-
Harakah telah menulis sebuah artikel bertajuk Hadiah Aidilfitri buat Mahathir! pada 28 September 2009. Artikel tersebut sebenarnya bertujuan mempromosikan sebuah buku propaganda bertajuk Anwar on Trial: In the Face of Injustice yang dikarang oleh peguam suruhan Brader Anwar Bin Ibrahim bernama Pawancheek Marican.
Penulis tidak akan membincangkan perihal buku Pawancheek Marican tersebut buat masa ini kerana belum teringin mahu membeli buku tersebut. Kali terakhir penulis terpaksa (selalunya order secara online sahaja) ke kedai buku ialah pada bulan Julai 2008 ketika mencari buku karangan Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Blog Merentas Halangan.
Kedai-kedai buku yang penulis pergi kesemuanya memaklumkan bahawa buku tersebut habis terjual. Penyudahnya, penulis meminta adik penulis agar tolong membelinya jika ada stok. Mujur ada! Apa yang penulis sedar, buku yang ditulis oleh Brader Anwar Bin Ibrahim memang banyak dan bersepah di kedai-kedai buku.
Mungkin tak laku agaknya!
Berbalik kepada artikel Harakah tadi. Harakah menulis:
BERSEMPENA Hari Raya Aidilfitri ini, Islam mengalakkan umatnya kunjung mengunjung di antara satu sama lain, khususnya yang muda menziarahi yang tua sebagai tanda hormat dan berkasih sayang.
Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.
Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau 'angpow' dari golongan yang lebih berusia.
Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku Anwar on Trial: In the Face of Injustice karya peguam Pawancheek Marican.
Ayat pertama penulis ‘alim ularmak’ Pas ini cukup hebat! Lagak seorang ulama yang meyeru kebaikan dengan seruan berkunjung, saling hormat-menghormati dan berkasih sayang. Kemudian, seruan yang pada awalnya datang dari mulut yang tampak hebat pengetahuan agamanya bertukar menjadi sebaliknya. Tapi biasalah, orang Pas hanya mempergunakan agama demi survival politiknya.
Harakah juga berhati busuk apabila cuba mengaitkan Tun dengan membayangkan kononnya wang pencen Tun sangat banyak dengan gaya penulisan yang menyindir sedemikian. Sememangnya Tun tidak memerlukan wang Pas atau Pakatan Rakyat yang sememangnya melimpah ruah dengan kemewahan.
Dahulu penulis sangka para pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat miskin dan mempunyai kewangan yang terhad, tetapi kini persepsi itu tidak wujud lagi. Pas sememangnya mewah dengan wang! Contohnya, kita lihat sahaja tuntutan saguhati perceraian RM3 juta oleh bekas isteri kedua ADUN Pas kawasan Melor di Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh. Itu baru minta wang saguhati sudah cecah RM3 juta.
Bagaimana pula dengan Tun Salleh Abas yang menjadi jutawan segera (hasil titik peluh wang rakyat) melalui pembayaran ex-gratia berjumlah RM5 juta seperti mana dicadangkan oleh bekas de facto Menteri Kehakiman Majlis Peguam Dato’ Zaid Ibrahim? Lepas sahaja Salleh jadi jutawan segera, Zaid jadi katak, melompat ke riba Anwar, masuk parti keldai - PKR! Strategik betul perancangan dan tindakan Zaid. Boss dia (Anwar) dah rangka awal-awal lagi kot!
Itu belum kita kaji wang pencen yang diterima oleh Tun Salleh. Walaupun dia dipecat dia masih lagi mendapat keistimewaan menerima wang pencen sebagai hakim atas sebab rayuan Peguam Negara. Kerajaan ketika itu menggunakan budi bicara membenarkan dia mendapat pencen penuh walaupun dipecat oleh keputusan Tribunal yang dilantik oleh YDP Agong.
Untung Tun Salleh! Tun Salleh menerima dua pencen. Satu ketika bersara wajib 55 tahun dan satu lagi ketika tamat tempoh sebagai Ketua Hakim Negara. Dan jangan lupa, dia juga menerima pencen YB kerana pernah menjadi YB Pas di Terengganu.
Banyak duit pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya. Imej miskin Pas yang ditonjolkan selama ini mungkin sekadar alat untuk meraih simpati undi rakyat sahaja.
Harakah menulis lebih lanjut lagi seperti berikut:
Buku ini dilancarkan peguam terkemuka, Raja Aziz Addruce di sebuah hotel di ibu negara 14 September lepas.
Buku ini amat signifikan dan relevan dengan Mahathir. Ia merupakan sebuah hadiah yang amat simbolik buat beliau, kerana ia khusus membicarakan suatu tragedi besar yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.
Rakyat Malaysia, khususnya yang berusia awal 20-an, semestinya mengingati Dr Mahathir, sebagai negarawan ulung, yang menjadi PM serta Presiden Umno yang paling lama dalam sejarah, iaitu lebih 22 tahun.
Jasa-jasa Mahathir cukup besar untuk dicatat dan diperkatakan dalam kolum yang terhad ini. Beliau digelar 'Bapa Pembangunan Malaysia Moden'.
Di zaman pemerintahannya terlalu banyak 'event' yang berlaku. Ada bright side (sisi terang) dan ada dark side (sisi gelap).
Pandangan dari sudut 'sisi terang', sudah terlalu banyak diperkatakan oleh media pengampu. Media mengiyakan sahaja semua kata dan tindakan Mahathir, sehingga mereka 'menjamu' rakyat, dengan berita-berita yang 'menghairan', mengutuskan bahan pembacaan yang 'meloyakan' dan melaporkan 'tiga suku' berita perdana yang membohongi rakyat.
'Sisi gelap' pemerintahan Mahathir ditutup dan digelapkan terus daripada rakyat. Namun itulah bak kata pepatah 'bangkai nyamuk boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah'.
Dalam politik Malaysia nama Mahathir tidak boleh dilupakan kerana tiga TPM jatuh dan dijatuhkan di zamannya. Jika diperhalusi satu persatu, barangkali Mahathir juga ada silapnya.
Walaupun begitu, ada yang beranggapan apabila bekas PM berundur dari jawatan yang dipegangnya selepas lebih 22 tahun ditampuk kuasa, beliau sudah tidak relevan lagi untuk disentuh.
Itulah sifat kita, orang-orang Melayu. Kebanyakannya cuba bersangka baik dan hanya mahu mengingati kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Secara tidak disedari sikap bersangka baik inilah yang membelenggu minda orang-orang Melayu khususnya, juga kalangan rakyat secara umumnya untuk kekal di bawah cengkaman Umno-BN, lebih 50 tahun.
Anggapan ada kebenarannya, beliau sudah tidak berkuasa, buat 'menghabiskan beras' sahaja jika kita melayannya. Namun pada penulis, kadangkala kita harus berfikir sebaliknya.
Apatah lagi apabila semasa pemerintahannya Mahathir melakarkan banyak peristiwa bersejarah yang buruk dalam negara.
Membaca ayat demi ayat yang ditulis Harakah ini menyebabkan kita bertanya – Ye ke orang Pas ni? Macam tak percaya sahaja. Busuk benar hati penulis Pas ini! Mungkin Harakah ini lupa agaknya. Tun Dr Mahathir yang ditohmah itulah yang dipuja oleh Pas!
Pas dah lupa agaknya yang Pas pernah melutut merayu lembut gigi dari gusi agar Tun Dr Mahathir menyertai Pas sehingga membuat jemputan secara rasmi melalui kenyataan media pada 20 Mei 2008. Bukan main lembut lidah Pas ketika itu.
Berikut sedikit petikan yang menunjukkan lidah bercabang dan betapa busuknya hati Pas:
“Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan idea-idea pembaharuan untuk membangunkan negara adalah seorang tokoh yang masih relevan di Negara ini” – Kenyataan Media Pas, 20 Mei 2008.
Seterusnya Harakah membebel lanjut seperti berikut:
Justeru buku Anwar on Trial: In the Face of Injustice ini amat wajar diteliti. Ia membongkar bagaimana Mahathir merosakkan sistem keselamatan (polis), memusnahkan integriti kehakiman dan jabatan peguam negara, hanya semata-mata mahu kekal ditampuk kuasa.
Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kesinambungan catatan dalam sejarah, bahawa angkara Mahathir, dua kali sistem kehakiman musnah. Pertama, tahun 1988 ketika memecat Tun Salleh Abas; Kedua, ketika memecat Anwar pada tahun 1998.
Buku ini dilancar dan ditatapi rakyat tatkala umat Islam diambang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, ia merupakan hadiah terbaik buat persaraan Mahathir.
Peguam suruhan Anwar nampaknya membuat tohmahan (seperti diarahkan oleh bossnya – Brader Anwar Bin Ibrahim) bahawa Tun Dr Mahathir merosakan sistem keselamatan (polis)? Padahal semua rakyat tahu bahawa Anwar dan pembangkanglah yang sering memburukkan imej dan kredibiliti pihak keselamatan (polis dan askar).
Memusnahkan integriti kehakiman? Anwarlah orangnya! Bila keputusan berpihak kepadanya dia laung mahkamah bebas. Bila mahkamah tidak berpihak kepadanya, dia tidak pula percaya pada sistem kehakiman. Mungkin dia nak copyright semua yang betul hak dia je kot?
Padahal, dia hanya layak copyright buat benda yang tak betul! Ingat lagi betapa BNM rugi berbillion ringgit angkara si mangkuk ayun Brader Anwar Bin Ibrahim tak pandai nak selesaikan krisis kewangan 1997/98! Duit rakyat berbillion ringgit yang BNM lesap tu agaknya larat ke Brader Anwar Bin Ibrahim ganti?
Yang dia tahu cuma nak jual negara kepada proksi Amerika iaitu IMF!
Pemecatan Tun Salleh Abas pada 1988 diputuskan oleh Tribunal yang dilantik oleh YDP Agong. Tak nampak pun apa kesinambungan pemecatan Brader Anwar pada 1998 dengan dakwaan memusnahkan sistem kehakiman negara? Ada nampak ke? Cerita sikit! Ke kena beli buku kalau nak tahu. Hmmm…cakap je la nak buat marketing jual buku! Senang cerita!
Kalau macam tu, tak apalah, nanti kalau penulis ada masa, penulis beli dan baca buku peguam suruhan Brader Anwar Bin Ibrahim tu! Nak juga tahu macam mana si Pawancheek Marican ni spin dan auta semata-mata disuruh oleh bossnya atas alasan nak mempengaruhi dan meraih simpati rakyat bagi kes liwat terbarunya pula.
Semakin hari semakin dekat tarikh perbicaraan. Dalih peguam MC tak sihat dah kerap diguna. Dalih tukar barisan peguam dah diguna. Sekarang guna kaedah tulis buku dengan harapan rakyat akan termakan propaganda peguam suruhannya. Nasiblah kau Brader Anwar Bin Ibrahim. Sendiri buat, sendiri tanggung!
Anwar ni kalau bersumpah laknat, mahu disambar petir terus agaknya. Itu sebab la tak berani sampai sekarang. Agaknya la…
Wallahualam!
+
3 ulasan:
PAS? Puak Agama Sasau yang jadi Pengamal Ajaran Sesat tu? Memang kaki Putar Alam Sungguh depa ni!
lambat betul nak dengar citer liwat anwar kat mahkamah. bersilat, kuntau, gimnastik lak dia..
mana si penjubor nak berani bersumpah...memang kena panah petir laaaa...
Catat Ulasan