Bersumpah laknat!? Errrr... Let me think first lah!
Blogger Kickdefella telah ditamatkan kontraknya serta merta oleh menantu MB Kelantan Datuk Nik Aziz. Atas sebab apa perkara tersebut berlaku, semua orang tidak tahu. Mungkin sedikit masa lagi seluruh cerita sebenar akan diketahui umum.
Penulis membaca post Kickdefella dan tertarik dengan ayat berikut:
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
[Baca lanjut kenyataan Kickdefella di blognya]
(Sila baca penulisan di bawah ini dengan nada sindiran).
Elok sangatlah Bro Anwar B Ibrahim pergi bersumpah depan Nik Aziz. Mungkin dengan cara itu barulah kena dengan syaraknya. Kalau kita suruh Anwar bersumpah macam Shaiful, mereka cakap itu tidak mengikut syarak. Itulah, inilah. Macam-macam kilasnya. Hehe. Macam-macam pula ditohmahnya Shaiful yang berani bersumpah. Berbondang-bondang ahli agama dalam Pakatan yang memperlekeh Shaiful. Tidak sahlah, itulah, inilah. Sekurang-kurangnya Shaiful berani mengambil risiko kerana beliau kata beliau berada di pihak yang benar. Lepas Anwar bersumpah, bolehlah dikucup tangan Nik Aziz agar tidak lari dari syarak, kot? Hehe.
Mungkin selepas ini kita semua berpeluang membaca tulisan Bro Anwar dalam blognya seperti berikut:
Saya (Anwar) kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya (Anwar) ingin bersumpah di hadapannya bahawa,
1. Saya (Anwar) tidak pernah meliwat Shaiful atau mana-mana individu.
2. Jika saya (Anwar) menipu sumpah ini kerana mahukan simpati rakyat kerana perbicaraan saya (Anwar) sudah semakin hampir DAN bersumpah sebab mahu alih perhatian rakyat kerana Pakatan Rakyat pun banyak sangat krisis dan masalah, saya (Anwar) sanggup dilaknat Allah SWT agar seluruh keturunan saya (Anwar) diturunkan bala yang maha dahsyat.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya (Anwar) lafazkan, saya (Anwar) mengucup tangan YAB Menteri Besar Nik Aziz.
Bro Anwar B Ibrahim! Selamat bersumpah laknat! Sila-sila!
+
1 ulasan:
dah jadi macam reality tv.....
what happen behind closed doors sudah dipaparkan di khalayak ramai....
degrading....n tara class....
Catat Ulasan