15/01/2009 3:28pm
KUALA LUMPUR 15 Jan. — Rancangan pembukaan tanah oleh Felda, yang bermula sejak 1961, adalah kejayaan gemilang program fardu kifayah kerajaan, titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Menurut baginda rancangan pembangunan itu bukan sahaja mengatasi masalah kemiskinan ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar lagi.
“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa, berkemungkinan berada dalam kategori miskin tegar, jika Felda tidak wujud di negara ini,” titah baginda semasa menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di sini hari ini.
Raja Nazrin Shah bertitah bahawa mengikut kronologi peristiwa, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan lebih moden 11 tahun terkemudian daripada kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Kampung Baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs.
Rancangan Briggs, yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney dalam tahun 1950, memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke Kampung Baru, yang terletak hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan Felda. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia, 15 Januari 2009
+
2 ulasan:
Ahli cerdik pandai dimenara gading mstilah membuat penyelidikan KENAPAKAH SETALAH BEGITU BANYAK JASA YANG DICURAHKAN OLEH UMNO, MASIH RAMAI ORANG MELAYU YANG MENENTANG PARTI TERSEBUT?
bungaraya,
Terima kasih atas komen dan pandangan. Pendapat peribadi saya, apa yang penting ialah hala tuju perjuangan sesebuah parti. Jika parti berjaya menjaga segala kepentingan dan hak dengan tegas tanpa kompromi saya rasa UMNO tidak mampu ditolak oleh orang Melayu. Soal karisma kepimpinan amat penting.
Catat Ulasan