Penulis mengikuti perkembangan politik Perak sejak pasca PRU-12 lagi. Pelbagai isu yang membawa kepada rungutan pelbagai pihak telah disuarakan sendiri oleh rakan penulis di Perak. Dalam hal Perak ini, penulis amat yakin BN akan memenangi PRK yang bakal diadakan pada 7 April ini.
Faktor kemenangan yang utama ialah ‘tempias caca marba’ sistem pentadbiran Nizar sepanjang 11 bulan mengemudi Perak. Perak dikemudi Ngeh bukan Nizar. Nizar Cuma memainkan peranan sebagai tukang turunkan tanda tangan sahaja. Rakyat Perak lebih maklum akan hal ini.
Pelbagai keputusan Nizar semasa hayat berada di kerusi MB meresahkan rakyat Perak itu sendiri. Keputusan drastik yang tidak digemari oleh rakyat dalam beberapa hal yang dibuat oleh Nizar dipercayai akan diterjemah melalui undi di PRK Bukit Gantang ini. Nizar mungkin ada mempunyai alasannya tetapi pokok pangkal di sini ialah penerimaan dan reaksi rakyat terhadap keputusan tersebut.
Tindakan Nizar yang sibuk mengagih tanah kepada kaum tertentu tanpa melihat kepada peratusan kaum di Perak menjengkelkan semua orang kampung. Dan malang bagi Nizar kerana tidak langsung mengambil berat akan hal penduduk Bukit Gantang sepanjang 11 bulan memegang tampuk MB.
Ada penduduk bila ditanya tentang Nizar, dengan sinis berkata: “Asyik tabur pada yang sana sahaja. Yang kat sini dia lupa. Bila dah dibuang oleh Sultan dan dekat nak pilihanraya ni mulalah nak cakap itu ini. Masa jadi MB apa yang dia buat?” Yang pastinya, rata-rata penduduk di Bukit Gantang kurang senang dengan apa yang berlaku sepanjang Nizar memegang tampuk MB.
Perlu diingat, bukan semua rakyat menjadi pengundi setia sesebuah parti. Pengundi setia sesebuah parti tidak terlalu melihat isu yang timbul. Mereka hanya memangkah siapa sahaja calon yang dikemukakan. Berbeza dengan rakyat biasa. Rakyat biasa yang kurang mengambil tahu akan hal politik amat sensitif apabila ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan berlaku.
Tambahan pula, corak pengundian dalam PRU-12 dahulu telah disejukkan dengan beberapa perkembangan politik BN yang begitu meyakinkan. Kelegaan dan keyakinan rakyat akan perkembangan terbaru ini adalah sangat jelas. Persoalan yang perlu dijawab. Adakah pola pengundian Bukit Gantang akan tetap sama seperti PRU12?
Penulis amat yakin, tidak mungkin statistic PRU-12 berulang dalam PRK Bukit Gantang pada kali ini. Tidak mungkin ada lagi penyokong BN yang akan memangkah PR atas sebab-sebab tertentu. Tidak mungkin akan ada lagi penyokong BN yang merosakkan undi sebagai tanda protes. Perubahan yang berlaku memberikan harapan dan keyakinan yang tinggi di kalangan rakyat.
Penulis percaya bahawa majoriti pengundi Melayu yang mewakili 63.48 % pengundi di Bukit Gantang lebih condong untuk memberikan sokongan kepada calon BN, Ismail Safian yang mana merupakan calon tempatan. Undi Melayu kepada BN pada kali ini mungkin menyaksikan peningkatan.
Penduduk Bukit Gantang pasti akan memilih calon tempatan yang sudah tentu akan memberikan khidmat terbaik untuk menyelesaikan masalah dan membawa pembangunan kepada orang kampungnya sendiri. Di pihak PR pula tidak menawarkan perkara ini dan calon yang dikemukakan pula mempunyai track record meminggirkan nasib penduduk Bukit Gantang selama beliau berada di tampuk MB.
Kegagalan PAS juga akan dinilai disumbang oleh faktor DERHAKA. Penulis amat percaya jika sekiranya Nizar akur dan menjunjung titah Sultan Perak dan berundur dari jawatan MB secara aman dan patuh, keputusan PRK Bukit Gantang mungkin akan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Tetapi kelebihan itu dipadam dengan tindakan Nizar yang dilihat rakyat Perak sebagai sangat menyakitkan mata.
Sementara itu terdapat analisis yang menyatakan bahawa akan berlaku angin perubahan bagi pengundi Cina yang mewakili 26.7 % pengundi Bukit Gantang. Akan bakal berlakunya swing undi kepada BN. Terdapat juga blog yang melaporkan perihal sokongan secara terbuka oleh ketua-ketua komuniti Cina ini sepanjang mereka berada di sana.
Di kesempatan ini penulis mengucapkan tahniah kepada jentera BN Perak yang begitu gigih menerangkan isu-isu yang dimainkan oleh pihak PR kepada penduduk. Dan juga di kesempatan ini penulis mengucapkan selamat mengundi kepada sahabat dan para pengundi di Bukit Gantang.
Buatlah pilihan yang tepat dengan mengundi calon yang benar-benar berupaya menjadi wakil kepada rakyat. Bukannya kepada calon yang menggunakan rakyat yang kononnya untuk memberikan isyarat dan mesej tertentu kepada BN (dan mungkin juga Sultan).
Undilah dengan bijak. Undilah BN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan