19 April, 2009

Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda

-
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Ahad.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Bernama melaporkan Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.

Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.-19/4/2009

Sumber: Agenda Daily, 19 April 2009.
+

5 ulasan:

rahman,ahchong,muniandy berkata...

SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)


1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.

Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.


2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.


3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.

4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.

Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.


5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.


6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.


7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.


8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.

Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.


9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.

Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.


10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.


SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.


CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

Dal berkata...

Mak ai ketatnya syarat nak bertanding.

rahman,ahchong,muniandy awat hang strict sangat?

Ini dah kira bedekut ...

Abih peluang aku.

A Voice berkata...

Saya dah letakkan link. Maaf tertingal.

Kembara Politik berkata...

Pakcik Dal nak jadi calon ke?

Tanpa Nama berkata...

Speaker DUN Perak Pakai Ilmu Kebal? Dimana letaknya Kelemahan Ilmu Kebal Speaker? Adakah ditapak kakinya dengan buloh runcing?

Oleh kerana Mahkamah Persekutuan (MP) telah membatalkan penggantungan Dato Zambry dan 6 exconya, bukanlah lagi merupakan masaalah Dato Zambry tetapi Mahkamah. Mahkamah Persekutuan mempunyai sebabnya (kita tunggu alasan penghakiman Yang Amat Arif Hakim-hakim),.

Kekebalan Speaker?

Dalam Artikel 72 Perlembagaan, Persekutuan kesahan suatu prosiding tidak boleh dicabar diMahkamah. Persoalannya, pertama dan utama, adakah sidang yang dibuat itu pada mulanya sah atau keputusan yang dibuat semasa DUN bersidang? jika DUN bersidang dengan sah (mendapat perkenan Sultan) maka Artikel 72 terpakai. Jika tidak tiada kekebalan disis undang2 termasuk pendakwaan.

Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak;
“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” -

Perhatian: Penggantungan Dato Zambry dan geng beliau oleh Speaker adalah keputusan Speaker semata-mata. Apa yang penting adalah “keputusan Dewan”.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):
“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Perhatian: Perkataannya “Tuan Speaker dalam Dewan” bukan boleh di luar Dewan atau bawah pokok mahupun bertenggek diatas pokok seperti yang diwawarkan sebahagian pihak-pihak.

Adakah Speaker Sivakumar sudah dengan bertanggunjawabnya mematuhi “peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa”? Apakah tindak-tanduk Speaker diluar Dewan atau suatu sidang dibawah pokok diluar Dewan tanpa perkenan Sultan (“perhimpunan haram”) boleh melayakkan beliau dengan kekebalan dari tindakan Undang2?

Penggantungan Dato Zambry dan 6 Exconya yang dibuat Sivakumar tidak mengikut Peraturan2 Tetap Dewan kerana apapun keputusannya hendaklah diluluskan didalam DUN. Namun Speaker mendahului dengan bertindak menggantungkan mereka (Dato Zanbry dan gengnya) dan kemudian baharulah Speaker Sivakumar terdesak untuk memanggil sidang diluar DUN dibawah pokok tanpa perkena Sultan untuk meluluskan keputusannya. Sidang di bawah pokok itu memang tak sahpun.

Maka penggantungan Dato Zambry dan enam exconya sebenarnya belum diluluskan lagi oleh DUN dan bukan merupakan keputusan DUN sebab Sultan belum lagi memberikan perkenan DUN boleh bersidang.

Maka saya tidak nampak mahkamah terkhilaf bila membatalkan penggantungan tersebut - ianya semudah ABC - tidak mengikut peraturanpun. Jangan nak kata Mahkamah Persekutuan, mahkamah bawah pokokpun boleh memutuskan dengan mudah bahawa pengantunggan DAto Zambry dan 6 Exconya bukanlah keputusan Dewan tetapi keputusan Speaker yang juga dibuat diluar Dewan/ DUN tidak besidang lagi.

Sila lawati;

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009
Deterministic Chaos In Perak

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html

http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

Dalam isu Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan; sila lawati;

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/03/mari-belajar-undang-undang.html
Sunday, March 8, 2009
Mari belajar undang-undang...

Anonymous said...
On NH Chan Former Court of Appeal Judge's view, i do agree, he has validly made his point on whether the Speaker is a public officer or not. Sivakumar has a good chance of succeeding in his appeal.

On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

My (Dr Abdul Rani) questions are,

(i) can the Speaker be held to have validly held the DUN Assembly when in the first place, he had not obtained the consent of the Sultan i.e. was the DUN Assembly properly constituted?

(ii) If permission is given by the Sultan, the validity of what transpired (proceedings) in the legislative Assembly is off course not to be questioned nor should those who took part in the proceedings be liable in court. However, it is submitted that those protections are first subjected to the condition that the DUN Assembly was properly constituted, only then can the validity of the proceedings in the Legislative Assembly be said to be immuned from being questioned together with those who took part in the proceedings be liable.

There is thus no dispute on what the two provisions mean.

Further, is holding of the DUN Assembly valid? and whether the DUN assembly under a tree valid too?
First, for a DUN Assembly to be properly constituted, consent of the Sultan is first needed unless Sultan opts to close an eye or both his eyes - what if he decides to `veto' and decrees that the planned DUN Assembly not to be held?. Is the DUN Assembly be held to be properly constituted? Hence the question of having it under a tree or the tree top is irrelevant if in the first place, no consent was obtained i.e. the DUN Assembly under the tree is void ab initio.

If the consent is given, can it then be held under a tree?

Some excerpts of the law and DUN Standing Order;

Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak whick i cut n paste from web bloggers;

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”

Thus, for a DUN Assembly to be properly constituted, several conditions must first be observed. Once observed, only then is the point by former Yang Arif Court of Appeal be said to be formidably correct.

What about the view of Dato Seri Utama Dr Rais yatim?

Selected (cut n paste) excerpt - For the full text – visit the under noted web-address;-

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html

Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin

TINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.

Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).

Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.

Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.

Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN. Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?

Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.
Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.

Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

March 9, 2009 11:50 AM

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin