Berikut penulis perturunkan laporan penuh mSTAR Online pada 22 Oktober 2009:
Khamis Oktober 22, 2009
PROF KHOO KAY KIM kata hanya sekolah satu aliran boleh capai matlamat 1Malaysia
BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.
Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.
Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.
**Sumber asal rujuk SINI.
Penulis tidak mahu menulis panjang kerana khalayak sudah pasti begitu mengenali siapakah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penulis mengangkat topi atas perjuangan murni Prof Khoo ini! Syabas Prof! Inilah yang dikatakan pejuang tulen!
[ Jangan pula jadi seperti sesetengah pihak yang kononnya mendabik dada mendakwa dirinya pejuang tetapi "cakap tak serupa bikin". ]
Pandangan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim ini sangat selari dengan apa yang diperjuangkan oleh perwira-perwira di Portal Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Penulis berharap kita semua dapat memberikan sokongan yang padu atas usaha-usaha yang dibuat oleh perwira-perwira ini. Suara keramat Prof Emeritus Tan Sri Khoo perlu disambung kelantangannya agar tidak tenggelam ditelan sikap mementingkan undi oleh ahli-ahli politik kita.
Mohon pembaca klik di SINI untuk ke Portal Kempen SSS.
Nota: Artikel penulis berkenaan Kempen Satu Sekolah Untuk Semua. Klik di SINI.
+
4 ulasan:
Salam Sdr Kembara,
Ya, syabas kepada Prof. Khoo Kay Kim, patriot negara yang terbilang.
Sdr Kembara Politik,
Selepas ini (malahan sebelumnya juga) akan adalah kaum-kaum yang tidak bernama itu mengutuk Prof. Khoo, kononnya Prof. Khoo mengkhianat bangsa sendiri dan balah.. blah.. blah.. Seperti yang berlaku kepada Dr. Ridhuan Tee.
Prof. Khoo adalah orang Malaysia. Dia hidup dengan menghayati bangsanya, iaitu Malaysia walaupun dia berketurunan cina.
Kaum-kaum yang tak bernama ini sememangnya pendatang berbangsa asing yang sesat mencari makan di bumi Malaysia. Tidaklah seteruk sangat, tapi bila mereka-mereka ini menyalak tak tentu siang malam dan menggigit tangan orang yang menghulurkan dia makanan, itu sememangnya terlampau amat biadap!
Sudah sampai masanya pendatng-pendatang asing ini dihalau keluar kerana kebiadapan yang melampau.
"Negara Kita Negara Malaysia"
Semerah Padi
Waalaikummussalam YM KijangMas,
Terima kasih kerana sudi bertandang.
Tuan Semerah Padi,
Sudah ada kedengaran Prof Khoo dihentam oleh ultra kiasu. Kita sudah lihat bagaimana puak rasis ultra kiasu ini menghentam Ustaz Dr Ridhuan Tee yang menyampaikan kebenaran.
Catat Ulasan