembara Politik telah menerima komen berbentuk pandangan pada 14 April 2009 oleh seorang ahli akademik bernama Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin berhubung isu penggantungan MB Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan 6 EXCO Kerajaan Negeri Perak. Untuk membaca komen asal beliau, pembaca bolehlah merujuk di bahagian komen, di SINI.

Berikut diperturunkan komen dan pandangan Dr Abdul Rani berhubung isu penggantungan MB dan 6 EXCO Kerajaan Negeri Perak:

Hari ini (14 April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan penggantunggan Dato’ Zambry dan EXCOnya dari menghadiri sidang itu mengikut undang-undang atau tidak (sah atau tidak). Sila lawati:

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404155

April 14, 2009 20:13 PM

Zambry Used Correct Procedure to Challenge Speaker's Suspension - Federal Court

PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) -- The Federal Court ruled today that Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councilors had used the right procedure to challenge their suspension from attending the State Legislative Assembly sittings by Speaker V. Sivakumar. - BERNAMA

Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu Perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimana pun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Dari segi ini, pada pandangan itu ada betulnya, namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidang kuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidang kuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidang kuasa-bidang kuasa seperti Penyelian (supervisory), bidang kuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahu pun Mahkamah Rayuan. Maksud saya (Dr Abdul Rani), Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walau pun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964:

http://www.kehakiman.gov.my/legislation/Court_Of_The_Judicature_Act.shtml

Tidak lama kemudian (9 April 2009), Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.

Kini pula (14 April 2009) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speaker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantung tugas MB (Dato’ Dr Zambry) dan EXCOnya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Di bawah Artikel 44 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli EXCO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).

Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidang kuasa mendengar dan menentukan sama ada tindak tanduk Speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah pun.

Isunya kini ialah, setelah bantahan awal V. Sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah sama ada V. Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantung MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya. Dalam hal ini apakah "prosiding" menjadi isu penting?Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan Speaker tiada kuasa menggantung MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya, bermakna masalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri). Di bawah Kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka-mereka yang bersekongkol juga) adalah berat:

http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%2012/Act%20574.pdf

Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.

121B. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Abetting offences under section 121A or 121B.
121C. whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.


Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.

124. Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

Maka, apakah pergantunngan MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya sah? Rujuk pandangan blog OutSyed the Box:

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html

FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009


Deterministic Chaos in Perak

Here is a news report from the New Straits Times today:

Karpal stumped by Sivakumar's decision

IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.

Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.

He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house.

Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee.

"I was shocked upon hearing Sivakumar's decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves."I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.

Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating: “when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”

“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.

Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.

According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.

The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.

(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)

More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?

Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.

Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.

The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.

If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.

In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.

Lihat juga:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html

http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

Sidang bawah pokok pula?

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel-panel itu pada - 15 Mei 2009. [Lihat komen saya (Dr Abdul Rani) terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31 Mac 2009].

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/ulasan-hujah-tv9-krisis-di-perak-oleh.html

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”


Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

Pun begitu, PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat di Dewan pun adalah tidak sah apatah lagi di tempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) menyatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undan-Undang Tubuh Negeri Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) sama ada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Dalam hal ini, saya (Dr Abdul Rani) tidak nampak relevannya perbezaan sama ada sesi DUN ditangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika ditangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) di bawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN di dewan itu boleh sah, apatah lagi di bawah pokok.

Baru-baru ini, MB Perak Dato’ Dr Zambry ada menyatakan di surat khabar (13 April 2009) beliau akan meminta perkenan Sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut undang-undang.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang,
Jabatan Undang-Undang Awam,

IIUM
+

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

Perlu ingat bahawa mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.
Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah.

Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM

Tanpa Nama berkata...

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)IIUM

Tanpa Nama berkata...

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Petikan (beberapa saja) dari;
http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

Saturday, April 18, 2009
ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
Assalamualaikum,

Oleh
Mohamed Hanipa Maidin

Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Komen saya (Dr Abdul Rani):
Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Komen saya (Dr Abdul Rani):
Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Ap perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Fakulit Undang2 IIUM

Kembara Politik berkata...

TQ Prof!

Tanpa Nama berkata...

petikan dari;

http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8507

Isu MB Perak : Kenyataan Rasmi Penasihat Undang-undang UMNO
Posted on Wednesday, April 22 @ 18:31:20 MYT

Kuala Lumpur -- Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah.
Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.
Kenyataan Rasmi
A. Pengenalan
Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.
Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.
B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.
C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah :
“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”
Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini. Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:
i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.
ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;
iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.
Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.
D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?
Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;
(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”
(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);
(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan
(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.
E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah
Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:
(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;
(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan
(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
F. Kesimpulan
Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Sumber : umno-online.com

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Tanpa Nama berkata...

http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/02/pakatan-ada-senjata-sulit-di-perak.html

Monday, February 9, 2009
Pakatan Ada Senjata SULIT di Perak..??

GEMPAR!!

Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.


Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.


Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.


Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.


Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.


Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.


Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.

Posted by Medan Info Kita at 5:33 PM

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin