31 Oktober, 2009

Satu aliran bukan mimpi

-
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

SEORANG sarjana pendidikan dalam satu pertemuan dengan penulis akhir tahun lalu menelah isu sekolah satu aliran akan menjadi perdebatan umum dan tenggelam timbul selang lima tahun sekali.

Untuk melihat sekolah satu aliran dilaksanakan juga kata beliau, adalah sesuatu yang sukar kerana ia berkait rapat dengan survival sesebuah parti politik.

Apa yang paling dikesalkan beliau ialah isu tersebut tidak dilihat dalam ruang pandang yang lebih luas. Sekolah satu aliran ialah kemuncak kejayaan kepada sistem pendidikan negara yang mana ia tidak hanya berkisar kepada soal pencapaian akademik. Sebaliknya ia merupakan persoalan untuk pembinaan negara bangsa seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia.

''Melalui sekolah satu aliran juga, ia membolehkan rakyat berfikir sebagai satu bangsa," katanya dalam nada penuh harapan untuk menyaksikan sekolah satu aliran menjadi kenyataan satu hari nanti.

Belum pun cukup lima tahun dan ketika bayangan pilihan raya umum masih jauh, isu sekolah satu aliran sekali lagi disuarakan oleh ahli-ahli politik. Menariknya kali ini, baik kerajaan mahu pun pembangkang, bersatu hati dan suara dalam perkara tersebut.

Kerana itu juga, ramai menilai ada kesungguhan yang melampaui batas politik dan perkauman daripada gesaan itu. Ramai juga yang berharap biarlah kali ini, ia tidak hanya berlalu sebagai cakap-cakap kosong. Sebaliknya disusuli dengan satu tindakan dan dasar yang drastik yang memungkinkan pelaksanaannya menjadi satu kenyataan.

Memang tidak dinafikan, terlalu banyak pengorbanan yang bakal mengiringi hasrat murni ke arah menyatupadukan rakyat dan mengelakkan polarisasi kaum itu. Isu utama seperti identiti kaum dan survival bangsa serta bahasa pasti akan menjadi alasan popular yang dibangkitkan oleh mereka yang menentang.

Tidak kurang juga yang memandang rendah pada kredibiliti dan kualiti sekolah kebangsaan berbanding sekolah satu kaum yang dikatakan lebih berjaya melahirkan pelajar cemerlang.
Apa pun alasannya, ia hanyalah ketakutan tidak berasas sesetengah pihak yang sebenarnya enggan melihat Malaysia terbina daripada rakyat satu bangsa.

Mereka juga bimbang sekolah satu aliran bakal melenyapkan terus identiti sesuatu kaum. Sedangkan sekolah satu aliran walaupun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, namun masih mengekalkan pengajaran bahasa ibunda kaum-kaum lain termasuk kebudayaan dan sejarah mereka.

Hakikat inilah yang gagal difahami oleh segelintir pihak yang sangat tebal dengan semangat perkaumannya. Yang menjadi mangsa ialah pelajar-pelajar kerana dinafikan hak mereka untuk bergaul dan saling mengenali di kalangan pelbagai kaum yang menjadi keluarga besar masyarakat Malaysia.

Faktor kekangan politik dan perkauman turut disuarakan oleh pensyarah sosial di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali. Menurut beliau, rakyat dan pemimpin hanya ada dua pilihan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini, sama ada inginkan politik perkauman mahupun perpaduan nasional.

Oleh itu, daripada segi kemampuan untuk melaksanakan sekolah satu aliran itu, ia banyak bergantung kepada kesedaran, kejujuran dan keinginan yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi universiti tersebut turut yakin dengan Penyata Razak (1956) dan Jawatankuasa Barnes (1950), yang antara lain mencadangkan penggunaan bahasa yang sama, dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu, sebagai bahasa tunggal pendidikan kebangsaan bagi membentuk perpaduan nasional.

''Namun, sentimen perkauman telah menggagalkan usaha tersebut kerana semua perkara dilihat dari sisi pandangan kaum masing-masing," katanya. Kerana itu juga, para pemimpin harus berani bertindak bagi menghapuskan sentimen perkauman dan menerangkan tentang bahaya sentimen tersebut kepada rakyat.

Che Hamdan juga melihat sekolah satu aliran memiliki semangat yang tepat dengan matlamat kerajaan dalam merealisasikan 1Malaysia. Ini kerana katanya, sekolah satu aliran akan mewujudkan interaksi yang lebih meluas antara pelajar semua kaum.

Dalam masa yang sama, ia juga memberikan kefahaman yang lebih tepat terhadap karektor kaum masing-masing. Pergaulan di peringkat asas ini penting bagi membolehkan mereka membuang rasa kekok untuk bergaul dalam persekitaran yang lebih besar. Ia termasuk semasa di institusi pengajian tinggi, di tempat kerja atau di dalam sebuah komuniti yang berjiran.

''Ia bukan sekadar diberikan gambaran bahawa penjajah telah membentuk masyarakat majmuk, tetapi pemahaman bagaimana kemajmukan ini telah menyumbang kepada kemakmuran negara melalui kepelbagaian yang ada," katanya.

Sesuatu yang pasti, cita-cita dan harapan untuk menyaksikan sekolah satu aliran ini terlaksana bukanlah mimpi di siang hari. Jika ditanya kepada kebanyakan rakyat di negara ini juga, ramai yang melihat ia merupakan pendekatan terbaik dalam merapatkan marginilisasi antara kaum.

Cuma apa yang perlu diberi penekanan ketika ini ialah kefahaman terhadap bagaimana ia bakal dilaksanakan. Bagi Che Hamdan juga, ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan kerajaan ke arah pelaksanaan sekolah satu aliran itu.

Pertamanya jelas beliau, kerajaan perlu menunjukkan dengan jelas bentuk sekolah satu aliran yang sebenarnya ingin dipraktikkan. ''Saya mencadangkan penekanan utama ialah dari segi bahasa. Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantar dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tetapi bahasa Mandarin dan Tamil pula wajar diperkukuhkan dengan menjadikannya subjek penting di sekolah," ujar beliau.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian juga ialah kemahiran para guru bahasa-bahasa berkenaan yang perlu dipertingkatkan. Ini penting bagi menambah keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap sekolah tersebut. Di samping itu tambah Che Hamdan, kerajaan perlu menjemput semua pihak, terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum-kaum utama.

Tokoh-tokoh pendidikan juga perlu diajak sama dalam perbincangan itu bagi mendapatkan gambaran sebenar pelaksanaan sekolah satu aliran. ''Sebarang dialog dan kesediaan kerajaan untuk mendengar cadangan daripada golongan ini dapat memberikan pengaruh yang besar kepada keyakinan rakyat terhadap usaha 1Malaysia ini," ujar Che Hamdan.

(Sumber: Utusan Malaysia, 31 Oktober 2009).


Kembara Politik:


1. Benar apa yang dikata. Tapi ahli politik kita lebih suka 'play safe' untuk jaga undi. Berapa kerat ahli politik kita yang benar-benar ada telur memperjuangkan satu aliran?

2. Semua parti politik setakat ini tidak berfikir secara rasional dalam hal ini. Ada ke bingai MCA & MIC cakap SJK Cina dan Tamil dijamin dalam Perlembagaan. Tunjuk mana perkataan SJK Cina dan SJK Tamil yang ada dalam Perlembagaan Malaysia! Dalam fasal mana tu?

3. Dan tidak ada seorang pun yang benar-benar rasional. Mungkin ahli politik kita semuanya letak otak di lutut? Setakat inilah... Harap-harap tak letak otak di lutut sampai bila-bila!

4. Setakat yang kita dengar, yang tiada berkepentingan politik seperti ahli akademik, sejarawan, cikgu, rata-ratanya memperjuangkan perkara ini. Dong Zong dan persatuan chauvinis lain memang dah kerja mereka bangkang!

5. Sebab apa ahli akademik boleh perjuangkan benda ni? Dapat duit ke? Dapat undi ke? Tak! Tapi sebab mereka letak otak di kepala dan guna otak itu sewajarnya. Bukan macam ahli politik yang berfikir macam tak punya otak! Budak kecil umur 2 tahun pun lebih baik berfikir dari ahli politik kita!

6. Kita tunggu juga pejuang bahasa Kebangsaan kita pula bersuara! Jangan waktu pilihanraya sahaja rela diheret macam lembu oleh parti politik untuk berkempen. Waktu sekarang jadi bisu? Kenapa?

7. Kalau ahli politik susah sangat nak buat keputusan elok diserahkan kepada rakyat. Biar rakyat buat keputusan. Buat aje Pungutan Suara atau Referandum. Habis cerita. Dah ahli politik tak ada telur. Biar rakyat yang ada telur tentukan! Senang cerita. Tak gitu? Dah susah sangat!

8. Jom masuk ke blog Kempen SSS dan bagi sokongan lagi baik!
+

1 komen:

antusss berkata...

The Good, The Bad & The Ugly Awards of SSS!

SSS Good Award goes to:-

- Prof. Khoo Kay Kim
- Bloggers (Pro, Neutral & Opp)
- certain News media
- certain NGO, Groups & Individual
- Muhyiddin & a few politician

SSS Bad Award goes to:-
- MIC & Samy No Bulu No Value
- MCA & Teeny Weeny Youth Wing
- Dong Ziong

SSS Ugly Award goes to:-
- Najib

Not on the award list:-
- Keranda GAPENA

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Singapura Membina Negara Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin Paneh Miang PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Rabindranath Tagore Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO UMNO Seremban Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi