-
Oleh Indera Ahmad
Johor Bahru -- Pemuda UMNO negeri ini menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kewujudan tiga kawah besar di Teluk Ramunia, yang dipercayai akibat kegiatan mengorek pasir oleh pihak-pihak tertentu.
Ketua Penerangannya, Khalid Mohamed berkata siasatan segera itu perlu untuk memastikan kesahihan laporan berkenaan khususnya melihat dari sudut perundangan dan aspek lain yang berkaitan.
Tegasnya jika kegiatan tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, ke manakah pula perginya pasir-pasir tersebut dan adakah ianya untuk kegunaan projek-projek pembangunan di negeri terbabit.
"Mungkin ada alasan yang kukuh dan konkrit daripada kerajaan negeri dalam perkara ini sehingga kawasan berkenaan begitu gondol yang menimbulkan keresahan kepada penduduk sekitar.
"Kita tidak mahu perkara ini dijadikan senjata kepada parti lawan untuk menyerang kita dengan memanipulasi pelbagai fakta dan dakwaaan yang tidak berasas terhadap mana-mana pemimpin khususnya kerajaan negeri", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas laporan media hari ini yang menyebut terdapat tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.
Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit dan pasir.
Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.
Khalid yang juga Ketua Pemuda Johor Bahru seterusnya berkata dalam keadaan suasana politik semasa yang tidak menentu hari ini, adalah wajar kerajaan negeri bertindak segera terhadap perkara tersebut.
"Jika wujud salah guna kuasa dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu, hadapkan pihak terbabit ke muka pengadilan. Ini kerana yang akan menanggung kesan dan akibat adalah parti khususnya kerajaan.
"Kita tidak mahu melihat masyarakat menyalah kita gara-gara segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab", ujarnya.
Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib
-
▼
2008
(65)
-
▼
Disember
(22)
- Negara OIC digesa bantu Palestin
- Laman sembang hina Nabi
- Malaysia desak PBB, OIC halang kekejaman Israel
- Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang
- Pas, DAP ibarat tikus dan kucing
- Mara salur pinjaman RM67j bantu peniaga Pahang
- SALAM MAAL HIJRAH 1430H
- Alahai Tanah Perak!
- Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komu...
- Blog yang mesti dibaca dan diikuti oleh semua saha...
- MB Perak berbohong atau flip-flop?
- Cadangan Mukhriz sesuai untuk penyatuan kaum - Tun...
- Perkasa sokong sekolah satu aliran
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Kedudukan Istimewa Sekolah Agama Dalam Perlembagaa...
- Persamaan dan Perbezaan Kes 1 dan Kes 2
- Tiada Rotan, Akar Pun (TAK) Berguna!
- Korek Pasir : Pemuda Johor Mahu Siasatan Segera El...
- Tanah Perak Digadai Secara 'Sistematik'
- M Manogaran (DAP - Telok Intan) Cakap Dia Sakit Hati!
- DAH TERSELAK WAJAH SEBENAR MEREKA!
- Sekolah satu sistem
-
▼
Disember
(22)
Label
'Masalah Sikap' vs 'Cemburu'
#justiceforMH17
16 September 2008
1Malaysia
1MDB
22 tahun tanpa konflik kaum
3 billion
31 Ogos 2009
5 Ogos 1957
Abdullah
ABIM
Acaro Solingan
Adik Siti Amynur Ain
AIDC
Air percuma
AirAsia
Akta hasutan
Akta Hasutan 1948
Akta Pendidikan 1996
Aktivis
Al-Fatihah
Allahyarham Tun Abdul Razak
Altantuya
Altel
Aman Malaysia
Ambiga
Anak Bangsa Malaysia?
Anak Wayang Pas
analisa PRU13
ancaman islam di Malaysia.
Anjing Gila
Anwar
Anwar Ibrahim
Azan
Azizan
Azmin Ali
babi
Badak Pekak
Badut
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu
Bajet Pahang 2009
BALACI
Bangsa Malaysia
Banjir
Banjir di Kuantan
Banjir di Lipis
Bantuan
Barisan Nasional
Batal Usul Sekat Jualan Arak
Behind The Veil
Belasungkawa
BERSATU
Bersih
biadap
Biadap Hina Nabi
Blogger
BN
BN Perak
BOC
Boikot barangan israel
Boikot produk Yahudi-Amerika
Boikot Secara Terancang
Bomoh
Boneka
BR1M
Brader Anwar Bin Ibrahim
bubar UMNO
Bumi Daku
cadbury
calon boleh menang
Carlsberg halal
Cawangan UMNO
CDM25
Celaka
Ceroboh Tanah Milik TNB
chedet
Chin Peng
Chui Jui Meng
Cina
Cina Boikot Melayu
COMANGO
Criminalise War Exhibition and Conference 2009
Cuit: Dilema Melayu Moden
DAP
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Mukhriz
Datuk Mukhriz Mahathir
DEB
deklarasi rakyat
Demi Negara
Demonstrasi
DERHAKA
diesel
Din Turtle
DNA babi
Dokumen Langkah kajang
Dong Zong
Double Standard Prosedure
Dr Abdul Rani Kamarudin
Dr Chandra Muzaffar
Dr Khir
Dr Novandri
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Dr Sidek Baba
Dr Yusri Mohamad
Dr Zambry Kadir
Dr Zuhdi
Dr. M
DS Anwar
DS Anwar Ibrahim
DS Najib
DUN
DUN Perak
Durian Runtuh
Dyana Sofya
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah
DYMM Sultan Azlan Shah
Dyna Sofya
DYTM Raja Dr Nazrin Shah
Ekonomi
Ekonomi Bumiputera
ekonomi melayu
Elizabeth Wong
Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor
Erniceda
Etnic Cleansing
Eurocopter
Evolusi Politik Melayu
Fatimah Zuhri's Blog
Fatwa Anti Tomboy
FELDA
FGV
fitnah
Fitnah Undi Pos
Flip-flop
Forum Peluk Islam
Foto
gabungan UMNO dan PAS.
gaza
Gerakan Razak
Gobalakrishnan
Hak Istimewa Melayu/Bumiputera
Hak Membeli
Hak Mengundi
Hansard Parlimen
Harakah
haram
harga minyak naik
Hari Kemerdekaan
hina
Hina Fatwa
Hina Islam
Hina Raja Melayu
Hindraf
Hipokrit
Hishammuddin Tun Hussein
Hishamuddin
Hj Hadi Awang
Hj Naser Disa
Hormati murtad
hudud
Hudud dan Qisas
Husam Musa
i want to tocuh a dog
i want to touch a dog
Ideotique
IFC
india
Institusi Raja
Islam
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Rasmi Persekutuan
Ismail Mina Ahmad
israel
Isu CAR
Isu Kalimah Allah
Isu Ketidakseimbangan Kaum
isu lahad datu
Isu Menteri Besar
Isu Moral
Isu Roboh Kuil
Isu Scorpene
Isu Tanah Kolej Taiping
Isu Tanah Perak
Jabatan Pendaftaran Negara
JAIS
JAKIM
Jambatan Bengkok
Jeff Ooi
Jenayah
Jom Bantu
Jumlah pengundi muda
Jurugambar Utusan
KAFA
Kaki Pembelit
kalimah Allah
Kamarudin Jaafar
KAR1SMA
Karpal Singh
Kaum Cina
Kaum Melayu
Kebaikan
Kebal
Kebebasan Bersuara
Kedah
Kedai Rakyat 1 Malaysia
keistimewaan Melayu
Kekejaman Israel ke atas umat Islam
kelvin yip
Kempen Satu Sekolah Untuk Semua
kerajaan islam
Keranda 152
Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR)
Kes Liwat
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Ketuanan DAP
Ketuanan Melayu
Ketuanan Pakatan Rakyat
Ketum
Khalid Ibrahim
Kiasu
KijangMas
Kiki
KKM
Kongres Ekonomi Islam Ketiga
Kontrak Sosial
kronisma
kuala kangsar
Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War
Kuota Pemilikan 30 %
Kuota Pemilikan Rumah 50 %
Ladang Babi
Lateefa Koya
LBGT
Lee Kuan Yew
lembah klang
Lembah Pantai
Leong Ngah Ngah
LGBT
Liberalisasi?
Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini
Lim Guan Eng
Lim Kit Siang
Lina Joy
Logo Halal
logo halal JAKIM
Lompat Parti
Low Siew Moi
lowyat
M Manoharan
M-UPRo
Mah Siew Keong
Mahkamah Syariah
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Fatwa Kebangsaan
Majlis Muafakat Melayu
Majlis Peguam
Malay Mail Cyberspot
Malaysia
malaysia bukan negara sekular
Malaysian Airline System
Malaysian Malaysia
Mangkat
Mangkuk Ayun Azmi Shahrom
Manifesto bukan janji
Marah-Marah Sayang
MAS
Masjid Besi Putrajaya
MB Kedah
MB selangor
MCA
media sosial
melayu
Melayu Pulau Pinang
Melayu Singapura
Membina Negara
mencari simcard Altel
Menteri besar Selangor
merdeka riview
Meroyan
MH17
MH370
MO1
Monopoli Ekonomi
Muhammad Firdaus Dullah
Muhyiddin
Murtad
Muslim UPRo
Mustafa Ali
Musuh islam
Musuh Melayu
Musuh Negara
Muzakarah Cendekiawan Islam 2009
MyKad
Najib
Najib Tun Razak
Nasrudin Hassan
negara islam
negara sekular
Negarawan Ulung
Nga kor ming
Ngeh Koo Ham
Nik Aziz
Nilai
Nizar
Nizar Boneka DAP
Nurul Izzah
Obama
octoberfest
octoberfest2014
OKU
OKU dikurung
OKU terbiar
Omar Ong
One utama
Open Letter by Matthias Chang
PAC
Pahang Darul Makmur
Pakatan
Pakatan Haram
Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat Perak
Pakatan Rakyat. pertusan undi cina
Palestin
Paneh Miang
PAP
Parlimen
Parti baru Tun M
Parti tunggal
PAS
Pas selangor
Pas Terengganu
PAS youth
Pasca PRU-13
PAU Ke-59
Peguam Negara
Pelacuran
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
PEMBELA
Pembohong
Pembubaran parlimen
Pemuda UMNO
Pemuda UMNO Bahagaian Segambut
Pemuda UMNO Pahang
Penamaan Calon
Pencemaran
Pencerobohan Tanah Kerajaan
Peneroka
Pengganas Komunis
Pengkhianat
pengkhianat negara
Pengundi Atas Pagar
Penyata Razak 1956
Perak
Perbandingan
Perdana Menteri Malaysia Ke-6
perkara 11
Perkara 11 Perlembagaan
Perkara 12
perkara 121
Perkara 152
Perkara 153
perkara 3
Perkara 3 Perlembagaan
PERKASA
perkauman
Perkhidmatan Awam Pulau Pinang
perkongsian kuasa.
Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Perpaduan
Perpaduan Melayu/Islam
Persekutuan Tanah Melayu
pesawat MAS terhempas
pesta arak
pesta arak terbuka
Petisyen
petrol
Petronas
Pilihanraya Masjid
PKM
PKNS
PKPIM
PKR
Polarisasi Kaum
Politik Perak
Portal Kempen SSS
PPSMI
PR
PRK Bagan Pinang
PRK Bukit Gantang
PRK Galas
PRK Kuala Terengganu
PRK Teluk Intan
PRN
pro-pembangkang
produk cina
produk melayu
Prof Dr Aziz Bari
Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
Prof. P Ramasamy
propaganda
PRU 14
PRU12
PRU13
Puasa Ramadhan
Pulau Pinang
Puppet Master
Putera Sultan Selangor
Putrajaya
Qarinah
Qazaf
Rabindranath Tagore
racist
Raja Nong Chick
Raja-Raja Melayu
Rakyat Malaysia?
Rasuah
Razak Baginda
RBA
Reaksi pemimpin politik
Reflections: Melayu Lama
Ronnie Liu
Rukun Negara
Rusia
Rusia Border
Rusuhan
Saham FGV
Saiful Bukhari Azlan
Sakmongkol AK47
Salah Guna Kuasa
SAR
Sastera
Satira
Satu Malaysia
Sekolah Agama
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Satu Aliran
Sekolah Vernakular
Seks
sekular
Selangor
Sepitman Begins
sesat
Shafie Apdal
shah alam
Sidek Baba
Sistem Pendidikan Kebangsaan
skandal kewangan
Skuad Banjir Pemuda
sokongan masyarakat kepada MAS
Solat Hajat
SPR
SRJK Persendirian
steering lock
SUARAM
subsidi
Sultan Perak
Sultan Selangor
Sumpah Laknat
Sun Tzu'z Art of War
sungai besar
surah al kafirun
Syed Azmi Alhabshi
syiah
Tan Sri Isa Samad
Tan Sri Khalid Ibrahim
Tan Sri Muhyiddin
Tanah Kebun Peneroka
Techno Crap
Teluk Intan
tembak
Tender Tanah
tender terbuka
Tengku Adnan
Teresa Kok
terhempas
The Economist
The Unspinners
The War Crimes Commission and Tribunal 2009
Titah DYMM Sultan Selangor
Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga
Toyota Camry 2.4 Perak
Truth for Teoh Beng Hock
Tsunami Cina
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Tulisan Jawi
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun M
tuntutan
Ukraine
UMNO
UMNO Seremban
Uncle sim
Undang-undang antilompat parti wakil rakyat
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak
Undi cina
undi hantu
Usahawan Bumiputera Pahang
Ustaz Kazim Elias
Utusan Malaysia
V. Sivakumar
video
WADAH
wall street journal
Wan Azizah
Wasiat Raja-Raja Melayu
Wong Siew Teng aka Agnes Wong
Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur
Yusuf Qardhawi
Zahid Hamidi
Zahrain
Zaini Hassan
Zulkifli Noordin
12 ulasan:
PASIR DI LARANG EKSPOT - melayau
JOHOR BAHRU 4 Dis. Semua jenis pasir darat, laut dan sungai dari negeri ini tidak boleh dieksport termasuk ke Singapura, tegas Pemangku Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor, Obet Tawil.
TAK TAHAN DENGAR LETUPAN HARI HARI - melayau
KOTA TINGGI 4 Dis. Kira- kira 800 penduduk di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman di Teluk Ramunia dekat sini berasa amat tertekan dengan aktiviti meletup batu di kuari dekat beberapa bukit berhampiran kampung mereka sejak sekian lama.
Penduduk mendakwa, aktiviti itu yang dijalankan tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkuasa menjejaskan kehidupan harian malah merosakkan harta benda mereka.
HENTIKAN PENGAMBILAN PASIR DI TELUK RAMUNIA - melayau
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa pihak berkuasa kerana kurang memberi perhatian kepada aduan penduduk mengenai kegiatan perlombongan besar-besaran di Teluk Ramunia.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan destinasi pasir itu dihantar dan mengambil tindakan tegas jika didapati ia dieksport ke Singapura.
ADUN DAKWA TIDAK PERNAH TERIMA ADUAN - melayau
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah berkata, beliau tidak pernah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi ekoran kerja- kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan Sungai Rengit membuat aduan bahawa mereka menghadapi masalah ekoran kerja mengorek pasir itu.
"Tiada seorang pun pernah mengadu kepada saya, biarpun masalah kecil berhubung dengan kerja-kerja mengorek bukit bagi mendapatkan batu granit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
kah kah kah…. INI BETUL BETUL JUAL TANAH MELAYU…. kah kah kah…
kah kah kah…. syarikat kroni mana yang jual tanah melayu ini… kah kah kah…
kah kah kah…. INI DIA KETUANAN MELAYU YANG JUAL TANAH MELAYAU…. kah kah kah….
kah kah kah…. penduduk dengar bisisng tiap hari…. munkee adun ni TAK ADA DENGAR APA APA…. kah kah kah…. cuba pergi siasat…. sapa ada saham jual tanah melayu ini….. kah kah kah….
kah kah kah… BERAPA MANYAK SUDAH MASYUUUUK…. kah kah kah… sampai tak terdengar letupan tnt…. kah kah kah.UMNO(united munafiqin national organisation)
kifli;
Apa yang melucukan sangat jika benar Tanah Melayu dijual? Macam mana la saudara boleh tergelak (ketawa riang) jika benarlah Tanah Melayu dijual? Mentaliti yang macam mana la kita ada pada Melayu kita ni?
Sepatutnya kita tunggu dulu siasatan yang bakal dijalankan. Bukannya melemparkan segala tuduhan, kroni dan sebagainya. Tuduhan yang dilemparkan pula tidak disertakan dengan bukti.
Ayuh keluarkan bukti bahawa UMNO disebalik ketidakcekapan penguatkuasaan pihak berwajib. Jangan tuding jari tanpa bukti konkrit.
Tuduhan yang tiada bukti adalah taktik pembangkang untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO.
Apa pun terima kasih atas komen saudara.
P/S: Selamat Datang ke Kembara Politik kepada kifli, dan Assalamualaikum (jika beragama Islam) dan Selamat Sejahtera (jika bukan Islam).
Salam...(Ni pun sebab dia P/S kat kifli tu...kalau tak)
Kifli tu gelak kat puak macam Politik Kembara (PK) ni la...yang kurang paham bacaan berita...kejadian aneh ni.. dah lama dah (ikut nada Mr DET)...
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah berkata, beliau tidak pernah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi ekoran kerja- kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan....inilah YB UMNO yang paling tak peka di kawasan sendiri...lagi buta kayu penyokong yang membuta tuli seronok kampung sendiri dah tergadai ....
------Ayuh keluarkan bukti bahawa UMNO disebalik ketidakcekapan penguatkuasaan pihak berwajib. Jangan tuding jari tanpa bukti konkrit-----MT di Majlis Daerah biasanya puak gerabak UMNO...Contoh paling Best sekali Allahyarham Abang Zek di Klang bukan dia saja...malah anak menantu pun jadi MT dalam Majlis Daerah Klang...so segala keputusan majlis daerah sapa yang akan putuskan....kalu tak buleh Common sense...maknanya KP ni mati akal tak boleh berfikir...sebabtu saya suruh berfikir----jangan ikut aje setiap ayat yang dikeluarkan...nanti bukan johor...pahang pun tergadai...
Adun Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah berkata sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk di sekitar Teluk Ramunia mengadu dan melaporkan kepada beliau tentang masalah yang timbul dari aktiviti perlombongan pasir.
70 peratus daripada pekerja di tapak tersebut adalah penduduk tempatan. Masalahnya sekarang kenapa perkara ini ditimbulkan didalam Utusan Meloya barulah Adun tersebut hendak menjawab dan memberi penjelasan. Adakah beliau tidak peduli masalah rakyat.
Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang bencana seperti ditenggelami air akibat ketiadaan kawasan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar tambahan pula tiada usaha pemulihan yang serius dilakukan oleh syarikat perlombongan berlesen berkenaan.
Pengawasan agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sangatlah diharapkan berperanan dalam menjaga alam sekitar dan keharmonian penduduk sekitar Teluk Ramunia.
Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia.
Sebelum ini dilaporkan juga kes pengorekan pasir laut di sekitar perairan tersebut sehingga dilaporkan ada orang mengaut untung yang banyak hasil penjualan 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah.
Timbul kebimbangan rakyat, kuantiti pasir sebanyak itu dimanakah batu dan pasir tersebut dihantar. Kalau Singapuralah destinasinya rakyat sekali lagi ditipu setelah kononnya tahun 2006 yang lalu Singapura tidak mengizinkan pembinaan jambatan bengkok di tambak Johor kerana keengganan kerajaan menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor.
Kalau kita lihat sendiri di tambak Johor, lori-lori mengangkut pasir cukup banyak menunggu giliran pelepasan kastam dan imigresen untuk masuk ke Singapura setelah eksport pasir melalui jalan laut dihentikan.
Sekali lagi, Umno Barisan Nasional macam cuba nak selindung dan menipu rakyat.
ini cuma sekadar sambungan dari komen sebelumnya.
Pengarah PTG Larang Eksport Pasir
JOHOR BAHRU – Semua jenis pasir darat, laut dan sungai dari negeri ini tidak boleh dieksport termasuk ke Singapura, tegas Pemangku Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor, Obet Tawil.
[Cuba bayangkan, siapakah agaknya yang berani buat kerja terkutuk ini kalau tidak puak-puak UMNO Karat !!. Mana mungkin oran PAS, PKR atau DAP berani merompak sebegitu rupa?. Jika tidak pun sudah pastilah pihak berkusa akan memantau dan mendakwa mereka. Namun, kenapakah dalam isu ini mereka bebas merompak sesuka hati?. Bukankah ia dilakukan dengan keizinan pihak atasan. Sungguh jelas UMNO Pengkhianat bangsa !! Inilah kerja yang mereka lakukan atas nama membela Melayu dan mempertahankan "ketuanan Melayu"..Sama sahaja dimana-mana sekarang ini, Melayu UMNO sudah tersasar dari perjuangan asalnya].
ADUN Akui Tidak Pernah Terima Aduan
JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah berkata, beliau tidak pernah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi ekoran kerja- kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan. Beliau berkata, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan Sungai Rengit membuat aduan bahawa mereka menghadapi masalah ekoran kerja mengorek pasir itu. "Tiada seorang pun pernah mengadu kepada saya, biarpun masalah kecil berhubung dengan kerja-kerja mengorek bukit bagi mendapatkan batu granit," katanya. Beliau diminta mengulas aktiviti mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya untuk mendapatkan batu granit.
[Nak tunggu terima aduan daripada penduduk baru nak bertindak? Bila tiada aduan bermakna tak perlulah bertindak la ye? Ini lah sikap pemimpin Umno yang tidak prihatin dengan masalah rakyat apatah lagi masalah kedaulatan negara. Sebagai ADUN kawasan tersebut sepatutnya dia tidak perlu menunggu aduan daripada penduduk sekiranya dia seorang pemimpin yang peka dengan masalah rakyat. Persoalan yang lebih besar disini selain dari masalah keselamatan rakyat, sepatutnya difikirkan oleh pemimpin Umno adalah perbuatan menjual bahan galian tersebut kepada negara jiran adalah satu pengkhianatan kepada negara sendiri. Bahan galian termasuk pasir adalah merupakan milik rakyat negara ini dan dari sikap negara jiran tersebut yang langsung tidak menghormati hak Malaysia malah sanggup merampas Pulau Batu Putih daripada Malaysia melalui saluran undang-undang, sepatutnya kita tidak boleh lagi membenarkan walau seinci hak kita terlepas kepada negara tersebut. Semua rakyat telah membuka mata dengan sikap negara tersebut tetapi nampaknya pemimpin Umno langsung tidak mengambil pengajaran dari kes tersebut
Sedarkan ayah dan ibu kita bahawa mereka telah ditipu oleh puak-puak UMNO sejak, dulu kini dan selamanya"
KUANTAN - Susulan daripada beberapa kejadian kes dan tragedi "kecurian balak" yang berlaku di negeri ini, kami telah mengadakan satu siasatan terperinci dengan kerjasama pihak jabatan hutan tentang segala yang terjadi. Sungguh memalukan apabila rakyat Pahang menyaksikan Berita Perdana TV3, saban bulan laporan kecurian dibuat oleh Saudara Khaidir Ahmad (Wartawan TV3 Pahang). Sebelum ini habis hutan Pahang ditarah oleh mereka di Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Jerantut malah terkini dalam daerah Kuantan sendiri. Tambah menyedihkan ia berlaku dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan sendiri. Kejadian rompakan balak atas bukit di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini, benar-benar mencemar serta mencabar kewibawaan rakyat Pahang sabenarnya. Siapakah yang bertanggungjawab? Jika tidak didalangi oleh puak-puak UMNO Pahang itu sendiri. Justeru itulah gara-gara ketirisan dan kecurian yang berlaku ini menyebabkan bajet negeri Pahang senantiasa dirundung kerugian saban tahun. Apakah maknanya semua ini? Jika kerajaan telus dalam hal ini, sudah pasti perkara ini tidak berlaku dan berjaya diatasi. Maka itu pihak kami sekali lagi cuba meninjau dan melakukan edisi siasat mengapakah masalah ini sering berlaku di Pahang dan jarang sekali berlaku di negeri-negeri lain.
Kecurian Didalangi Oleh Puak-Puak UMNO
Ramai pemimpin UMNO Pahang yang kemaruk dengan "Ban Balak" tidak dapat bersabar lagi bila Menteri Besar terlalu lambat meluluskan kawasan balak untuk mereka. Oleh yang demikian mereka berpakat dengan "tokey balak" untuk mencuri hutan dalam kawasan DUN masing-masing. Justeru itulah kita melihat kawasan balak yang didedahkan siap mempunyai pengawal bahkan jentera-jentera pembalakan yang lengkap dan canggih. Jika perompak ingin mencuri, masakan mereka boleh membawa jentera yang lengkap seperti itu. Ini menunjukkan ada pihak tertentu yang mengawasi mereka. Nampak jelas kebanyakkan perompak ini langsung tidak takut dengan undang-undang dan menganggap hutan terbabit "bapak mereka yang punya".
Lantaran itulah perkara ini sukar dibendung, kerana pemimpin UMNO setempat bersekongkol dengan kilang balak untuk tujuan merompak hasil mahsul tersebut. Bukti jelas apabila orang-orang kampung membuat laporan polis kejadian tersebut. Mereka langsung tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang kejadian itu. Malah kita dapat melihat segala jentera bebas keluar masuk ke kawasan rompakan balak terbabit. Seolah-olah mereka diberikan "lampu hijau" dan "lesen" oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kami difahamkan, biarpun ribuan tan balak dirompak namun pihak berkuasa langsung tidak menyiasat ke mana balak itu dibawa? Bukankah mudah jika mereka jujur dan amanah dalam tugas ini, tangkap pemandu lori balak dan siasat rekod JPJ lori tersebut berdaftar atas nama siapa, dan ekori lori itu secara "serang hendap". Bukankah mudah untuk mengetahui "sawmill" mana yang merompak balak tersebut. Ini tidak dilakukan kerana semua mereka telah menerima habuan dan komisyen masing-masing agaknya. Senario ini jelas sekali sukar untuk dibendong, bahkan ia akan berterusan zaman berzaman jika UMNO dan BN terus memerintah negeri ini. Maka kita tidak hairanlah yang sejak MB Pahang dari masa Khalil Yaakob hingga Adnan Yaakob memerintah negeri ini, bajet Pahang senantiasa defisit. Ini kerana kerajaan Pahang gagal untuk membendung masalah yang paling utama di Pahang iaitu "Rompakan Balak Secara Berhemah" ini. Antara nama-nama YB dan exco yang popular denagn cara ini di Pahang ialah Dato' Sharkar Shamsudin (Lanchang), Dato' Shahiruddin Moin (Dong), Dato' Wan Amizan Abd Razak (Tahan), Dato Dr.Ahmad Shukri (Pulau Tawar), Dato' Tan Mohd Aminuddin (Chenor) dan ramai lagi. Tunggu pendedahan kami satu persatu hutan yang telah dirompak di kawasan masing-masing selepas ini. Inilah dia namanya para pejuang Melayu yang kononnya bangun dan bangkit untuk membela agama, negara dan bangsa Melayu yang dilaung-laungkan selama ini
Beratus Ekar Dirompak, Bakinya Dilapor TV3
Taktik jahat yang para perompak ini gunakan ialah, mereka akan merompak sesuka hati hutan tersebut tanpa belas kasihan. Habis ditarah dan digondolkan. Kejadian ini sering dilaporkan oleh media sebelum ini terutamanya TV3. Namun, siasatan kami apa yang dilakukan oleh pihak TV3 adalah sebagai syarat "wajib tayang" sahaja. Ini bagi menunjukkan bahawa kerajaan Pahang prihatin dengan masalah ini. Walhal mereka yang bersekongkol dengan perompak tersebut. Buktinya, segala jentera dan mesin yang digunakan untuk perompak terbabit tidak pernah langsung ditahan. Bahkan kita tidak langsung melihat jentera itu di"sita" dimana-mana balai polis biarpun telah dilapor dan disiarkan di kaca TV. Bahkan kami juga mendapat maklumat bahawa pihak TV3 hanya dipanggil setelah beratus-ratus ekar hutan telah dirompak dan balak telah dikeluarkan. Maka TV3 pun datang dan membuat laporan, bahawa kejadian itu telah berlaku beberapa hari, beberapa minggu dan beberapa bulan yang lalu. Ini sebagai "trick" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Akhirnya rakyat ditipu, beratus-ratus ekar yang dirompak dan hanya bakinya beberapa buah lori sahaja dilaporkan kepada TV3 untuk dibuat laporan. Akhirnya , siapakah yang untung? Rakyat ditipu, puak-puak UMNO Pahang juga yang mengaut keuntungan jutaan ringgit.
Mereka khianat kepada rakyat. Inikah maknanya ketuanan Melayu dan untuk membela rakyat?. Justeru itu kita tidak hairan, setiap kali musim pemilihan UMNO politik wang berleluasa. Mereka "paw" ataupun paksa "funder-funder" yang terdiri daripada "tokey balak" untuk menanggung segala perbelanjaan membeli perwakilan. Mereka akan janjikan "kawasan balak" bila sudah menang dalam pertandingan tersebut. Siapa yang kalah, akan menanggung hutang dengan "tokey balak". Senario ini adalah perkara biasa di bumi Pahang ini sebenarnya. Sebab itu, bila kita kaji balik pemimpin UMNO ini sebenarnya tiada wang langsung dalam mana-mana bank. Namun, mereka ada banyak wang bila musim pencalonan dan pemilihan bermula. Dari mana wang ini datang, jika tidak dihantar oleh "tokey balak" direct ke tangan mereka itu. Maka, lahirlah pemimpin UMNO yang rasuah dan khianat kepada rakyat. Mereka inilah yang kini menjadi pemimpin UMNO di Pahang yang kononnya ingin membela rakyat dan Melayu khasnya.
Walhal mereka banyak "mengembongkan" perut mereka sendiri dengan "najis rasuah balak" itu sendiri. Puak UMNO bawahan sedar semua ini, namun mereka "kelabu dan gelap mata" dengan duit yang dicurahkan oleh pemimpin terbabit tatkala menjelang pilihanraya dan pemilihan UMNO. Justeru itu mereka lebih rela "membisu dan memekakkan telinga" semata-mata daripada mendedahkan isu ini. Rasuah sudah sebati dalam darah daging mereka. Cakaplah apa sahaja kepada pemimpin tersebut, namun mereka tetap dengan pendirian bahawa UMNO adalah pembela Melayu, tanpa UMNO rakyat tidak boleh hidup. Inilah fahaman yang paling bahaya dalam mentaliti puak-puak UMNO karat ini sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka bukan pembela agama dan bangsa sebenarnya. Tapi yang dibela ialah "tengkolok dan periuk nasi" mereka sendiri. Lantaran itulah mereka tewas dengan "wang ringgit" atau "duit" yang menjadi hala tuju perjuangan mereka sejak sekian lama.
Rompak Balak Atas Nama Projek Pertanian
Paling menyedihkan ialah sikap beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang yang jelas menipu rakyat dengan merompak balak atas nama projek pertanian. Kerja ini sudah dilakukan sejak sekian lama, dan amat popular di kawasan DUN Chenor yang diwakili oleh Dato' Tan Mohd Aminuddin Bin Ishak (foto) yang juga Exco Pertanian di negeri ini. Maka berjuta-juta wang balak berjaya dikumpul oleh bekas Timbalan Menteri Besar Pahang ini. Masalah air yang sering mengganggu benak fikiran rakyat sejak 51 tahun gagal diatasi terutamanya di kawasan Felda disitu. Tapi apa yang lebih dipentingkan ialah mengadakan projek-projek pertanian yang kononnya untuk memajukan industri pertanian dan asas tani masyarakat setempat. Maka lahirlah idea mengadakan Projek Lembu Pawah, Projek Tanaman Keledek, Projek Tanaman Jagung, Projek Tanaman Roselle dan yang terbaru Projek Ladang Rakyat.
Paling menghairankan kita, semua projek-projek ini hanya sekadar "nama" sahaja, kemudian belum apa-apa berlaku balak beratus ekar sudah dikeluarkan dari kawasan terbabit. Sebaliknya, jangankan pokok jagung, roselle, keledek dan lembu pawah dijalankan dikawasan terbait. Ekor lembu pawah pun rakyat setempat tidak melihatnya. Ini telah dilakukan sejak 4 penggal beliau menjadi ADUN dan Exco Pertanian Pahang. Rompakan berkhemah ini amat menarik untuk diperkatakan, kerana beliau memang amat bijak melakukannya atas nama pembangunan. Kepakaran beliau ini, mungkin kerana beliau pernah menjadi Pengarah Hutan semasa berkhidmat sebagai penjawat awam suatu ketika dulu agaknya. Akhirnya, orang-orang kampung juga yang tertipu dan terpedaya. Namun, setiap kali musim pilihanraya masih terus memangkahnya dek kerana wang ringgit yang ditaburkan. Mereka merompak RM1 juta maka mereka taburkan RM100 kepada pemimpin UMNO setempat. Itupun masih ada pemimpin UMNO setempat yang tidak sedar diri yang mereka telah ditipu sejak dul, kini dan selamanya. Ini bukan satu fitnah, tapi ia adalah realiti. Bahkan perkara ini turut diakui oleh pemimpin muda dalam UMNO yang rapat dengan beliau. Namun, apa boleh buat "fulus" sudah datang untuk menutup mulut pemimpin terbabit.
Rompak Balak Atas Nama JKKK
Kami difahamkan bahawa MB Pahang, Adnan Yaakob hanya akan meluluskan kawasan balak untuk Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan tidak lagi kepada individu sejak beberapa tahun yang lalu. Maka bagi YB-YB yang kemaruk dengan "Ban Balak" ini mereka akan menggelupur mencari mana-mana JKKK yang boleh dipengaruhi. Hasilnya ada beberapa orang YB yang bertaraf Exco telah berjaya merompak secara "berkhemah" menggunakan cara ini sehingga dua tiga pusingan. Ini bermakna satu JKKK hanya layak mendapat satu ban balak yang luasnya antara 100 hingga 200 ekar. Maka Maka semua JKKK dalam DUN terbabit telah mendapat peruntukan tersebut dan diuruskan oleh YB terbabit. Bila semua sudah habis, maka ada JKKK yang namanya digunakan beberapa kali untuk itu. Bagaimanakah cara mereka merompak cara ini. Mudah sahaja, dalam setiap kali mesyuarat exco mereka akan mengusulkan nama JKKK terbabit untuk kelulusan. Apabila sudah diluluskan, tokey balak akan menghubungi YB terbabit dan membuat bayaran pembelian balak antara RM100 ribu hingga RM300,000 untuk setiap kawasan. Maka, YB terbabit menggunakan wang itu untuk memberi rasuah kepada Pengerusi JKKK sebanyak RM10 ribu, ahli JKKK mungkin seramai 10 orang sebanyak RM2 ribu tiap-tiap seorang.
Kemudian akan diberikan sebanyak RM20 ribu lagi kepada tabung JKKK terbabit, yang jumlah besarnya hanya sekitar RM50 ribu sahaja. Bakinya ratus-ratus ribu siapa yang dapat, makanya YB terbabitlah akan sapu masuk "tembolok" mereka. Ini pernah kami dedah dulu melibatkan Bekas Exco Belia dan Kesihatan Pahang yang kini masih merupakan ADUN Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu YB Dr. Ahmad Shukri Ismail. Bayangkan jika satu JKKK beliau sapu RM200 ribu, maka di kawasan beliau itu terdapat lebih 30 JKKK. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dan rompakan balak secara berkhemah telah beliau monopoli?. Inilah dia pemimpin UMNO yang kononnya disayangi rakyat. Tatkala menjelang pilihanraya, mulalah beliau taburkan wang-wang tersebut untuk memancing undi. Menang kerana "Rasuah", hidup dengan "Raduah" dan akan mati juga dengan "Rasuah" !!. Mujurlah beliau tewas dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Jerantut kepada YM Tengku Azlan (Ahli Parlimen Jerantut) dalam pemilihan UMNO bahagian itu baru-baru ini.
Kesimpulan Kes Rompak Balak Berhemah
Maka dengan pendedahan kes "rompakan balak secara berkhemah" ini, diharap rakyat Pahang mula sedar yang mereka telah ditipu sejak sekian lama oleh manusia Melayu UMNO yang bertopengkan "Ketuanan Melayu". Walhal kerja mereka ialah merompak harta dan hasil mahsul negeri untuk kepentingan peribadi masing-masing. Memang ada beberapa kerat pemimpin UMNO yang berjuang untuk membela rakyat, agama dan Melayu. Namun, jika dulu mungkin ada ramai yang begitu. Namun, hari ini semuanya jauh panggang dari api. Kebanyakkan pemimpin UMNO kerjanya merompak wang rakyat semata-mata. Bagi mereka, selagi kuasa ada ditangan selagi itulah harta perlu diperbanyakkan. Maka ramailah orang-orang kampung yang tertipu serta teraniya dengan pengkhianat agama dan bangsa ini. Inilah padahnya jika sesuatu parti itu memerintah terlalu lama hingga 50 tahun lebih. Hala tuju mereka pada peringkat awal betul tatkala dipimpin oleh Tunku Abd Rahman, Tun Razak dan Tun Hussin Onn. Namun selepas Tun Mahathir "mengkopratkan" segala yang boleh "dikoprat" termasuklah parti UMNO sendiri, maka bermulalah era "politik wang" yang merosakkan terus UMNO. Justeru itu kini tidak lagi wujud pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas berjuang. Apa yang tinggal hanya mereka yang berjuang atas nama kebendaan dan meterialistik semata-mata.
Maka, kepada rakyat Pahang marilah kita mulakan perubahan sekarang. Memang kita tahu jika Pakatan Rakyat memerintah, belum tentu masalah dan perkara seperti ini dapat diatasi 100% seperti yang berlaku di 5 negeri yang berjaya ditakluk. Namun, penambah baikan tetepa dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mana mungkin 51 tahun "najis UMNO/BN dapat dibasuh dalam masa 8 bulan"!!. Ini pun puak-puak UMNO di negeri terbabit masih meracau tidak keruan sekarang!. Jika pun Pakatan Rakyat perintah Pahang, dan cuba lakukan perubaha peringkat awal sudah pasti ia akan terjadi. Samalah macam UMNO mula-mula perintah dulu. Selepas 20 atau 30 tahun, jika berlaku seperti apa yang berlaku sekarang maka rakyat boleh menukarkan semula kepimpinan negeri kepada yang lain. Rakyat ada hak untuk bersuara kerana "Suara Rakyat Suara Keramat". Jangan dibiarkan UMNO Pahang terus merompak hasil mahsul negeri yang kaya ini sebenarnya. Jika tidak, masa depan kita dan generasi akan datang akan terus berada dalam kesamaran.
Sedih sy bila mengenangkan nasib bangsaku ini..keadaan di sini mmg sgt memerlukan perhatian sirius pihak berwajib,wakil rakyatnya tah apala kerjanya?sampai begitu sekali kemusnahannya pn dia x tau(kalau dah x mmpu nak jga kwasan tu,serahkan je kat org lain yg akn lebih perihatin tentang penduduk melayu kawasan ni)..di sini mejoritinya melayu,rata2 nelayan kecil yg hdupnya serba sederhana'walaupun terlalu hampir dgn spura'..
Masalah kuari ni mmg dh lama menganggu penduduknya trutamanya masalah bisibg,habuk,laluan keluar masuk kuari sebok,bahaya dan banyak lg yg x mmpu sy nyatakan di sini,namun yg ammmmat di kesalkan adalah DI MANAKAH WAKIL RAKYAT yg sepatutnya ke depan di dlm isyu ni..
Tanah,Batu n Pasirnya sgt pasti ke spura'airport cangi dpt nampak jelas dr tg.pengelih'yg terlalu hampir dgn kwasan ni.di sini x dpt tidak rakyat akn nampak siapa sebenarnya pengkhianat kpd org melayu n negara kita yg tercinta ni..
Sebagai org melayu n islam sy berasa bertanggungjawab di atas apa yg berlaku kpd tanahair sy,pastinya sy akn di pertanggungjawabkan di ats apa yg sy lakukan,termasuk di dlm memilih pamimpin dan akibat baik or buruknya..di sini sy terlalu bimbang akn masalah buruk yg bagaikan sudah x terkawal di seluruh JOHOR dan x terkecuali kwasan ni..Muda mudi di johor kini bagaikan sudah hilang identiti melayu n muslimnya'kalini sy hanya nk fokuskan di kwasan ni sahaja'masyarakat melayunya sudah terbelenggu dgn masalah moral yg ammat sirius,masalah akhlak seperti arak,judi,seks bebas dan paling ketara budaya songsang'MASALAH MAKNYAH'di sini sy dapati hampir di semua kawasan adanya masalah ni bermula dr desaru,batu layar,sg.rengit,teluk ramunia dan tg.pengelih semuanya ada walaupun di dlm kg.nelayan..ini amatlah sirius dan membimbangkan..banyak lg masalah2 yg x dpt di selesaikan dan terus di biarkan berekarumbi di dlm msykt di johor ni,banyak lg yg berlaku dan tidaklah sy nk senaraikan semuanya..cuma sy merasakan perlu kita sebagai ummat muslim memikirkan cara or kumpulan lain yg mungkin lebih perihatin n sirius di dlm tindakannya utk menyelesaikannya..Jangan sampi nnti ank cucu kta nnti pn terpengaruh dgn suasana yg kta wariskan buat mereka...
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Lain kali GALI le besar-besar lagi.. Biar macam kawah meteorite kat Arizona US tuh.. HE!HE!HE!
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk sdr..
Wallahualam..
saya sokong...........
Jengka;
W'salam. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Apa pun jika saudara mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu, maka sewajibnya saudara memaklumkannya di balai polis yang berhampiran.
Apa pun, InsyaAllah Pahang tidak akan tergadai. Kalau ikut idea Leong Ngah Ngah DAP-Triang (buka tender tanah Pahang)tu mmg la Pahang akan tergadai. Tapi InsyaAllah UMNO Pahang akan sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya. Sama-sama kita berkerjasama ke arah itu.
P/S: Selamat Hari Raya Qurban. Maaf Zahir & Batin.
kifli;
Panjang menjela komen saudara. Elok diserahkan kepada pihak polis jika yakin maklumat itu benar dan konkrit. Apa pun, kita tunggu hasil siasatan. Jika BENAR ada yang salah guna kuasa, kita kick je dari UMNO. UMNO tak memerlukan pemimpin yang tak bertanggungjawab dan tidak amanah.
er;
Terima kasih atas komen yang diberikan. Harap pihak berkuasa menjalankan siasatan sesegera mungkin.
Berkenaan masalah sosial, saya berpendapat, setiap kita perlu mendidik anak bangsa kita mengikut acuan yang sepatutnya. InsyaAllah mereka takkan terjebak. Peranan ibu bapa sangat penting untuk bentuk anak menjadi individu. Samada menjadi Majusi, Nasara, Yahudi, atau Islam bergantung kepada ibu bapa.
Selamat Hari Raya Qurban, Maaf Zahir Batin.
Tukang Dok Peghati;
Lain kali gali besar Spore.
:)
Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir & Batin.
Tanpa Nama;
Saya Sokong...(UMNO) ?
:)
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Maaf Zahir & Batin.
Mungkin ada betulnya kata kifli. Mungkin ini ada kait mengait dengan kronism. Takkanlah kawah sebesar itu langsung tidak disedari wakil rakyat untuk diambil tindakan, melainkan ada wakil rakyat yang sedang mengaut keuntungan melaluinya.
Tapi hairan ye, bila orang umno yang buat perkara kepincangan, galaknya orang macam kifli ni berhujah panjang lebar (sampai saya malas baca), seperti dunia ana yang punya. PKR Selangor dan Penang punya cerita yang berbukit-bukit tu taknak komen apa-apa ke? Awak pun double standard juga kifli? kahkahkah?
Jilat kifli jilat. Jilat sampai kilat...
Jangan mare
man;
PTG Johor dah keluarkan press statement. Dunia ana yang punya? Hehe. Selamat Hari Raya Aidiladha :)
Catat Ulasan