(Pandangan dari masyarakat
marhain)
- Penubuhan Malaysia bertujuan untuk menyekat pengaruh Komunis yang menggugat pengaruh politik serantau. 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak telah menyokong penubuhan Malaysia (www.arkib.gov.my, Penubuhan Malaysia 16 September 1963).
- Anwar Ibrahim mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia (www.malaysiakini.com, Anwar: benarkan Chin Peng Pulang).
- Bendera yang mahu menggantikan Jalur Gemilang hampir sama dengan bendera Komunis Malaya adalah rekaan Mohd Najwan Halimi adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK,2007 (pilihan-anda.blogspot.com, Bendera Pakatan Rakyat Diilham dari Bendera Komunis Malaya).
Penubuhan
Malaysia adalah bertujuan untuk memerangi dan melawan gerakan komunis di Asia
tenggara. Selepas Tanah Melayu Semenanjung merdeka pada 1957, gerakan komunis
masih lagi berterusan. Pada ketika itu Parti Komunis Malaya tidak mahu meletak
senjata dan terus memerangi Kerajaan persekutuan Malaya untuk merampas kuasa dan berkuasa mutlak di tanah
Melayu. Ancaman gerakan komunis bukan
sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia, malah berlaku juga di Sabah dan
Sarawak. Ketika itu Indonesia telah menjadi Negara komunis, singapura juga
telah diresapi dengan pengaruh parti politik haluan kiri, ancaman komunis
begitu mendesak sekali.
Demi melawan
ancaman komunis ini, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Sabah. Pada ketika itu penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak dan membentuk Malaysia adalah penting, kerana untuk melawan pengaruh
komunis yang disokong oleh Negara besar seperti China dan USSR bukanlah suatu
perkara yang boleh dipandang enteng. Penyatuan ini adalah begitu signifikan
kerana ia membolehkan negeri-negeri kecil ini mempunyai kekuatan untuk melawan
komunis. Lihatlah betapa getirnya perjuangan memerangi komunis. Yang kecil
terpaksa bergabung dan bersatu untuk meneruskan kehidupan.
Setelah sekian
lama komunis sepi, pada 2009 Anwar Ibrahim ingin membawa Chin Peng (Bos Komunis
Parti Komunis Malaya) kembali ke Malaysia. Pada 2011, Mohd Sabu telah
mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa bukit kepong (Utusan Melayu, Mohamad
Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong,
27 ogos 2011). Terbaru pada 30 ogos 2012, bendera yang bakal menggantikan Jalur
gemilang dikibarkan di perhimpunan haram “janji bersih” dan bendera itu direka
oleh orang PKR dan ia hampir serupa dengan bendera yang ingin dikibarkan oleh
Komunis jika berjaya menawan Malaya dahulu.
Menyelusuri
kronologi komunis dari Pakatan Rakyat, dari pandangan mata hati penulis dapat
melihat Pakatan Rakyat sedang menyuburkan ancaman komunis di Malaysia ini.
Setelah 49 tahun Malaysia ditubuhkan, sekarang pihak Pakatan
Rakyat mahu menyuburkan kembali komunis di Malaysia. Dulu Malaysia ditubuhkan
untuk memerangi komunis, sekarang mereka kembali dengan membawa perpecahan dan perbalahan
antara kaum.
Teringat pula
penulis pada satu FB yang dibuat untuk melaga-lagakan antara penduduk Semenanjung
dan Sarawak, meningkatkan perasaan benci masyarakat Sarawak terhadap semenanjung. Terdapat pihak di Sabah yang mula menghasut rakyat Sabah supaya
membenci orang semenanjung dan menganggap parti Politik Semenanjung (UMNO) ini
sebagai orang jahat. Adakah ini muslihat mereka?? Memecah belahkan perpaduan
antara semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah, kerana satu ketika dahulu
perpaduan ini telah berjaya menewaskan komunis.
Sesungguhnya
perpaduan dan penyatuan Tanah Melayu Semenanjung, Sarawak dan Sabah adalah
untuk melawan komunis dan kita berjaya. Adakah layak pakatan rakyat yang ingin
mengangkat martabat komunis itu untuk menyambut Hari Malaysia??. Adakah mereka
memahami semangat hari Malaysia yang memerangi komunis sedangkan mereka ingin
mengagungkan komunis??
Saya berdoa supaya rakyat Malaysia dibukakan
pintu hatinya dan ditunjukkan kebenaran, semoga Malaysia terhindar dari menuju
ke arah kegelapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan