Penulis ada menulis berkenaan isu BOC ini. Cerita perihal BEKAS rakyat Malaysia yang mengoyakkan passport untuk tinggal dan menjadi rakyat UK. Tetapi akhirnya terkandas. Tidak bernegara. Stateless. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Padan muka!
Tapi yang penulis pelik, ada pula aktivis Pakatan Rakyat yang bertopengkan Majlis Peguam bernama Edmund Bon dan Latifah Koya yang bingai mahu mereka ini diberikan kembali kerakyatan Malaysia. Agaknya dah tak ada apa nak diperjuangkan kot! Baca artikel penulis di SINI.
Blog Listed! telah menjalankan undian berkenaan isu BOC ini dan hasilnya rakyat Malaysia menolak apa yang diperjuangkan oleh Edmund Bon dan Latifah Koya ini. Rujuk di SINI untuk dapatan undian yang dibuat. Hoi Edmund Bon! Hoi Latifah Koya! Rakyat Malaysia tidak mahu biawak hidup ini! Kalau kamu kasihan sangat dengan mereka ini elok kamu pergi tolong mereka basuh pinggan di UK!
Kini, rakyat dikejutkan pula dengan kes Wong Siew Teng @ Agnes Wong (gambar) yang melakukan pembunuhan di UK kemudian dihantar pulang ke Malaysia. Baca berita lanjut dan terperinci seperti di SINI.
Persoalannya: Adakah Agnes masih mempunyai kerakyatan Malaysia? Atau sama seperti kes BOC yang sudah melucutkan kerakyatannya demi mahu menjadi rakyat UK? Apa sebenar statusnya?
Kerajaan kena beri penjelasan agar rakyat tahu kedudukan sebenar.
Sekarang, Agnes Wong ini bebas merayau di bumi Malaysia. Menurut pihak berkuasa, perempuan kejam ini mempunyai 2 rekod jenayah mendera kanak-kanak di Malaysia sebelum pergi ke UK pada tahun 2003.
Dan kini pembunuh yang dikatakan berasal dari Ipoh ini gagal dikesan! Ada sesiapa yang mempunyai maklumat?
Nota: Terima kasih buat blogger Kenn dari blog Listed! atas maklumat undian BOC dan link berita Agnes Wong tersebut.
+
5 ulasan:
PG MENGHARAMKAN MEREKA DARI MENJEJAKKAN KAKI KE MALAYSIA. JANGAN KATA NAK KEMBALI JADI RAKYAT MALAYSIA. NAK JEJAK PUN PG TAK BENARKAN.
Dear Kembara Politik,
I have linked your article here (request permission) at my blog as an update on the "Immigrant Baby Killer".
Thank you.
Kenn
Agnes Wong biawak ni dari Ipoh? Nizar cencorot, ko tau kan Siva kerengga suka biawak. Apa lagi.
Maaf dan Salam Tuan Kembara Politik.
Tak dapat juga hendak tahan geram. Saya nak tanya DAP atau PKR di mana sembunyi. Tentu tahu.
Bila Anuar balik dari jemputan Chin Peng nanti, tanya dia siapa pelayan meja Chin Peng.
Salam bro, cari dan tangkap, humban ke laut manusia seperti ini...... entah-entah ada kat Perak kot.... banyak konco-konco komunis di sana....
latipah k... ni sapa ha dia pelacur politik ka..atau pelacur kat chow kit
Catat Ulasan