1. Ustaz Hj Taharuddin Yaakob, bekas aktivis PAS selama lebih 18 tahun berpendapat bahawa PAS tidak lagi sanggup kehilangan sokongan ahlinya seperti mana berlaku semasa pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Ustaz Hassan Basri.
2. Pemecatan Dr Hassan Ali dan Hassan Basri sebenarnya memberi kesan negatif kepada Pas walaupun dinafikan oleh Pas. Sedikit sebanyak kesannya melemahkan Pas.
3. Pemecatan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa hanya akan melemahkan Pas yang kini sememangnya sudah semakin tidak relevan sejak menjadi boneka dan budak suruhan PKR dan DAP.
4. Hakikatnya, politik Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR tetapi tidak bagi Pas.
5. Kalau kita amati, adakah kini Pas selaku parti yang dikatakan mahu menggantikan UMNO menjadi semakin dominan dan disegani dalam Pakatan Rakyat?
6. Rasanya, TIDAK!
Nota: UMNO sentiasa menjadi tonggak dalam Barisan Nasional dengan bertanding jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dalam setiap PRU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan