12 April, 2009

Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah

-
Pembangkang mengatakan konsep Satu Malaysia ia sama seperti konsep Malaysian Malaysia, apa pandangan Tan Sri?

MUHYIDDIN: Ia jauh berbeza, Malaysian Malaysia lain, konsep Satu Malaysia akan diberikan kupasan oleh kerajaan. Tetapi bagi saya penekanan terhadap konsep Satu Malaysia ia menunjukkan kita harus berperasaan Malaysia dan ada rasa tanggungjawab yang sama memajukan negara dan mempunyai cita-cita, wawasan dan visi yang sama untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang maju tetapi yang penting ialah soal semangat kerjasama dan perpaduan.

Ia kerana akhir-akhir ini kita lihat ada juga sedikit bunga-bunga berputik perasaan polarisasi, perkauman dan ia dieksploitasikan oleh pembangkang. Mereka membangkitkan perasaan tidak berpuas hati termasuk isu-isu yang sudah disepakati bersama.. Isu-isu ini memerlukan kita melihat semula semua tindakan bagi mencari pendekatan untuk menyatu padukan rakyat, keduanya ialah dari segi melihat peluang pengagihan, nikmat pembangunan bukan dikatakan sama rata tetapi mesti buat secara kesaksamaan bukan kesamarataan, yang mana perlu dibantu, harus dibantu supaya semua orang boleh menikmati kemajuan dalam konteks yang saksama dan paling adil.

Tetapi Pas melalui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap melalui konsep Satu Malaysia itu, UMNO mula meminggirkan perjuangan terhadap orang Melayu?

MUHYIDDIN: Itu tidak betul kita tidak pernah lari daripada perjuangan asal kita, kita tahu di mana kedudukan kita. Kalau Nik Abdul Aziz berkata begitu, maknanya beliau sudah menerima gagasan UMNO walaupun kononnya Pas tidak menyebut soal Melayu hanya Islam sahaja, tetapi kita sejak dulu lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan itu masih termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan UMNO tidak pernah lari daripada asas perjuangan kita. Namun dalam konteks yang sama dan terkandung dalam Perlembagaan UMNO ialah kita juga perlu membantu bangsa-bangsa lain dalam negara kita yang ada hak dan kedudukan. UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab itu tetapi UMNO juga memahami senario dan landskap politik yang berubah pada hari ini, kalau kita mengambil pendekatan yang agak sempit dan tidak mengambil kira tentang senario politik yang sudah berubah orang akan kata UMNO sudah tidak relevan maknanya kita tidak lagi dilihat sebagai mampu membela nasib bangsa kita.

Ini pembaharuan pendekatan yang digunakan oleh Presiden parti dan menunjukkan bahawa kita berlapang dada dan bersikap terbuka tetapi tidaklah kita mengorbankan kepentingan asas kita, kalau kita hanya melihat dari sudut itu tanpa melihat kepada yang lain masalah kita akan lebih besar lagi.

Kalau melihat kepada keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia seolah-olah menampakkan laluan BN masih sukar untuk mendapat sokongan rakyat, apa pandangan Tan Sri?

MUHYIDDIN: Saya fikir paling jelas terbukti masyarakat Cina dan India belum bersedia menerima apa-apa bentuk pimpinan kerajaan yang seperti ada sekarang ini, lebih lagi agak terlalu menonjol ialah terhadap apa yang berlaku di Perak itu sendiri. Sesetengah masyarakat di sana, melihat ia dari sudut yang rasis, kerajaan orang Cina ditumbangkan oleh kerajaan orang Melayu walaupun tanggapan itu tidak betul.

Mungkin mereka tidak berapa jelas cara dari sudut Perlembagaan dan peraturan, maka mereka melihat apa yang berlaku sebagai satu bentuk menolak hak majoriti rakyat, mereka mahu kerajaan dipilih seperti pilihan raya lepas.

Komplikasi ini menyebabkan rasa marah di kalangan orang Cina dan juga masyarakat India, jadi bagi saya itu agak menjadi faktor utama di Bukit Gantang dan kesannya sampai ke Bukit Selambau. Ini jelas apabila ada masyarakat Cina di Bukit Selambau ramai yang tidak keluar mengundi, kita tidak pasti sama ada mereka memboikot atau tidak mahu menyatakan pendirian.

Bagaimanapun petanda lain, kita melihat sokongan orang Melayu meningkat, jadi dari satu sudut ada faktor yang positif kerana masyarakat Melayu mungkin lebih yakin apabila melihat angin perubahan dalam kepimpinan negara, kepulangan Tun Dr.Mahathir Mohamad ke dalam UMNO dan lain-lain usaha yang kita buat untuk menjelaskan isu yang berlaku di Perak sebab itu mereka membantu kita.

Saya fikir ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan seperti pembangunan, faktor tidak ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang menyenangkan rakyat, isu tanah dibangkitkan dan mungkin dari segi bantuan sekolah-sekolah bukan kebangsaan, jadi sama ada faktor ini menggambarkan senario nasional atau pun lokal, kita akan ketahui selepas kita membuat satu kajian oleh badan bebas nanti. Di Bukit Selambau pun tidak banyak bezanya, mungkin 'angin' yang sama 'bertiup' ke sana dan kesannya hampir serupa, faktor sokongan Melayu hampir positif, kaum India sedikit ada penambah baikan tetapi tidak banyak berubah, jadi ini satu perkara yang perlu kita kaji dan teliti. Tetapi macam di Sarawak, di Batang Air, mungkin disebabkan ia jauh di pedalaman mereka melihat soal pembangunan, jadi mereka melihat kerajaan sebagai satu tempat yang mereka harapkan sangat.

Di Semenanjung pembangunan tidak menjadi isu, mereka melihat kepada isu-isu yang lebih nasional apa lagi dibebankan dengan apa yang dibuat oleh parti pembangkang. Mungkin methodologi yang kita guna masih lama sedangkan mindset baru. Ini kita akan ambil iktibar daripada itu, bagaimana kita hendak mengubah methodologi kepada suatu yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa.

Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?

MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.

Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu.

Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

Apakah situasi ini yang mendorong Tan Sri membuat seruan supaya semua orang Melayu bersatu kembali di bawah UMNO?

MUHYIDDIN: Saya membuat seruan itu kerana saya berpendapat dalam situasi sekarang ini, orang Melayu sudah banyak berpecah, faktor antara lain apakah kerana ia kelemahan UMNO yang tidak memahami cita rasa orang Melayu atau kerana ia perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah kelompok contohnya Anwar Ibrahim yang memberikan kononnya satu gagasan baru atas dasar keadilan dan kesamarataan, ada sesetengah kelompok yang terpedaya, jadi dengan sebab itu selagi Melayu berpecah, saya bimbang kelompok majoriti akan menjadi minoriti.

Teras pembangunan negara kita adalah berasaskan kepada suatu jumlah masyarakat Melayu yang agak besar tetapi terpisah atau dipecahkan oleh perbezaan politik yang begitu ketara, dalam masa yang sama di pihak sana pula bukan Melayu menjadi penentu, inilah yang saya kata sudah berubah landskap politik negara kita, dan kalau hal sebegini berterusan apakah ia akan menguntungkan Melayu?

Bila saya berkata demikian bukanlah bermakna bukan Melayu akan rugi, orang bukan Melayu tidak akan rugi kerana mereka sudah maju, berjaya menguasai bidang ilmu dan ekonomi dan sebagainya. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu? Apakah orang Melayu akan terjamin dengan situasi sebegini? Saya sudah mendapat banyak maklum balas bahawa orang Melayu berasa bimbang, mereka memikirkan soal generasi Melayu akan datang, macam mana nasib anak cucu kita. Perasaan ini wujud kerana mereka merasakan kedudukan orang Melayu sudah mula tergugat, kuasa politik Melayu melalui UMNO sudah tergugat, sedangkan dahulu kita jadi teras kita adil, saksama dan kita bantu semua kaum.

Kita menolong orang Melayu lebih kerana orang Melayu miskin, orang Melayu belum ada banyak harta dan orang Melayu belum menguasai kekayaan ekonomi dan sebagainya, jadi kita bantu beri pendidikan, biasiswa dan bantuan macam-macam lagi. Sebenarnya agenda pembangunan umat Melayu belum beres, sekarang tercabar dengan sebab berbeza politik menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

Oleh itu saya fikir formula yang mudah bagaimana hendak mengembalikan orang Melayu dalam satu saf. Saya tahu ia bukan mudah untuk meletakkan mereka dalam satu saf dan wadah yang sama. Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap UMNO, tetapi UMNO yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, UMNO yang adil, UMNO yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12 April 2009.
+

3 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

Tam Dalyell berkata...

Waaaah. Berapi-api kawan baru kita ni Kembara Politik. Mana Ko jumpa dia? Tiga-dalam-satu mak aii.

Dapat loteri ko KP. Aku ada share tak?

Aku tabik hang abang rahman,ahchong,muniandy.

Maaf banyak-banyak Kembara Politik. Pakcik terlalu seronok baca posting dan komen ini, hingga lupa hendak bersantun.

Salam perkenalan Sdr. rahman,ahchong,muniandy.

Cenderawasih berkata...

salam,

"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan."

bahagian ni lah paling menyeramkan saya.orang kita tak pernah bersatu.yang untung?tau2 la siapa.

saudara rahman,ah chong,muniady,

tidak dapat dinafikan,saya sendiri pernah dengar dari pengalaman orang lain. ada juga saya sendiri dgr dngan telinga sy sendiri.

sorang budak umur 10 xpun 11 kot cakap "tengok bendera tu, mak cakap kati tu timbang taik". terkejut saya,mak ayah budak tu penyokong pas.apa la mak dia ajar kat budak tu.

satu lagi sorg pakcik, ayah angkat kawan sy.kami pi makan2 kat rumah dia.sempat lak dia bg ceramah politik kat kami.dia marah umno bg p pinang orng cina perintah.dia ckp"sapa yang undi bn menjawab la hangpa kat akhirat nanti.nanti minta tlg dgn ustaz tsu koon.tu ketua hgpa." dah lama sy jumpa org tua tu.kalau jumpa lg xtau la saya mcm mana dia nak terang pasal ustaz guan eng plak.

yang ni lg sakan.dua laki bini cerai sebab laki sokong pas, bini sokong bn.punya la sunguh2, sampai bercerai berai.tp ni 30 tahun lepas la.adik beradik jauh saya.

banyak orang melayu ni tak berfikiran jauh.diorg cuma nampak 2 3 benda saja.pandangan mereka cuma kehadapan, kiri kanan,atas bawah, belakang mereka tak peduli.
yang nampak kerusi emas atas bukit,terus redah ke depan.tak peduli hal lain.sedar2 dah duduk atas kerusi emas tu, tp sayang dah bogel apa pun xda.

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin