11 Oktober, 2009

PRK Bagan Pinang: Pemerhatian 24 jam di Bagan Pinang

-
Proses buang undi sudah berakhir setengah jam tadi. Dan penulis pula sudah pun selamat sampai ke rumah.

Penulis berada di Bagan Pinang pada 10 Oktober (12 tengah hari, Sabtu) sehingga 11 Oktober 2009 (12 tengah hari, Ahad). Sepanjang 24 jam berada di sana, penulis dapat memerhatikan sendiri gelagat kedua-dua belah, penyokong Pakatan dan BN.

Apa yang dapat penulis perhatikan, memang ramai penyokong Pas yang datang dari luar Bagan Pinang membanjiri Bagan Pinang. Riak muka mereka semua satu macam sahaja. Muka orang yang marah. Muka orang yang stress. Tak pernah nak senyum.

Mereka kebanyakannya berada dalam kumpulan-kumpulan kecil antara 5 - 12 orang. Kumpulan-kumpulan ini tak ubah kumpulan samseng yang menunggu di tepi-tepi jalan. Setiap kali kenderaan BN lalu, setiap kali itulah juga mereka-mereka ini menghampiri dengan muka yang penuh rasa marah. Tak tahulah apa sebabnya.

Setiap kali siren kereta dan motorsikal polis yang bergerak berbunyi, setiap kali itulah mereka-mereka ini bagai diset akan berjalan menuju ke tepi jalan. Entah kenapalah marah sangat dengan pihak keselamatan.

Penulis melihat sendiri bagaimana orang luar Bagan Pinang (orang Pas, berdasarkan bendera Pas yang besar dikibar atas kenderaan 4x4nya) bercakap terjerit-jerit apabila bertemu rakan-rakan. Hormatlah dengan suasana kempen dan penduduk tempatan.

Memang terdapat ramai penyokong Pas dari luar Negeri Sembilan yang hadir. Mereka ini merayau-rayau secara berkumpulan. Banyak yang pacak khemah di tepi pantai. Ada yang berkhemah lengkap dengan dapur gas.

Dan mereka-mereka ini jugalah yang membuat kotor di sepanjang pantai. Membuang sampah ikut suka hati walaupun penulis lihat tong sampah berwarna oren ada disediakan (dengan banyak) di bahagian hadapan pantai.

Dalam perjalanan pulang (penulis pulang jam 12 tengah hari), penulis diberitahu oleh rakan bahawa beberapa petugas BN di Teluk Kemang cedera apabila penyokong Pakatan membaling botol dan batu. Keadaan reda setelah FRU mententeramkan keadaan.

Seorang petugas BN (Puteri) pula dikhabarkan dikejarkan ke hospital akibat dicederakan oleh Pas. Pakatan nampaknya sengaja mencetuskan huru hara untuk menakutkan pengundi.
+

4 komen:

Che Leh Jangok berkata...

Dah tahu. Mereka memang dah rancang untuk cetuskan huru hara. Tetapi bloger bloger upahan mereka beria ia menuduh UBM dok buat provokasi. Itu pun adalah persiapan saikologi disamping membakar semangat.

Tahukah tuan tuan bahawa yang ramai ramai datang itu telah dikumpul terlebih dahulu. Entah macam mana mereka membakar tak tahulah. Sehingga senyum pun jadi tak pandai dan perempuan pun sanggup dipukulnya.

Mashaallah. Semuga rakyat dan pengundi menjadi bertambah sedar dan mengenali mereka.

pakpandair berkata...

Kembara Politik

Perkembangan yang membimbangkan, di mana unsur-unsur ugutan,kekerasan,keganasan nampaknya sudah menyebati dalam proses politik tanah air.Sama-samalah kita rakyat Malaysia membendung dan memastikan perkembangan sedemikian tidak merosakkan dan meruntuhkan demokrasi kita. Salam

Kembara Politik berkata...

Che Leh Jangok,

Terima kasih kerana berkongsi cerita.

Kembara Politik berkata...

PakPandair,

Waalaikummussalam. Inilah masalahnya. Sepatutnya setiap parti yang bertanding perlu menasihati penyokongnya agar ikut undang-undang. Tapi macam mana pengikut nak ikut undang-undang sekiranya pemimpin dah merosakkan kredibiliti pihak keselamatan? Terima kasih kerana memberikan komen di sini.

Salam.
:)

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah PAS Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lee Kuan Yew Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin Paneh Miang PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Rabindranath Tagore Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO UMNO Seremban Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Zahid Hamidi