-
PUTRAJAYA 13 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan anaknya, Datuk Mukhriz supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan sesuai untuk penyatuan kaum di negara ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika format sistem pendidikan sedia ada masih digunakan, penyatuan kaum di negara ini sukar untuk dicapai.
''Secara dasar, apa yang diperkatakannya (Mukhriz) itu adalah sesuatu yang benar dan ini bukanlah satu usaha untuk menghapuskan adat dan budaya kaum lain di negara ini.
''Tetapi kerajaan komited untuk mempunyai sekolah bantuan kerajaan dan ia tidak akan membawa kepada penyatuan kaum di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada forum Kepimpinan dan Hubungan Antara Budaya serta Pemahaman di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Turut hadir isterinya yang juga Canselor Universiti Multimedia (MMU), Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden MMU, Prof. Dr. Zaharin Yusoff.
Baru-baru ini, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun meminta kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Beliau berkata, menerusi sistem pendidikan sedemikian, semua sekolah pelbagai jenis akan diserap melalui entiti tunggal dengan bahasa Melayu sebagai perantaraan kecuali bagi Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, seseorang pemimpin seharusnya bersikap sensitif terhadap keperluan dan kehendak majoriti masyarakat yang diwakilinya.
Katanya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan masyarakatnya itu berpaling tadah.
''Ada sesetengah pemimpin hari ini yang gagal menjadi seorang pemimpin yang baik kerana dia tidak memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat yang diwakilinya.
''Walaupun sebelum ini dia seorang pemimpin yang baik tetapi apabila berkuasa, dia merasakan tidak perlu buat apa yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online
+
3 ulasan:
Tak berapa setujulah :-(
(( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tak bersetuju diteruskan.
Sistem satu aliran, dengan bahasa pengantar Melayu setuju dimulakan. Dan patut sekali.
Kerana ia tidak halang hak kaum lain mempelajari bahasa kaumnya. Kaum lain juga ada hak untuk beralih kepada bahasa kebangsaan sebagai pengantar.
Bahkan itulah yang lebih aula.
Faizal;
Takpe...
Awang Kata;
Dah tiba masanya sekolah satu sistem dipraktikkan...
Dulu masa sebelum merdeka mereka bantah, ni dah 51 tahun merdeka masih lagi nak bantah???
Catat Ulasan