Pas kali ini masih lagi menggunakan kaedah lama memainkan sentimen pengundi dengan isu PPSMI yang sudah pun dianggap selesai .
Kerajaan telah bersetuju dengan desakan yang dibuat oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan para pejuang bahasa seperti Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk A Samad Said yang ditunggang Pakatan Rakyat (PR) dan pertubuhan cauvinis seperti Dong Jiao Zong.
Memang diakui GMP dan lainnya berjaya mempengaruhi rakyat dalam isu PPSMI ini (Nota: Mahu tidaknya, hampir seluruh masjid ditampal risalah propaganda anti PPSMI!).
Kerajaan sudah pun bersetuju dengan desakan GMP agar Sains dan Matematik dikembalikan pengajarannya dalam bahasa ibunda masing-masing. Pelaksanaannya akan berkuat kuasa bermula 2012. Jadi apa relevannya isu PPSMI masih lagi dimainkan oleh Pas? Dan tidak mustahil A Samad Said dan Hassan Ahmad akan dibawa sekali lagi ke pentas Pas untuk mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang.
(Nota: Sepanduk elemen anti PPSMI sudah pun diarak oleh Pas di Bagan Pinang seawal hari penamaan calon. Tunggu masa sesuai sahaja Pas akan membawa si “lembu matador” masuk ke dalam gelanggang!).
Persoalannya kini, apakah GMP dan para pejuang bahasa benar-benar berjuang mendaulatkan bahasa Melayu? Tidak bagi penulis! Kerana apa? Kerana adalah sangat jelas bahawa GMP bukanlah berjuang mendaulatkan bahasa Melayu. Tetapi dalam hal PPSMI ini, GMP diperkuda (atau rela diperkuda) oleh Pakatan dan bersekongkol dengan para cauvinis dengan mendesak agar Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
Beriku sedutan kenyataan yang dibuat oleh GMP (sedutan dan Foto oleh Utusan Malaysia, 10 Julai 2009):
"Bagi GMP, memansuhkan PPSMI bererti memansuhkan semuanya iaitu kembali sepenuhnya kepada dasar pembelajaran sebelum 2003 ketika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu dari tahun satu sampai tingkatan enam dan seterusnya ke universiti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di sini hari ini.
Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selaku Penasihat GMP, Pengarah Eksekutif Yayasan Tamil Malaysia, C. M Elanttamial dan Naib Setiausaha Kanan Pusat Pembangunan Kebudayaan Bekas-Bekas Guru Cina Malaya (LLG), Goh Kean Seng.
Selain menuntut PPSMI dimansuhkan secara menyeluruh, Hassan berkata, GMP juga mahu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Tamil dan Cina dimulakan pada tahun depan bagi murid-murid tahun satu.
''Kita mahu pelajar yang baru masuk sekolah diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing mulai 2010 bukannya 2012,'' katanya.
Hassan berkata, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi tahun satu tidak menimbulkan masalah kerana Kementerian Pelajaran boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan buku teks dalam ketiga-tiga bahasa ini mulai sekarang.
*(tamat sedutan).
Mana perginya laungan dahulu yang kononnya mahu berjuang menghapuskan PPSMI dengan alasan mendaulatkan bahasa Melayu? Terdaulatkah kedudukan bahasa Melayu apabila GMP bertindak bersekongkol dengan beberapa NGO cauvinis memaksa Kerajaan menerima desakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibuat dalam tiga bahasa yang berlainan? Syabas pejuang bahasa kerana ditunggang!
(Nota: Lihat perarakan mengusung Keranda 152 propaganda anti PPSMI oleh Pas berikut. Bukankah pejuang bahasa sebenarnya dijadikan "lembu metador"? Dan rakyat menjadi penyokong dan bersorak tanpa tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan?).
Sekiranya ada hujah mengenai PPSMI adalah bertentangan dengan peruntukan Perkara 152 yakni Bahasa Kebangsaan (seperti ternukil kemas dalam Perlembagaan Persekutuan), bukankah bersekongkol mendesak Sains dan Matematik diajar dalam bahasa BUKAN bahasa Melayu melanggari peruntukan itu? Malahan, sangat bersalahan, berbanding PPSMI yang mana masih lagi dikira menerimapakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA kerana masih banyak lagi mata pelajaran lain diajar dalam bahasa Melayu.
Kalau begitu, dimana letaknya kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam perjuangan pejuang bahasa? Jadi dimanakah relevannya perjuangan GMP dalam memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan yang jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan? Sepatutnya, para pejuang bahasa perlu ke hadapan dalam menyuarakan desakan agar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA diterimapakai di seluruh sekolah di Malaysia selaras dengan kedudukan bahasa tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Sains dan Matematik diperkasa demi kegemilangan bangsa di masa mendatang. Bahasa Inggeris perlu ditekankan agar bangsa dapat bersaing secara kompetatif di dalam dan di luar lingkungan selesa. Bahasa Tamil, Mandarin, Arab dan lain-lain bahasa boleh turut ditawar sebagai mata pelajaran elektif di sekolah-sekolah jika perlu.
(Nota: Gambar logo dan banner menunjukkan perjuangan mendaulatkan bahasa? Atau sebenarnya dikuda? Apa yang diperjuangkan? Bagaimana cara siswazah kita berfikir? Tanya semula pada diri. Berapa ramai graduan bangsa kita yang cemerlang tapi lemah berbahasa Inggeris gagal dalam mencari pekerjaan?):
Kadang kala rakyat pelik juga dengan tindakan mereka-mereka ini. Apabila bahasa Inggeris digunakan untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, mereka melompat dan menerjah bagai lembu metador terlepas dari kurungan. Tetapi mereka tidak pula terfikir bahawa dalam mata pelajaran lain masih lagi diajar dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahasa Melayu dijunjung tinggi dengan masih menjadi bahasa pengantar utama walaupun PPSMI dilaksanakan oleh Kerajaan.
Cuba pula kita berfikir sejenak dan bezakan realiti sebenar nasib bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu hanya diajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja. Yang lainnya diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Jika begitu, terdaulatkan bahasa Melayu dengan mendesak Kerajaan mengembalikannya ke dalam bahasa yang pelbagai wahai pejuang bahasa?
Apa yang pejuang bahasa buat? Pejuang bahasa menikus, kecut telur apabila ‘diherdik’ oleh pertubuhan cauvinis dan sanggup berkerjasama dengan mereka-mereka ini agar diajar dalam bahasa selain bahasa Kebangsaan. Mana perginya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sekiranya bahasa itu tidak dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah?
Penulis mencabar para pejuang bahasa agar berjuang ke arah mewujudkan penggunaan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama jika benar anda mendakwa anda pejuang bahasa! Sekiranya tidak berani: Anda adalah pejuang bahasa palsu!
Secara sinis, adalah lebih bagus kiranya para pejuang bahasa seperti Hassan Ahmad dan A. Samad Said ini dimasukkan ke dalam Keranda 152 dan diarak ke seluruh negara! Kerana apa? Kerana mereka bukan berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu, tetapi sebaliknya bersekongkol dengan pertubuhan cauvinis untuk merendahkan kedaulatan bahasa Melayu!
Para pejuang di SINI lebih mulia dari para pejuang bahasa yang rela dicucuk hidung itu! Minta maaf wahai Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk A Samad Said (dan pejuang bahasa yang lain) kerana penghormatan memartabatkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) sebenarnya tidak wujud dalam kamus perjuangan anda!
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan