2. Dalam erti kata lain, beliau kata rakyat Malaysia dirumus sebagai orang yang lebih suka berunding berbanding menggunakan kekerasan untuk mencapai sesuatu penyelesaian dalam hubungan pelbagai kaum.
3. Mungkin apa yang dirumus oleh Prof Dr Shamsul Amri itu tidak lagi relevan pada hari ini.
4. Mungkin rumusan Dr Shamsul Amri sudah boleh ditukar bagi menggambarkan suasana sebenar politik pasca PRU-12 kini.
5. Mungkinkah rakyat Malaysia sudah beralih daripada pendekatan 'bertikam lidah' di blog, ceramah, forum, facebook, twitter kepada bukan hanya pendekatan 'berparang' tetapi kini lebih berbahaya -- iaitu 'berpistol'!
6. Kita lihat bagaimana bahayanya cara permainan politik Anwar Ibrahim dalam mencorak apa yang bakal berlaku menjelang PRU-13 dan sesudah PRU-13 itu sendiri.
7. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang cintakan kestabilan dan keamanan menolak pendekatan politik 'berpistol' Anwar Ibrahim ini!
8. Ayuh rakyat Malaysia! Kita tolak Pakatan Rakyat! Mari sama-sama kekalkan keamanan yang sekian lama dipelihara oleh kerajaan Barisan Nasional!
Nota: Sila tonton video asal dan baca rentetan peristiwa acu pistol kepada orang awam di blog Jiwa Paradox.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan