Majistret berang tertuduh tiada Mykad
BUTTERWORTH 30 Jan. - Seorang majistret berang apabila tiga daripada empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memungut wang tempat letak kereta secara haram, tidak memiliki kad pengenalan atau Mykad.
Pada prosiding mahkamah itu, Majistret Zamir Suhaimi berang ketika salah seorang daripada tertuduh, K. Saravanan, berusia dalam lingkungan 20-an mengaku tidak pernah memiliki atau mengenali rupa kad pengenalan.
Mendengar alasan itu, Zamir mempersoalkan bagaimanakah tertuduh boleh mengaku sebagai rakyat Malaysia jika tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang dokumen kelahiran.
Seorang lagi tertuduh, S. Sagedaran mendakwa kehilangan dokumen penting itu manakala rakannya, M.Murugiah pula memberi alasan kad pengenalannya terbakar tahun lalu dan tidak ada masa untuk menggantikannya.
"Kalau tidak ada kad pengenalan warganegara Malaysia dan tidak tahu apa itu kad pengenalan, kamu rakyat negara mana," soal Zamir sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, S. Rupesh Kumar, 21, memiliki dokumen tersebut.
Dalam pada itu, keempat-empat lelaki itu dituduh melakukan kesalahan memungut wang tempat letak kereta secara haram di Jalan Perai Jaya 2, dekat sini antara pukul 6.30 dan 7.45 petang semalam.
Sumber: Utusan Malaysia, 31 Januari 2009
Kembara Politik:
1. Kenapa kita masih ada lagi rakyat yang jenis semacam ini?
2. Tidak pernah memiliki dokumen pengenalan diri (MyKad)? Mak bapak dia tak ambil tahu ke?
3. MyKad hilang? Tidak mahu pula dilapor dan diganti baru. Entah-entah pengganas Tamil Eelam? Dah tak ada pengenalan diri. Siapa tahu datang dari mana kan?
4. Tidak ada masa nak ganti katanya. Buat jenayah ada plak masanya. Malah masa digunakan se'baik'nya dengan membuat jenayah (sehingga diberkas).
5. Tidak pernah mengenali MyKad? MyKad merupakan dokumen pengenalan yang menunjukkan kerakyatan individu. Tidak sekolah ke budak ini?
6. Seolah-olah individu ini tidak langsung mempunyai rasa tanggungjawab dan rasa cintakan negara. Ke dia tak minat menjadi rakyat Malaysia?
7. Kalau tidak minat, senang saja. Hantar je ke mana-mana negara yang dia minat. Duduk Malaysia asyik buat onar. Buat jenayah, menyusahkan rakyat yang cintakan negara sahaja!
8. Bak kata pepatah: Tak kenal maka tak cinta! Kena sangat la tu. Kalau MyKad pun tak kenal macam mana la nak cakap soal cintakan negara?
9. Dan orang yang tak cintakan negara memang suka buat jenayah!
3 ulasan:
Hakim ni kena jaga-jaga...lepas ni nanti Senator tu akan saman pulak Hakim ni nanti..!!!
p/s : Orang kita pun ramai yang sokong dan suka orang2 macam ni sekarang...hehe...
Samada mereka ini rakyat malaysia yg acuh tak acuh atau kemungkinan pendatang india yg mengaku rakyat malaysia.
saya sudah jumpa pendatang india yg fasih bahasa malaysia walaupun baru 1 setengah tahun dimalaysia.
Jangan sampai kita terpedaya, ada dalang yg cuba meramaikan populasi untuk menyaingi populasi melayu. Ini boleh dilihat kadar keluar masuk pendatang cina dan india yg tidak seimbang di jabatan Imigresen. kadar masuk lebih tinggi berbanding yg keluar itu tak termasuk yg masuk secara haram.
soalan nya kemana perginya yg tak keluar itu dan kenapa sekarang ramai yg mengadu tiada pengenalan diri, walaupun sudah 50 tahun merdeka???
Azhar,
hehehehehe..haru biru la Malaysia kalau mcm tu...
Catat Ulasan