-
KOTA BHARU 13 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong cadangan Profesor Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim spaya diwujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, saranan yang dikemukakan oleh tokoh sejarah itu dianggap berani dan tepat pada masanya demi melahirkan generasi beridentitikan Malaysia.
‘‘Perkasa menyokong kenyataan Kay Kim kerana perubahan sistem sekarang kepada sistem sekolah satu aliran dijangka mampu mewujudkan integrasi nasional yang lebih berkesan bagi jangka masa panjang.
‘‘Sistem yang ada sekarang memerlukan transformasi kerana terdapat pelajar yang tidak fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
‘‘Melalui bahasa juga perpaduan dapat dicapai, merapatkan hubungan antara pelbagai kaum yang ada di negara ini malah rakyat berbangga kerana mempunyai satu bahasa yang mencerminkan imej negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika mengulas cadangan Kay Kim dalam akhbar China Press kelmarin, supaya negara ini mewujudkan sistem sekolah satu aliran.
Ibrahim menambah, sistem yang ada sekarang juga mengelirukan pelajar berkomunikasi terutama apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara.
‘‘Situasi tersebut mengundang persoalan di kalangan warga asing dan mungkin berpendapat pelajar negara ini tidak mempunyai identiti Malaysia malah mungkin menyangka mereka dari negara Cina, Hong Kong atau dari India,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online
+
3 ulasan:
Apabila dari rebung lagi sudah dilentur dalam satu acuan, semua buluh yang keluar dari acuan itu kelak adalah seiya dan sekata.
Itulah ciri-ciri Malaysia yang dikehendaki.
Tam Dalyell;
Bila rebung menjadi buluh...dan buluh yang naik pula bukan jenis buluh yang senang dilentur...baka buluh betong...keras ya amat...nak lentur tak boleh nak kena salai dengan api pastu lentur semula...
Ke arah perubahan yang lebih baik. Takkan dah 50 tahun merdeka masih tak boleh terima sekolah satu aliran. Tak perlu lagi mentaliti dan sentimen perkauman yang sempit. Sikap asing dan tidak pandai menyesuaikan dengan situasi setempat inilah mewujudkan perpaduan yang longgar. Sekolah Cina dan Tamil dah tidak relevan lagi dan perlu dihapuskan dengan sebaiknya.
Catat Ulasan