hukum ikut sedap mulut! dipetik dari laman pembangkang! |
Sebenarnya bukan tujuan penulis mahu mendesak golongan ulamak dari Pas bagi menyatakan hukum hakam bersabit apa yang penulis jadikan sebagai tajuk artikel ini. Sebab kita semua sedia maklum bahawa tidak ada sezarah pun reaksi PAS berhubung penggunaan "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" kerana ianya keluar dari mulut yang mempunyai hubungan rapat dengan PAS. Kawan rapatlah katakan.
Azmin Ali ucap Salam Reformasi, tidak ada pun jatuh hukum haram? Errr nak jawab macam mana tu? |
Salam Bersih? Apa pula nak jawab ni Ulamak PAS? Waalakummubersih?? Ke apa?? |
Cuma penulis mahu berkongsi agar pembaca budiman semua dapat melihat sendiri bagaimana sikap hipokrit PAS dan sanggup mempergunakan agama demi politik kotor mereka. Inilah sikap PAS yang sebenarnya.
Sebenarnya ungkapan Salam 1 Malaysia yang seringkali diucap oleh Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO selalunya didahului oleh ucapan salam "Assalamualaikum" dan barulah disusuli dengan "Salam 1 Malaysia".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia! Kan cantik tu! |
Jika dilihat, ucapan seperti "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" yang keluar dari mulut busuk pakatan tanpa didahului dengan "Assalamualaikum". Nampak betul sekularnya. Namun, Pas mengambil jalan menghentam PM dan pemimpin UMNO dengan mengaitkan ucapan "Salam 1 Malaysia" itu adalah haram walaupun salam itu didahului dengan ucapan "Assalamualaikum".
Itulah sikap PAS yang lebih gemar mempergunakan hukum hakam agama ke atas UMNO sedangkan rakan karib mereka seperti PKR, DAP, BERSIH dan lain-lainnya tidak pula dijatuhkan hukum sepertimana mereka menghukum para pemimpin UMNO.
Kepada cerdik pandai agama dalam PAS:
1. Apakah hukumnya "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" tanpa didahului "Assalamualaikum"?
2. Atau PAS sudah jadi syaitan bisu?
3. Atau PAS sekadar mempergunakan hukum hakam agama yang mereka cipta untuk keuntungan politik?
Jika ikut sifir mudah, kalau UMNO dihukum haram dengan ungkapan "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia" maka "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" tanpa didahului "Assalamaualaikum" adalah 1000 kali haramnya! Bukankah begitu wahai PAS?
Nota: Penerangan "Salam 1 Malaysia" di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan