Penulis membangkitkannya di artikel bertajuk "Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan: Benarkah pejuang bahasa benar-benar berjuang mendaulatkan bahasa Melayu?" pada 5 Oktober 2009.
Berikut sedikit petikan dari artikel penulis:
Kerajaan sudah pun bersetuju dengan desakan GMP agar Sains dan Matematik dikembalikan pengajarannya dalam bahasa ibunda masing-masing. Pelaksanaannya akan berkuat kuasa bermula 2012. Jadi apa relevannya isu PPSMI masih lagi dimainkan oleh Pas? Dan tidak mustahil A Samad Said dan Hassan Ahmad akan dibawa sekali lagi ke pentas Pas untuk mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang.
Pada hari ini (Rabu, 7 Oktober 2009), akhirnya persoalan itu terjawab! Harakahdaily mengesahkan perihal penglibatan GMP dalam PRK Bagan Pinang kali ini dengan berita bertajuk "Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!"
Nampak gayanya memang sahlah bahawa GMP hanyalah alat politik rakus Pas. GMP tidak ubah seperti lembu metador yang dilepaskan oleh tuannya apabila menjelang sahaja setiap pilihanraya.
Berikut sedikit petikan Harakahdaily berhubung perkara di atas:
Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!
Dzulfikar Mashoor
Dzulfikar Mashoor
Wed Oct 07, 09 9:06:32 am MYT
TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.
Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.
Bagaimanapun, usaha memansuhkan dasar itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.
Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat.
Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan.
Setiausaha GMP Hasni Abbas yang ditemui kemudian memaklumkan, sukarelawan GMP akan berkampung di N31 sehingga Jumaat ini.
*(Berita penuh sila rujuk Harakahdaily).
Penulis sudah dapat mengagak betapa pejuang bahasa kita seperti yang berada dalam GMP ini sebenarnya mempunyai agenda politik semata-mata. Berselindung di sebalik laungan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.
Untuk menjawab segala permainan politik Pas ini elok kiranya pembaca membaca artikel bertajuk " Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan: Benarkah pejuang bahasa benar-benar berjuang mendaulatkan bahasa Melayu? ".
Artikel tersebut telah mendedahkan perjuangan palsu memartabatkan bahasa Melayu oleh para pejuang bahasa dalam GMP! Setelah membaca artikel tersebut, pembaca dapat melihat sendiri bagaimana GMP dijadikan alat politik semata-mata.
Malahan, GMP berhutang penjelasan kepada rakyat berhubung tindakannya yang tidak langsung tercermin ke arah perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan.
Sudah selayaknya GMP dikapan dan diusung dalam Keranda 152!
+
2 ulasan:
A.Samad Said dan Hassan Ahmad sama seperti Shanon Ahmad semuanya - SHIT!!!!!!!
bat69
Hairan juga, kenapa Bahasa Malaysia ditukar ke Bahasa Melayu untuk semua urusan termasuk matapelajaran di sekolah. Seolah2 ditutur oleh bangsa Melayu.
Tak sesuai dengan istilah "Satu sekolah untuk semua, Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara. Elok lagi Bahasa Malaysia, sesuai untuk semua bangsa di Malaysia.
Catat Ulasan