Rujuk dan baca artikel oleh Portal Kempen SSS. Satu usaha yang tidak pernah luntur dan komited oleh semua komuniti blogger Malaysia. Syabas! Kena lipat gandakan usaha kerana perjuangan belum selesai.
Mari sama-sama berusaha agar Kerajaan dapat signal yang cukup jelas daripada suara majoriti. Suara 'silent majority' yang selama ini tidak mendapat perhatian kerana malas dan keberatan untuk mencampuri urusan remeh dan terlalu bertolak ansur sehinggakan perasaan dan kehendak kita semakin ditolak beransur-ansur.
Untuk renungan dan pembakar semangat buat semua penyokong SSS:
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
- Tun Abdul Razak Hussain, Report of the Education Committee 1956 atau Penyata Razak 1956 (diperolehi dari Portal Kempen SSS).
- Tun Abdul Razak Hussain, Report of the Education Committee 1956 atau Penyata Razak 1956 (diperolehi dari Portal Kempen SSS).
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah."
- Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, mSTAR Online, 22 Oktober 2009.
"Kerajaan sedia melaksanakan dasar sekolah satu aliran sekiranya itu kehendak rakyat negara ini."
- PM Dato' Sri Mohd Najib Razak, Utusan Malaysia, 1 November 2009.
- PM Dato' Sri Mohd Najib Razak, Utusan Malaysia, 1 November 2009.
"Perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak."
- TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, BERNAMA, 29 Oktober 2009.
- TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, BERNAMA, 29 Oktober 2009.
Bagi penulis, rakyat perlu mendesak Kerajaan agar sebuah pungutan suara atau Referendum dilaksanakan bagi menentukan halatuju pendidikan di negara kita. Pulangkan sahaja persoalan pada hak dan kehendak rakyat.
Mari kita tuntut diadakan Referendum! "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"!
+
10 ulasan:
Kembara Politik
Saya rasa referendum sememangnya merupakan langkah logika seterusnya. Kedua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan dengan jelas meminta rakyat menentukan pendirian mereka dalam soal memilih sistem pendidikan untuk generasi masa depan. Isyarat mereka akan membantu pemimpin negara membuat keputusan dan perancangan
Saudara Kembara Politik,
Saya berpendapat, di alam siber ini, Kempen Satu Sekolah Untuk Semua, tidak begitu meluas dan tidak begitu sampai kepada "silent majority" yang saya rasa lebih ramai terdiri daripada kaum Melayu.
Di alam siber ini, macam ianya lebih di'kuasai' oleh mereka-mereka yang mungkin tidak begitu suka kepada saranan seperti Satu Sekolah Untuk Semua.
Perbualan di luar, kebanyakannya tidak menyedari tentang kehadiran kempen ini. Dan kebanyakannya pula tidak begitu 'berjinak' dengan alam siber di atas sebab-sebab tersendiri, seperti ketiadaan akses internet.
Mungkin telah sampai masanya untuk mencari penaja bagi menaja kempen ini di luar alam siber.
"NegaraKu Malaysia"
Semerah Padi
Hamba juga setuju dengan pandangan Semerah Padi. Kita boleh kutip tt diluar. Hamba yakin dalam masa 5 atau 6 bulan kita mampu kutip 10 juta tt bersama no mykad sekali.
Saudara pakpandair,
Itulah yang sepatutnya. Bilamana DSN & TSMY menyarankan untuk melihat pendapat rakyat, maka adalah sangat logik menggunakan kaedah pungutan suara untuk mendapat suatu keputusan yang benar-benar dari hati rakyat.
Saudara Semerah Padi,
Saya sependapat. Akses internet tidak 100% dicapai oleh semua rakyat. Kempen SSS perlu pergi kepada masyarakat dan menerangkan apa itu SSS. Mungkin Admin SSS boleh memikirkan perkara ini. Dan memang sepatutnya begitulah. Sebelum mengadakan referendum, rakyat perlu difahamkan apa itu SSS. Harap2 pengendali SSS akan pergi ke luar untuk menerangkan kepada masyarakat. Bagi saya, SSS perlu wajib berpegang kukuh pada Perlembagaan.
Semerah Padi,
Saya lihat rata2 yg bercakap tentang sekolah satu aliran pun banyak yg tidak berpegang pada Perlembagaan dan tidak tahu perkembangan pendidikan secara mendalam. Ahli Parlimen pun berbahas sesuatu yang di luar konteks bila berbahas tentang sekolah satu aliran. Saya lebih suka mendengar pendapat dan buah fikiran dari ahli akademik dan sejarahwan. Mereka ini bercakap sesuatu yang betul2 dalam konteks. Tak macam ahli politik macam MP tu yang selalu bercakap sesuatu yang sering terkeluar dari konteks yg sepatutnya.
Salam perkenalan saudara Kembara Politik..
Persoalan demi persoalan akan timbul dengan jawapannya sekali. Mengapa orang bukan Melayu iaitu cina, india dll tk setuju 1 Sekolah untuk semua?
Sebab utama mereka (bukan Melayu) berani ialah orang Melayu sudah berpecah lebih dari dua parti. Ada yg dlm UMNO, PAS, PKR, dan DAP. Kalau semua Melayu dan org Islam tinggal dalam satu parti, saya rasa dah lama org yang suka menentang 1 Sekolah Untuk Semua ke hantar balik negara mereka.
Salah2 negara mereka pun tak mengaku sebagai rakyat mereka. Inilah golongan bangsa yang tak kenang budi. Muka tak tahu diuntung. Inilah kejayaan BRITISH memerdekakan negara2 Islam di bawah jajahannya.
British sengaja membawa masuk cina & india, agar Malaysia (Tanah Melayu) setelah merdeka mudah di jajah semula. British dan Amerika sebenarnya sedang berusaha menjajah dunia kembali.
Wahai Melayu dan Islam.., marilah kita bersatu..
Kembara Politik.., maafkan saya kerana tersilap tulis nama Kembara Politik dalam blog bro Amir Hamzah.. Sebenarnya kenyataan tersebut saya nak tujukan kepada Jebat Mengkuda. Maafka saya atas kesilapan tersebut.
Saya mengalu-alukan anda dan semuanya melayari blog saya di :
http://selempangmerah69.blogspot.com/

Saudara Che Leh Jangok,
Saya pun berharap perkara yang sama. Saya harap pihak SSS akan pergi bersemuka dengan masyarakat untuk berkempen. Menerangkan pada masyarakat apa itu SSS dan kutip tandatangan.
Saya akan sokong apa yang termampu. Saya fikir mesti ramai sukarelawan yang akan turut serta. Kena pula sekarang ini banyak ahli akademik yang tidak ada kepentingan politik bersuara menyokong SSS. Ini menunjukkan SSS disokong oleh masyarakat.
Kita jangan dengar dari mulut ahli politik bila berbicara tentang SSS. Kita kena dengar dari mulut sejarahwan dan ahli akademik. Ahli akademik buat fikir soal undi. Mereka ikhlas.
*buat fikir soal undi
typo...sebenarnya macam ni:
*bukan fikir soal undi
Saudara Selempang Merah,
Salam perkenalan. Terima kasih kerana memberi komen. Saya ada melawat blog Saudara. Menarik. Banyak ilmu yang boleh diperolehi. Sudi-sudilah menyokong kempen SSS dengan meletakkan logo SSS di blog Saudara dan menandatangani petisyen (klik pada logo) di blog kempen sss di http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/
Terima kasih.
Catat Ulasan