To Be Malaysian, We Must Go To The Same School - Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- To become a Malaysian, one must at least go to the same school, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said a single stream school was an ideal system practised by other countries in the world.
"Well, I think that is an ideal system...no country in the world has got three streams...none...all the countries in the world have got only one stream each based on their own language.
"You can have some schools (of other stream) but the general education must be in one stream," he told reporters after launching Rhythm of the 21st Century - Monologues of Raja Shahriman which showcased the latest artworks of Malaysia's contemporary sculptor Raja Shahriman Raja Aziddin at Galeri Petronas, here Tuesday.
However, Dr Mahathir said in this country, you could not even talk about it because the Chinese educationists were very vehement that their children must be like Chinese.
"The Chinese educationists do not even want Chinese children to be near Malay children.. they mustn't get into contact with Malay children... that is why they rejected our vision school," he said.
However, he said it was bad to remain completely separate to the point where you did not allow your children to mix with other children of other races.
"We are very free, we allow you to retain your name, you culture, your religion but to be a malaysian, we must at least go to the same school," he said.
(Sumber: BERNAMA, 3 November 2009)
Kembara Politik:
Itulah model keadilan dan samarata ULTRA KIASU versi komunis Bintang 3! Segala yang ada bersangkutan dengan Melayu dipertikai dan dituduh perkaumanan atau rasis. Semua hendak dihapus padahal sudah jelas dinukil kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebut sahaja Ketuanan Melayu, cepat saja bingkas puak-puak itu label rasis. Faktanya, Ketuanan Melayu adalah Raja Melayu yang mengetuai Kerajaan Malaysia dengan meletakkan YDP Agong sebagai ketua Kerajaan. Dan di negeri-negeri pula diketuai oleh Raja/Sultan Melayu. Agong dan Raja-Raja Melayu inilah yang dikatakan Ketuanan Melayu.
Siap ada cakap kalau Melayu tuan, siapa jadi kuli? Agaknya kalau sebut Keretapi Tanah Melayu pun dilabel rasis juga. Sebut Bumiputra, itu pun rasis juga. Dong Zong tidak pula mereka label rasis. Itu mereka label pejuang hak asasi mereka. Kebebasan untuk memilih pendidikan helahnya. Lunak pula bunyinya.
Beriya benar hendak kekalkan sistem pendidikan vernakular Cina zaman penjajah Inggeris itu tidak rasiskah? Tidak rasiskah guna bahasa selain bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama? Bahasa ibunda boleh diajar atau belajar, tapi tidak sepatutnya dijadikan pengantar utama. Apa bahasa Kebangsaan tidak bolehkah jadi bahasa pengantar utama? Lekeh sangatkah bahasa Kebangsaan di mata ULTRA KIASU ini?
Pak Samad tidak mahu perjuangkan bahasa Kebangsaankah? Bila Pena nak turut serta? Tidak ada lagikah demo? Ceramah? Bila lagi hendak berarak mengusung Keranda 152?
Di Sabah dan Sarawak lagilah berbilang kaum. Ada Bidayuh, ada Kadazan, ada Iban, ada Lunbawang, ada Orang Ulu, ada Melanau, ada Bajau, ada Suluk, ada Dusun dan macam-macam lagi. Tidak pula mereka ini nakkan sekolah masing-masing. SJK (Iban), SJK (Kadazan), SJK (Jawa), SJK (Kacukan--bagi yang kahwin campur). Elok sahaja mereka sokong guna sekolah kebangsaan, dan guna bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Tidak pun kita nampak terhapus budaya mereka. Orang Iban tetap Iban, orang Melanau tetap Melanau. Orang Kadazan tetap Kadazan. Boleh sahaja mereka bercakap Iban. Boleh juga mereka bercakap Kadazan. Berbudaya masing-masing. Tidak hilang apa-apa pun.
Di Sekolah Kebangsaan cikgu ajar 2+2=4. Di SJKC pun 2+2=4. SJKT pun sama juga jawapannya. Kalau sudah hasil semua sama buat apa hendak berjenis-jenis? Apa salahnya satu jenis sahaja?
Pada sesiapa yang ada logo "Saya Anak Bangsa Malaysia" tapi bukan main hebat berkuntau pertahan sistem vernakular zaman lapok penjajah Inggeris itu elok buang sahaja logo itu. Buat malu sahaja tampal di blog. Elok cetak kemudian tampal sahaja di dahi masing-masing. Senang sikit, tidak mudah terlupa. Kalau sudah rakyat Malaysia, buatlah macam rakyat Malaysia.
Sudah tiba masanya, pejuang bahasa Kebangsaan dan seluruh rakyat Malaysia menggesa dilakukan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang bercelaru/bersalahan dengan kehendak Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Berapa ramai yang akan sokong dipinda? Tapi kita lihat, kalau akta yang tidak menguntungkan di pihak mereka ini macam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) cepat dan bingkas digesa pinda. Bukan setakat pinda sahaja malah digesa mansuh! Dan Kerajaan dengar khabarnya sudah bersedia meminda akta ini.
Kita menunggu giliran Akta Pendidikan 1996 pula dipinda.
+
2 ulasan:
salam bro KP
sy ni bukan loyar tapi setahu sy parliment tidak boleh mengeluarkan Akta yg bertentangan dengan Perlembagaan...bukankah begitu?
dan sekira sekolah jenis jenis ni jelas melanggar Article 152 , Akta 1996 harus di rombak dg segera...bak kato orang putih
judicial review....
sape2 bole bawak case ini ke mahkamah....sebagai rakyat malaysia
Ketuanan Melayu; Bahasa Melayu; Tanah Melayu: Semua Resis. Bahasa Kebangsaan; Sekolah Kebangsaan; masih resis. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sekolah Jenis Kebangsaan (India) barulah tak resis.
Buku mengenai 13 Mei yang ditulis oleh Tengku Abdul Rahman berdasarkan kertas putih kerajaan itu pun resis. Yang mereka tulis terbit dan edar tak apa tak resis. Walau pun berdasar pengalaman sendiri tanpa rujukan resmi itu sejarah.
Kita sebenarnya sedang mencari apa.?
Catat Ulasan