-
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]:
Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain.
Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]:
Ya Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadi kalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib. Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.
************************
Dia punya sakit hati je yang dia fikir! Melayu punya hati dia tak fikir ke? Dah fatwa tu terpakai untuk orang Islam je, apahal pula engkau nak sibuk?
Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan amalan senaman yoga sistematik adalah haram bagi umat Islam pada 23 November 2008. Penerangan-penerangan telah juga dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan Fatwa ini menjadi isu dan dimainkan. Tapi ada lagi, individu yang mengungkit isu ini. Dan lebih malang pemimpin mengungkitnya di Parlimen setelah seminggu fatwa dikeluarkan dan penerangan telah diberi (diungkit oleh M Manogaran dalam sidang parlimen pada 1 Disember 2008).
***********************
Fatwa: Ambil tindakan
Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.
Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.
Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.
Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertindak menggunakan undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan diambil ke atas mereka yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam.
‘‘Undang-undang telah ada dan bagi PGSM, kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani keresahan umat Islam setelah melihat institusi fatwa dicabar lebih-lebih lagi oleh umat Islam sendiri.
‘‘Selama ini undang-undang telah ada tetapi jarang kita dengar ada pendakwaan diambil tetapi kali ini saya harap demi kesucian agama, ia tidak lagi dibiarkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Susulan daripada itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.
Bagi NGO tersebut, amalan yoga yang disifatkan mereka sebagai senaman menyihatkan tidak pernah menyebabkan pengamalnya menukar agama daripada Islam kepada Hindu atau mengancam kedudukan Islam.
Sebelum ini, dua NGO turut dilaporkan mempertikaikan secara terbuka fatwa pengharaman pengkid.
Sementara itu, Zainul Rijal berkata, di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, sesiapa yang ingkar kepada fatwa yang diwartakan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000.
Kata beliau, mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan menghina agama, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak kurang dua tahun serta denda dan ini terpakai untuk bukan Islam.
‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Setiap fatwa adalah untuk menyelamatkan orang Islam daripada tergelincir akidah atau amalan jadi jangan pula ada yang mencabar dan mengingkari termasuk bersubahat seperti menganjurkan kelas yoga,’’ jelasnya.
Menurut Zainul Rijal, sehubungan itu PGSM berharap semua kerajaan negeri segera mewartakan fatwa itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
‘‘Selagi tidak diwartakan, tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Jadi PGSM mendesak pewartaan fatwa ini disegerakan bagi memelihara kedudukan agama Islam.
‘‘Lagipun saya tidak nampak mengapa proses mewartakan fatwa ini perlu dilengah-lengahkan kerana ia tidak melibatkan prosedur panjang. Jadi soalnya antara mahu dengan tidak sahaja,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, pihak yang masih tidak berpuas hati boleh mengemukakan pandangan secara terus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dengan meminta ia disemak semula tetapi mestilah berasaskan hujah pakar.
Katanya, dengan itu barulah ia tidak menimbulkan keresahan umat Islam berbanding dengan mengemukakan pandangan secara terbuka seperti dilakukan sekarang.
Menurutnya, Majlis Fatwa masih boleh menyemak semula fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan memang pun ada fatwa yang telah disemak semula sebelum ini.
Sumber: Persatuan Peguam Syarie Malaysia
+
6 ulasan:
Tuan M. Manogaran, saya pun sakit hati kerana kawan-kawan tuan dirikan kuil di atas tanah saya.
Sekarang mereka tak mahu keluar. Minta pampasan.
Saya tak berani paksa. Takut Hindraf dan Hindu Sangam.
Dal:
Kasihan kat saudara! Sekarang ni dah jadi trend, pacak je kat mana suka. Lepas tu minta pampasan. Elok kita pacak je rumah kat depan laman Uthayakumar tu, tak pun depan rumah Karpal Singh, tak pun di depan Bar Council, pastu minta pampasan. Pakcik kayoooo! Undang-undang koboi ke apa ni?
Pendatang memang camtu. Bila kita bising pasal ketuanan melayu, depa tak suka dan kata kerajaan tak fikirkan kepentingan mereka. Macamlah depa sokong segala apa yang kerajaan buat...
man;
Contoh terdekat ialah cadangan sistem satu aliran dalam sistem pendidikan negara. Bangkang je kerjanya. Takde pun MP nak berlumba-lumba angkat tangan menyokong pelaksanaan satu sistem dalam pendidikan. Tak ke hipokrit namanya tu? Hak Melayu nak dihakis, nak dipertikai, macam-macam lagi la..tapi bila sebut nak satukan anak bangsa Malaysia melalui sekollah satu sitem, dialah pembangkang no 1! Anak Bangsa Malaysia? HIPOKRIT!
saya sokong.............
Tanpa Nama;
Kalau boleh letakkan nick pada komen saudara/i. Apa pun terima kasih atas sokongan anda.
P/S: Sokong apa tu? :)
Catat Ulasan