Perkasa cadang adakan pungutan suara
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk melaksanakan sistem pendidikan satu aliran mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pungutan suara boleh dilakukan selaras dengan prinsip demokrasi yang membenarkan keputusan majoriti.
“Tetapi jika ianya dipersetujui semua pihak, jika ditunggu untuk persetujuan semua pihak ianya sama seperti tunggu kucing tumbuh tanduk. Perkasa cadang adakan pungutan suara dan keputusan kaedah demokrasi jadikan panduan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) berkata, pemimpin yang hebat seharusnya berani membuat keputusan terbabit meskipun pada hakikatnya bukan keputusan popular.
“Pemimpin kena memimpin untuk menentukan aspirasi negara dan adakala mesti berani membuat keputusan tidak popular inilah yang dikata pemimpin hebat dan berwawasan,” katanya.
Beliau berkata, jika langkah terbabit dilaksanakan rakyat perlu menerimanya seiring dengan semangat demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
“Rakyat semua kaum hormati keputusan demokrasi melalui pungutan suara kerana selama ini pun ada pihak yang selalu melaungkan demokrasi,” katanya.
(Sumber: PERKASA, 2 November 2009).
Kembara Politik:
1. Benar Perkasa! Pungutan suara adalah kaedah terbaik dan paling demokratik. Itulah juga yang dicadang oleh blog Demi Negara! Dan blog Kembara Politik ini turut sama mendokong sebarang usaha ke arah itu.
2. Kita ingin lihat sejauh mana individu, aktivis, ahli politik yang menyokong langkah yang sangat demokratik ini. Terutamanya dari parti yang ada perkataan demokratik di dalam namanya itu. Seluruh suara rakyat 1 Malaysia didengar dengan adil dan saksama.
3. Tapi macam biasalah, alasan 'demokrasi' hanya dilaung apabila mereka mahu mengikis hak orang lain sahaja. 'Demokrasi' inilah yang penulis label sebagai 'demokrasi' acuan ULTRA KIASU komunis bintang 3!
4. Kita tunggu apa reaksi semua. Lebih-lebih lagi di pihak ULTRA KIASU yang hanya berpura melaungkan "Saya Anak Bangsa Malaysia" tapi perangai saling tak tumpah macam anak bangsa Yahudi Israel!
5. Penulis sangat percaya bahawa mereka-mereka ini akan menolak mentah-mentah cadangan pungutan suara ini walaupun itulah tindakan yang paling demokratik serta mengambil kira seluruh suara rakyat Malaysia.
6. Tindakan menolak cadangan pungutan suara ini akan membuktikan bahawa mereka hanya pandai berpura-pura melaungkan "hak asasi", "samarata", "keadilan", "demokrasi", "kebebasan bersuara", "Malaysian Malaysia". "suara rakyat", "Ketuanan Rakyat" dan sebagainya hanya kerana mahukan hak orang lain sahaja.
7. Itulah dia ULTRA KIASU!
+
2 ulasan:
Saudara Kembara Politik,
Kita anjurkan juga cadangan pungutan suara terhadap cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (Satu Aliran) di blog 1Malaysia.
Diharap Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif terhadap perkara ini untuk mengetahui pendapat kaum-kaum tenaga pengajar dan mereka-mereka yang terbabit secara langsung dalam bidang pendidikan. Ini boleh diusahakan melalui jabatan-jabatan pelajaran yang ada di seluruh negara.
"Negaraku Malaysia"
Semerah Padi
ahli politik juga banyak mendapat faedah daripada usahawan-usahawan dan juga tycoon Cina. Saya menunggu dan melihat ahli politik mana yang sanggup memulakan cadangan ini..
Catat Ulasan